Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Gulai Kawah Kambing Dalam Kuali

 Gulai Kawah Kambing

Saya ingin kongsikan tazkirah di Surau Ad Dhuha oleh Dato Shakir. Wahai orang yang beriman hendaklah kamu lihat jiwa jiwa kamu yang akan kamu persembahkan pada hari esok. Hendaklah kita persiapkan hari ni utk persembah pada Allah esok. Sempena malam Nuzul Quran malam di mana Al Quran diturunkan dari Luh Mahfouz ke Baitul Izzah pada malam Jumaat 17 Ramadhan. Al Quran diturun secara berperingkat peringkat selama 23 tahun bertujuan supaya memudah para sahabat yg rata rata buta huruf sesuai dengan keadaan dan zaman 23 tahun. 

Al Quran adalah mukjizat yang boleh melemahkan. Hingga syaitan bila mendengar bacaan Al Quran akan lari. Mukjizat yang diturun pada Rasulullah itu juga sampai pada kita hari ini. Kalau mukjizat Nabi Musa laut terbelah tapi kita tak nampak dengan mata sendiri. Tapi Al Quran yang pada zaman Rasulullah ada pada kita hari ini. Diturun pada Nabi yang dikatakan pada waktu itu sebagai sihir kerana ramai orang tak boleh membaca.  Kita membacakan Al Quran bila orang mati sahaja. Sepatutnya Al Quran dibaca untuk orang masih hidup. Sedang orang hidup tak mahu membaca Al Quran sebab tak tahu yang ianya mukjizat yang diberi pada kita sehingga hari kiamat. Sebelum kiamat, Al Quran akan hilang. 

Kita kena tengok jiwa. Jiwa berada di hati. Kita tak minta faham pasal agama. Faham terletak di kepala. Tapi Al Quran di hati. Puasa adalah untuk membersihkan jiwa. Kerana yang nak dipersembah pada Allah adalah jiwa. Bila nak dipersembahkan? Esok. Al Quran diturun dari atas ke bawah. Al Quran paling mulia. Bila kita tak tahu bahawa Al Quran adalah mukjizat, maka kita akan minta tolong selain dari Allah. Ada orang tanya macam mana dengan membaca Al Quran boleh membantu masalah hutang tak bayar. Kenapa kita tak apply ilmu Al Quran. Kerana kita tak di train untuk bermula dengan Al Quran. 

Al Quran patut ada dalam poket setiap orang Islam bukan vape atau rokok. Al Quran patut ada di mana mana dan kita tak patut rasa jemu untuk membacanya. Jiwa yang penting menentukan sejauh mana kita perlu meletakkan dunia dalam konteks akhirat. Bukan meletak dunia dalam duniawi. Al Quran mesti ada dalam jiwa jiwa orang Islam.  Bila jiwa tak tenang, jiwa merana, dosa tak diampunkan akan memberi kesan pada fizikal. 

Semua ada dalam Al Quran. Sejauh mana kita baca, faham dan diamal dalam kehidupan. Kita Mohon pada Allah supaya bagi aku faham secara tadabur sehingga aku jadi fakeh Al Quran. Tadabbur dibuat atas nama ibadah dan taat pada Allah. Al Quran tahu isu jiwa dari lahir sehingga masuk kubur. Kalau masa hidup tak bersama dengan Al Quran, macam mana dah mati nak bersama dengan Al Quran. Ziarah untuk orang hidup. Orang mati dah tak tahu kita menziarah beliau. Waktu hiduplah kita kena ziarah. Begitu juga dengan Al Quran. Pandai tak pandai wajib untuk kita membaca Al Quran. Kalau tak pandai baca jer apa apa yang boleh dibaca. 

Sekiranya jiwa tak dibangunkan akan berlaku 3 perkara:
1. Lupa mati. Akan berbuat sewenangnya. sedsang mati boleh berlaku esok. Mereka yang lupa mati akan terus hidup dalam lalai. Tengok TV, baca surat khabar. Tengok bola boleh qiamullail 4 jam. Jangan lupa Allah kerana Allah akan lupakan kamu. Allah lupakan cara untuk kamu berbuat kebaikan. 
2. Takut mati. Contoh seorang mengidap penyakit kanser dan ada masa sebulan nak hidup. Dia mungkin akan bertanya, kenapa aku yang kena. Kalau ditarbiah dengan agama, mereka akan perbaiki diri dan bertaubat. Esok kita akan mati. Apa nak dipersembah jika tak baca Al Quran. Hanya baca surat khabar sahaja. Dari dibangkit dan ke padang masyhar perjalanan 50 tahun. 50 juta tahun berjalan dari kubur ke Padang Masyhar. 1 hari akhirat sama dengan 1000 tahun dunia. 1 jam 30 tahun. Rasulullah berkata yang ada dalam jiwa ku akan dipercepat seolah olah menunaikan fardhu solat. Kena buat rangka kerja yang betul supaya dipercepat perjalanan kita nanti. Bulan Ramadhan ni ambik lah peluang supaya buat akaun untuk dipakai di kemudian hari. Sekarang kita nak pergi negara barzah jadi kena faham apa baju nak pakai di alam barzah. Bajunya taqwa. Passportnya adalah solat. Berapa lama anak kita akan ingat pada kita setelah kita mati. Jadi siapa nak kisah. Sendiri mau ingat lah. Itulah semua makanan harian. Pentingnya untuk semua di peringkat masyarakat mengamal Al Quran. 
3. Ingat mati. Hari ini kalau orang Islam tak bawa Islam dalam poket. Al Quran tak ada dalam jiwanya. 



Gulai Kawah Kambing



Saya memasak Gulai Kawah ini setelah melihat ada satu bungkusan daging kambing dalam freezer. Selepas direbus dalam pressure cooker, terasa pulak air rebusannya yang manis menunjukkan daging yang masih segar. Hajat hati hanya untuk memasak goreng kicap terpaksa dilupakan kerana sayang pulak dengan air rebusan jika tidak digunakan. Jadi saya mula menyediakan bahan memasak gulai kawah. 

Gulai ini sama sahaja dengan cara memasak kari daging. Yang berbeza hanya lah ianya menggunakan rempah gulai kawah Kelantan yang famous amos dan cara penyediaannya yang biasanya menggunakan kawah. Yan gpaling penting, rempah mesti betul betul masak, tidak lagi berselut kalau istilah yang digunakan oleh tukang masak gulai kawah di Kelantan.  Layan step bergambar. Klik di SINI dan di SINI untuk entri gulai kawah sebelum ini. Layan video di bawah ini.





Jom layan cara cara menyediakan gulai kawah yang mudah ini...


Gulai Kawah Kambing

Gulai Kawah Daging Kambing
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg daging kambing
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1-2 inci halia
1 biji bawang besar - kisar
2-3 sudu besar rempah gulai kawah
1 kayu manis, 2 bunga lawang
Garam
Gula Melaka
Kerisik
1 keping asam keping
1 kotak santan kotak
Air secukupnya

Cara cara:
Saya rebus dahulu daging dengan pressure cooker untuk menjimatkan masa merebus. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia, bawang merah dan kayu manis serta bunga lawang. Setelah garing, masukkan bawang besar kisar. Kacau rata dan tumis sehingga keluar minyak.

Masukkan pula rempah gulai kawah dan dikacau rata supaya tidak hangit. Masukkan sedikit air dan terus ditumis sehingga rempah garing dan keluar minyak. 

Masukkan daging dan air rebusan daging. Bila mendidih, masukkan santan kotak. Diikuti dengan asam keping, gula Melaka, garam dan kerisik.

Masak dengan api perlahan sehingga ianya merenin dan keluar minyak. Sesuaikan rasa dsn bolehlah tutup api. Biar kuahnya agak cair kerana bila sejuk, ia akan menjadi sedikit pekat.

Selamat mencuba...


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Gulai Kawah Kambing Dalam Kuali"

  1. Terima kasih kak azie atas perkongsian resepi yg sangat sedap.

    BalasPadam
  2. sy pernah cuba resepi gulai kawah Kak Azie, memang best!
    terima kasih tazkirah yg dikongsikan tu kak

    BalasPadam