Iklan

Iklan Nuffnang

10 Jul 2016

Tart Nenas Gebu Gebas Yang Sangat Sedap





Aduh tersenyum saya sorang sorang. Ada juga orang macam ni dalam dunia. Bila buat kek tak menjadi, salahkan resepi, salahkan saya. Yang paling kelakar, minta saya gantikan duit dia yang membeli bahan bahan. Aduhhaai kenapalah begini sekali adat belajar. Kalau kek buah tu dah pahit, sah sah lah gula nya dah hangit kerana dimasak dengan api kuat. Saya ke yang salah? Mestilah ada sebab bila kek tu tak sedap. Memasak ni kena ikhlas dan tak boleh nak show off. Saya memasak tak ada pun atas kepentingan apa apa. Ada kala, saya pun gagal dalam percubaan memasak saya.  Saya tidak berniaga dan tidak pula charge resepi yang dikongsikan. Apa apa pun saya harap, dia tahu apa yang perlu dia buat selepas ini. OK lah sempena bulan Syawal ini, saya tak mahulah merosakkan amalan Ramadhan saya dengan melayan orang seperti ini. 

Syukur Alhamdulillah kerana kita telah berpeluang untuk berada dalam bulan Ramadhan dan semoga kita berjaya menjadikan diri kita seorang bertaqwa yang Allah janjikan penghapusan dosa. Samada kita telah menemui Malam Lailatul Qadr, hanya diri kita yang dapat menilainya. Apakah bisikan kebaikan lebih kuat dari bisikan untuk melakukan kejahatan dalam diri kita. Jika ya, maknanya kita mungkin telah bertemu malam penuh keberkatan itu. Insya Allah semoga kita dipanjangkan usia untuk menghadapi Ramadhan akan datang dengan usaha yang lebih berlipat ganda. Banyak nikmat dan peluang yang telah Allah kurniakan untuk saya beribadat sepanjang bulan Ramadhan yang telah lalu. Semuanya datang dari Allah bila kesusahan yang dihadapi sebenarnya adalah satu manfaat yang tersembunyi. Seperti yang saya tulis sebelum ini, saya sangat gembira kerana berpeluang merasai suasana beraya di Kelantan setelah sekian lama. Namun apa yang saya perhatikan, banyak perubahan yang berlaku dari segi hidangan. Lebih moden. Contoh 2 rumah yang saya kunjungi menghidangkan soto. Sedang untuk perantau seperti saya, pasti yang dicari adalah hidangan Kelantan seperti nasi kapit, nasi dagang atau lain lain makanan Kelantan seperti nisse cair dsb. Namun begitu, saya tetap seronok terutama Nana, Juita dan Aween ikut sekali berhari raya.



 

 
Seperti dijanjikan dalam entri inti tart nenas sebelum ini di SINI, kali ini saya ingin kongsikan resepi tart nenas gebu gebas yang kami sediakan untuk hari raya baru baru ini. Inilah resepi baru yang saya pelajari dari Nana. Resepi kawan beliau yang memang setiap tahun menyediakan biskut tart nenas. Boleh lihat juga resepi "keeper" saya iaitu Tart Permata Qaseh di SINI dan SINI.  Layan juga video di bawah ini.




Jom layan resepi mudah dan sangat gebu ini. Rugi tak mencubanya tau. Saya perhatikan biskut tart memang laris dan dicari cari. Saya sendiri hanya makan biskut tart berbanding dengan biskut lain.
 
 
 

Biskut Tart Nenas

Bahan bahan:
250 gm mentega
300 gm tepung gandum
50 gm gula kaster
40 gm tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit kuning telur + sedikit air  +  pewarna kuning - sapuan

Cara cara:

Satukan semua bahan dan uli dengan menggunakan tangan sahaja.

Masukkan dalam acuan dan picit. Letakkan inti dan gulung.

Sapukan sedikit kuning telur. Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25 minit.




 
Susun atas redai dan bila sejuk bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.


 

20 comments:

  1. Hi kak Azie.. ooo ada jugak orang jenis macam tu rupanya. Abaikan saja, ye kak. Heran bin ajaib jugak SB jadinya bila dia nak gantirugi ke apa sbb kek tak menjadi..hhrrmmm..alahai manusia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SB saya pun hairan bin ajaib juga. Ada orang yang macam tu.

      Delete
  2. Assalamualaikum Kak, Akak ada tak buat video tutorial untuk memasak? Hehehe... terima kasih & selamat hari raya.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak Zie,...sy dah cuba tart gebu landak kak zie mmg mavelous sedap sgt dan menjadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Nak lagi sedap, inti kena buat sendiri.

      Delete
  4. Macam2 kerenah manusia ni kan.... sbar je lah

    ReplyDelete
  5. Pernah juga tengok komen di fb. Memang ada yang jenis salahkan resepi. Bukan nak kata apalah kan kak. Memasak ni perlu skill juga. Percubaan pertama kadangkala menjadi, bila buat kali ke2. Lain jadinya. �� Pengalaman sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh saya tak pernah pulak perasan ada komen macam tu di fb. Memasak ni perlukan praktis. Ada kala menjadi dan ada masa tak menjadi.

      Delete
  6. Assalamualaikum,
    sampai juga nak beraya di sini he he heee...dapat pula jamu mata dengan tart nanas yang gebu gebas tu. Selamat hari raya buat Azie sekeluarga, maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  7. hai kak azie, selamat hari raya maaf zahir batin..")

    saya nak tanya, tak perlu pukul mentega + gula sampai kembang dulu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu. Hanya diramas ramas sahaja

      Delete
  8. Assalam...slmt hr raye...doakn yg terbaik utk org tu..hati dia bermslh skit tu...nk buat ape2 yg penting niat..sya nk tanye puan..acuan mcmmn guna utk tart tu cantik sgt nmpk..kemas n sama saiz je..sya buat mcm2 bentuk jd gulungnye..hihi..atau ade tips ke nk hasilkn tary gulung yg comei gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya guna acuan yang dipicit. Boleh tengok video yang baru saya update

      Delete
  9. Assalam..kak zie..sy sentiasa follow resepi kak zie..alhamdullilah semua menjadi..paling best nasi briyani pakistan & setiap tahun mesti buat biscuit famous amos atas permintaan mak sy serta adik2...tq kak zie..sy doa kak zie serta sekeluarga dirahmati allah..

    ReplyDelete
  10. Salam kak azie . Bakar tart ni guna api atas bwh ke ? Tingkat 2 sebelum last ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya jika resepi tak menyebut secara spesifik, bermakna guna api atas bawah macam biasa

      Delete
  11. Resepi ni x letak telur kuning ke?

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Assalam kak azie nk tanya inti nenas tu brape gram ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat sebiji agak agak saiz yang disukai. Timbang dan yang lain timbang sama saiz. Saya punya besar sebab utk makan sendiri

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.