Iklan

Iklan Nuffnang

28 Oct 2016

Masak Pindang Pedas Ikan Bawal Putih





Saya ingin berkongsikan intipati dari video Mujahadah dalam Ibadah oleh Ustaz Jafri Abu Bakar yang sangat bagus. Boleh klik di SINI jika ingin mendengar sendiri youtube oleh Ustaz Jafri. Agak panjang namun saya mengharapkan agar anda semua sudi membaca sehingga ke akhir. Sesungguhnya masa yang dihabis ketika membacanya, akan diberi ganjaran di hari akhirat kelak. Lagi baik, jika ianya dapat dikongsikan pula. Kita diingatkan supaya menjaga solat Subuh berjemaah di mana Nabi menyebut pahala bagi mereka adalah seolah beribadah seluruh malam. Sangat rugi bagi siapa yang meninggalkan solat subuh berjemaah. Di padang Mashyar orang yang solat Subuh berjemaah akan terkejut melihat banyaknya pahala mereka. Dia akan terkejut kerana dia tak pernah bangun beribadah dari Maghrib sehingga Subuh tanpa henti. Dia berkata, saya tak pernah buat macam ni. Kalau saya tahu, tiap hari saya nak solat subuh berjemaah. Nasihat ustaz, kalau tak sempat sekali pun, usahakan untuk solat 2 orang pun tak apa. Asalkan solat Subuh secara berjemaah. Kedua, jaga solat Asar berjemaah. Waktu yang sangat penting iaitu waktu Malaikat bertukar shift. Rujuk hadis tentang doa para malaikat. Malaikat yang jaga sebelah siang akan turun waktu subuh dan naik waktu asar. Malaikat yang jaga sebelah malam turun waktu asar dan naik waktu subuh. Sewaktu Malaikat naik mengadap, Allah bertanya dalam keadaan Allah Mengetahui, Allah bertanya apa hambaKu sedang buat? Jawab Malaikat, waktu aku turun mereka sedang solat dan waktu aku naik mereka sedang solat. Maka ampunkan lah dosa mereka di hari kiamat. Doa yang sangat hebat. Doa para Malaikat yang tak pernah melakukan dosa pasti diterima Allah. Ketiga, jaga solat Isyak berjemaah. Nabi Muhammad SAW menyebut, barang siapa solat Isyak berjemaah pahala baginya seolah beribadah qiamullail separuh malam dari pukul 12 tengah malam sehingga Subuh. Seolah kita solat, baca Al Quran dan zikir sepanjang separuh malam tanpa henti. Zaman Nabi, sahabat bertanya macam mana kalau nak kenal orang munafik di kalangan kami? Jawabnya ialah mereka yang tak pergi solat Subuh dan Isyak berjemaah. Ini bukan solat yang boleh berlakun. Nak elak ciri orang munafik, pergilah solat Isyak dan Subuh berjemaah. 

Selain solat berjemaah, jangan tinggal sampai bila bila ialah solat witir. Nak jadi orang soleh, sifatnya ialah qiamullail. Tak mahu masuk neraka, caranya ialah qiamullail. Nak jadi orang yang Allah tak izin masuk neraka ialah dengan qiamullail. Matlamat kita ialah syurga, untuk dekat dengan Allah dan tak diizin masuk neraka. Jadi caranya ialah dengan menjadi ahli qiamullail. Antara tanda banyaknya dosa seseorang ialah susah nak bangun tahajjud. Maka pastikan kita melakukan qiamullail sebelum tidur. Tak perlu tidur dulu. Hanya solat tertentu seperti solat tahajjud sahaja perlu tidur dulu. Tapi solat witir tak perlu tidur. Saidina Umar ialah orang yang kuat dan Saidina Abu Bakar pula seorang yang sangat berhati hati kerana solat witir sebelum tidur. Selepas solat Isyak, terus buat solat Witir selepas solat baadiah. Buat 3 rakaat Witir atau paling ringkas 1 rakaat solat Witir. Pastikan kita menjadi ahli qiamullail jika kita nak masuk syurga. Jangan sesekali meninggalkan solat witir sampai akhir hayat. Seterusnya, jangan tinggal membaca Al Quran sampai bila bila. Biar hanya satu muka surat, bacalah Al Quran sebaiknya selepas solat Subuh. Iaitu sebelum kita melihat perkara lain. 

Sekarang kita masuk bab resepi. Hari ini saya nak tunjukkan resepi Masak Pindang Pedas yang saya baru belajar di instagram. Teruja melihat masakan yang ditumis dengan bunyi yang membuat kita merasa lapar. Saya gunakan ikan bawal putih, yang merupakan ikan yang agak baru dalam hidup saya. Zaman zaman dulu tak pernah makan dan tak pernah beli ikan ini. Rupanya ikan ini sangat mahal dan sangat popular di kalangan orang Cina. Kalau nak yang lagi sedap, kena beli yang besaiz besar dan gemuk. Barulah isinya ada rasa seperti isi ketam. Itu bukan saya yang cakap tapi kawan saya yang memberitahunya. Sejak itu, saya jadi sangat teruja untuk membeli ikan bersaiz besar seperti ikan kerisi, ikan parang dll. Tapi untuk hari ini, saya pilih ikan bawal putih bersaiz kecil sahaja kerana untuk memasak pindang, saya tak mahu memotong ikan. Nak letak sekor sekor dalam kuah.

Jom kita lihat resepi yang saya salin setelah melihat instragram Datin Ina. Bahan yang digunakan ringkas sahaja. Lagi pulak, teruja tengok video dia memasak di instagram. Cuma kena tengok berulang ulang kali, untuk mendapatkan bahan bahan yang digunakan...
 
 
 


Masak Pindang Pedas Ikan Bawal Putih

Bahan bahan:
2 ekor ikan bawal putih
2 batang serai
Pes asam jawa
Garam

Bahan tumbuk kasar
8 Bawang merah
4 Bawang putih
1 1/2 inci kunyit hidup
Belacan
4 tangkai cili padi kampung
2 tangkai cili merah

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk serta serai sehingga wangi.  





Masukkan air asam jawa. Bila mendidih, masukkan ikan dan garam secukup rasa.

5 comments:

  1. Salam aunty..

    sedap nih.. kalau kat Sarawak bg family saya yg berbangsa Melanau..masakan ni dipanggil Ikan Masak Kunyit.. biasa masak ikan timah or ikan bawal yg kecik2 tu... kalau xde sangat ikan..kembung or selang pun layan jugak... buh serai banyak2... ikan sekor tp kuah seperiuk pun layan jugak dengan nasik padi huma @ bukit or beras Bario... menambah2 sampai x sedar... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh share resepi kalau lain dari yg di atas. Nak juga belajar versi Sarawak. Teruja baca kuah seperiuk dengan nasi padi huma

      Delete
  2. Daun kuyit kena letak jugak ke?kenapa takde dlm bahan resepi Kak Azie...maaf bertanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daun kunyit tu opsyenal sebab kita dah letak kunyit hidup. Saya suka bau daun kunyit, jadi saya letak

      Delete
  3. Kalau Pn Is3 saya biasanya gunakan ikan bawal emas.
    Hirup kuahnye aje dh sedap.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.