Iklan

Iklan Nuffnang

13 Jun 2016

Masak Lemak Udang dengan Timun Tua Yang Sangat Sedap








Saya ingin kongsikan sedikit petikan dari Kuliah Zohor Ustaz Zuwairi Mohd Yusoff. Bila Allah ingin mengasihi hambaNya Allah akan beri keredhaan dan keberkatan pada hambaNya. Bagaimana untuk dapat keberkatan dalam bulan Ramadhan? Ada orang berada dalam bulan Ramadhan tapi tak dapat keberkatan bulan Ramadhan. Ada 3 golongan yang mendapat celaka sebab berada dalam bulan Ramadhan tapi tak mendapat keampunan dari Allah. Malaikat Jibril mengamin dan Rasulullah juga mengaminkan.  Pertama, pastikan kita mendapat keampunan Allah. Barang siapa berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharap ganjaran pahala dari Allah, akan diampunkan dosanya yang terdahulu.  Antaranya bila masuk bulan Ramadhan, tidak bersihkan hati, tidak lakukan taubat atas dosa yang dilakukan. Puasa tidak beri kesan pada dirinya. Tidak tingkatkan keimanannya pada Allah. Puasa yang Allah nilai adalah puasa yang memberikan dirinya supaya bertaqwa. Puasa yang jaga pancaindera yang lain bukan sekadar tidak makan dan minum. Seluruh pancaindera berpuasa. Inilah puasa yang beri keampunan. Puasa sebegini yang lahirkan insan yang bertaqwa. Berapa ramai yang berpuasa tapi tak dapat apa apa dari puasanya selain mendapat lapar dan dahaga. Kena bersihkan hati dengan bertaubat dan beristighfar. Pastikan kita dapat keampunan Allah. Kedua, untuk dapat keberkatan bulan Ramadhan. Untuk raih keberkatan, kena jaga ukhwah yang dekat atau sesama saudara Islam. Perbaiki hubungan kekeluargaan supaya keluar bulan Ramadhan dapat jadi manusia yang baik dan bertaqwa. Manusia paling banyak melakukan amalan soleh dalam bulan Ramadhan. Jaga hubungan dengan ibu dan bapa dengan memohon maaf pada mereka di dalam bulan Ramadhan ini. Begitu juga dengan adik beradik. Atau rakan yang tidak kita bertegur sapa. Untuk meraih keberkatan, beri kemaafan dan mohon kemaafan pada rakan kita. 

Ketiga, Al Quran adalah kalam Allah yang boleh beri keberkatan pada kita. Ianya diturun dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan pada malam yang penuh keberkatan iaitu malam Lailatul Qadr. Jangan pisahkan Al Quran dengan diri kita dalam bulan Ramadhan. Nabi baca Al Quran dengan bertadarus dengan Jibril dalam bulan Ramadhan. Keberkatan Ramadhan ada pada Al Quran. Ganjaran begitu besar yang Allah janjikan. Luar Ramadhan satu huruf diganda 10. Dalam bulan Ramadhan, tiada had limit untuk digandakan. Jangan biarkan berlalu begitu sahaja. Rebutkan tawaran dengan pelbanyakkan membaca Al Quran.  Keempat, jihad melawan nafsu. Memerlukan pengorbanan untuk melawan nafsu. Lawan nafsu di bazar Ramadhan, dengan beli sekadar perlu. Jangan biar nafsu mengekang kita dari melakukan ibadah spt terawih. Walaupun sunat tapi terawih hanya boleh dibuat di dalam bulan Ramadhan. Qiam dalam bulan Ramadhan. Sesiapa bangun untuk mendirikan solat sunat di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan, diampunkan dosa yang lalu. Majlis ilmu satu kelebihan besar nilainya. Kelima, kemuncak untuk mendapat keberkatan Ramadhan adalah ibadah. Berlumba lumba untuk melakukan ibadah spt infaq, sedekah, kehadiran solat fardhu secara berjemaah. Bulan melakukan ibadah, bulan pesta ibadah. Jadi kenalah gandakan ibadah. Biar lebih dari bulan lain spt solat sunat. Juga berzikir. Banyakkan memberi sedekah serta sumbangan tajaan berbuka puasa. Sesiapa beri orang lain berbuka puasa akan dapat pahala seperti mana dia berpuasa. Semoga bermanafaat dan sama sama kita jadikan Ramadhan ini yang terbaik dalam hidup kita. 





Setakat ini, boleh dikatakan setiap hari saya berbuka puasa di Surau Ad Dhuha. Juadah berbuka puasa yang dihidangkan semua sedap sedap terutama Masak Lemak Udang dengan Timun Tua yang hanya dimakan dengan ikan bilis goreng tempe. Memang sedap kerana juadah berbuka puasa dimasak oleh jemaah Ad Dhuha yang memang handal dalam bab masak memasak. Kebetulan saya tengah allergik di mana banyak patches patches di seluruh badan sedang mencanak, tapi sebab dah tak ada lauk lain, saya ambil juga lah 3 ekor udang dan kuahnya. Memang sangat sedap. Saya pun bertanya dengan Rose, jemaah yang terlibat dalam tugasan memasak. Sangat menarik kerana resepinya agak sedikit berlainan dari resepi yang saya pernah guna sebelum ini. Ini adalah kerana ianya menggunakan bawang putih dan tidak bawang merah. Kalau masak lemak cili padi nogori, langsung tak digunakan bawang pun. Boleh klik di SINI untuk resepi Masak Lemak Udang dengan Nenas. Hari ini saya tidak menggunakan Timun Tua pun kerana tak ada di kedai runcit, jadi saya gantikan dengan peria. Insya Allah, satu hari saya akan menyediakannya dengan menggunakan timun tua. Layan video juga di bawah ini.




Jom layan resepi yang simple tapi memang boleh menbangkitkan selera, apalagi jika dimakan dengan telur masin atau ikan yang digoreng garing garing.




Masak Lemak Udang dengan Timun Tua
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/2 kg udang - buang kulit tengah
1 biji timun tua - guna peria sb tak ada timun tua
2-3 tangkai cili merah
3 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
11/2 inci kunyit hidup
Garam
Gula
Santan
1 batang serai - ketuk
1 helai daun kunyit

Cara cara:
Timun dibuang kulit, biji dan dipotong. Rebus terlebih dahulu sehingga lembut. 

Kisar cili merah, cili padi dan bawang putih. Masak bahan kisar dengan santan, daun kunyit dan serai sehingga mendidih dengan api perlahan. 

Setelah mendidih, masukkan udang dan timun. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. 

Nota:
Boleh juga jika mahu menumis bahan kisar dengan sedikit minyak sebelum dimasukkan santan. 

Selamat mencuba...

13 comments:

  1. Salam Kak Azie. Alycia pun tak pernah gulai guna bawang putih. nampaknya kena try ni...

    ReplyDelete
  2. Hi Kak Azie, how much santan do you use for this recipe? Ke ikut rasa je? Thank you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa nya saya beli santan segera di kedai runcit yg saiz sederhana. Tapi ianya ikut kuah yang dimahukan. Saya tambah santan kotak kerana santan yang dibeli terlalu cair

      Delete
  3. Assalamualaikum kak Azie. saya try buat dh resepi ni. Memey sedak la kak. Rasa lain kuoh dio sbb bawang putih tu. Anak2 siap hirup lagi..hehehhe. Tq kak sbb share resepi ni.

    ReplyDelete
  4. Kak Azie, kunyit hidup diblend sekali ke? tak mentioned pulak dlm resepi.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kisar sekali. Kalau nak guna kunyit serbuk pun boleh.

      Delete
  5. Puan Azie...selama ni Yani buat masak lemak guna bawang merah blend dengan cili padi je (resepi arwah Mak ajar dulu)...kelmarin terdetik nak masak lauk masak lemak udang dan kebetulan nampak Puan Azie share resepi ni...cuba sebiji resepi ni...alhamdulillah sedap, suami Yani pun puji sedap...

    Cuma nak tanya...bahan kisar kombinasi bawang putih+cili merah+cili padi ni boleh digunakan untuk masak lemak bahan lain seperti ayam dan daging ke? Ke untuk udang sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Cuba guna untuk masak lemak ayam, pun sedap. Jangan letak bawang merah

      Delete
    2. Ok noted..nanti Yani cuba masak guna bahan-bahan ni...

      Delete
  6. Salam kak Azie, saya aida. Actually sy keje di sebuah spa n therapist semua dr Thailand. So masakan kak azie ni diorg penah ajar saya. Mmg sedap kak Azie. Diorg mmg kuat guna bawang putih and cili padi merah tu. Tp mmg elok klu bawang tidak bcampur.

    ReplyDelete
  7. Dah 2x buat..👍
    Ikut nota kaki bahan kisar dtumis dahulu lagi sedap

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.