Iklan

Iklan Nuffnang

1 Apr 2016

Kari Ayam Kampung Yang Sedap






Sebelum saya meneruskan coretan bab resepi, saya hanya ingin mencoretkan berkenaan kasih sayang ibubapa pada anak anak yang tiada terbatas. Jika anda juga seorang ibubapa, pasti anda akan bersetuju dengan apa yang akan saya perkatakan. Walaupun di sebalik kesibukan dengan kerjaya masing masing namun tugas dan tanggungjawab pada anak anak tidak diabaikan. Saya seperti juga ibubapa yang lain akan melindungi dan mempertahankan maruah keluarga saya. Namun begitu, ianya tidaklah perlu membuta tuli. Jika dirasakan salah, saya sendiri akan menegur dan mengajar. Di zaman sekarang, ramai yang menggunakan media sosial untuk memburuk dan melepaskan kemarahan kepada orang lain. Di samping itu, saya juga terpanggil untuk menulis kepada seseorang yang menulis menegur hal anak anak saya. Saya ingin bertanya jika puan berada di tempat saya, apakah yang perlu puan lakukan? Puan tidak tahu apa apa tentang saya, kecuali Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Maka lebih elok kalau kita sama sama doakan agar anak saya diberikan petunjuk dan hidayah untuk menjadi seorang anak yang soleh dan solehah yang taat kepada semua perintah dan laranganNya. Maaf terpaksa menulis di sini kerana saya tiada cara untuk membalas komen puan secara private. 






OK sekarang kita beralih bab resepi pula. Saya memesan 2 ekor ayam kampung dari rakan WhatsApp. Ianya dihantar ke rumah dengan siap bersiang, dipotong dan dibersihkan. Saya cuma perlu menyimpan di dalam freezer sehingga tiba masa diperlukan. Ayam kampung dengan ayam daging pasti sekali tidak sama. Lihat sahaja dagingnya yang pejal dan mantap. Saya dibesarkan dengan memakan ayam kampung yang diperlihara sendiri sehinggalah saya berada di sekolah menengah rendah bila abang saya mula membeli ayam daging di Jabatan Haiwan. Masa itu, sangat gembira dapat makan ayam daging yang memang lembut dagingnya. Lagi pulak, jika ingin makan ayam kampung yang dibela, terpaksa melalui banyak proses seperti mencelur dalam air panas, mencabut bulu, melalui atas api untuk membuang bulu bulu halus dan akhir sekali menyiang. Jika ayam daging, tinggal dipotong sahaja kerana bahagian perut ayam yang telah dibersihkan. Namun kini, setelah berpuluh tahun barulah saya menghargai dan mengakui keenakan ayam kampung berbanding dengan ayam daging.  Dagingnya tidak mempunyai banyak lemak. Hmm memang terbaik...

Jom kita melayan resepi dan cara saya menyediakan Kari ayam kampung. Bukan resepi luar biasa, cuma sekadar untuk memeriahkan blog saya yang sekarang mulai hanyut ke laut...





Kari Ayam Kampung
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2-3 sudu rempah kari ayam
1 sudu besar kerisik
1 kotak santan kotak
Rempah penumis - kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
Asam keping/air asam jawa
Garam
Gula

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris sehingga wangi dan keperangan. Masukkan rempah kari serbuk dan kacau rata dengan cepat selama beberapa minit. Masukkan sedikit air supaya rempah kari tidak hangit.





Masukkan ayam dan dikacau rata. Masak sehingga air ayam kering, barulah dimasukkan santan kotak dan air secukupnya.

Setelah kuah mendidih dan ayam hampir masak, masukkan garam, gula dan asam keping/air asam jawa. Setelah kuah mulai pecah minyak, masukkan kerisik. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api.  

6 comments:

  1. Assalamualaikum Azie,
    saya pun suka makan ayam kampung... lebih menyihatkan, tapi kalau nak makan kenalah tunggu balik kg...

    ReplyDelete
  2. Salaam Pengenalan Puan Azie,
    Saya gembira setiap kali ada peluang utk singgah di blog puan dan berterimakasih atas perkongsian samaada resepi masakan atau gambar2 dan cerita keluarga. Sejuk hati melihat saudara seislam berusaha kearah kebaikan dlm mengimbangi kehidupan dunia dan akhirat yg mencabar.
    Teringat pesan guru dan misalan yg Allah banyak berikan dlm al Quran bahawa untuk memupuk iman (dakwah pada orang) seperti menanam pokok. Ia proses yg perlahan, memerlukan masa yg sangat panjang utk melihat pokok yg tegap berdiri indah dan mengkagumkan.
    Mungkin juga orang yg kita sangka tidak mendapat hidayah sebenarnya sedang memupuk imannya dan kelak akan lebih kukuh dari kita!
    Kita tiada hak pun untuk menghukum kerana terlalu banyak yang kita tak tahu. Setuju sangat dgn Azie, baiklah kita memperbaiki diri sendiri atau sekurang2nya berdoa dan bersangka baik terhadap orang lain.:-) :-)

    ReplyDelete
  3. Do not worry Kak Azie. Kita berdoa supaya hidaya tu datang. Orang bole komen anything. Be Strong.

    ReplyDelete
  4. Saya juga suka memasak kari ayam. Dengan perkongsian ini akan menambahkan lagi ilmu saya dalam memasak kari yang lebih sedap yang sudah tentunya akan lebih diminati oleh anak-anak dan suami.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya terdelete komen ini. Rempah ditumis bersama bawang atau masukkan sebelum dimasukkan bawang.

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.