Iklan

Iklan Nuffnang

25 Aug 2015

Stuffed Crabs Yang Wajib Dicuba





Alhamdulillah diam tak diam telah genap 4 tahun blog Azie Kitchen berada di alam maya. Akhirnya sasaran 50 juta page view telah menjadi kenyataan pada hari ini. Alhamdulillah kerana saya mendapat banyak komen komen dari pembaca yang telah mencuba resepi yang dikongsikan. Tiada apa yang mengembirakan saya selain mengetahui yang perkongsian yang dibuat telah sedikit sebanyak membantu dan memberi manafaat kepada semua. Saya ingin memohon maaf andai saya tidak dapat membalas semua komen yang ditinggalkan. Saya cuba menjawab komen yang berupa pertanyaan atau yang memerlukan penjelasan. Tapi percayalah bahawa saya membaca setiap komen yang ditinggalkan dan sangat sangat menghargainya. Sebelum masuk bab resepi, ingin saya kongsikan pengalaman saya minggu lepas. Sungguh semasa kuliah Zohor Ustazah Ros Izanuri membuatkan saya merasa sangat sebak. Kata Ustazah, saya hanya boleh cakap sahaja tapi puan puanlah yang kena merasakannya. Tajuk kuliah adalah bab pengurusan jenazah. Kata ustazah, Allah tahu bila kita akan mati. Allah tahu di mana kita akan mati. Allah tahu dengan cara apa kita akan mati. Allah sentiasa melihat apa kita buat. Allah sentiasa bersama sama kita. Di Padang Masyhar semua orang dalam keadaan ketakutan. Walaupun semua berbogel, tapi tak ada orang ada masa untuk melihat keadaan orang lain. Tak ada siapa boleh menolong walaupun isteri dan anak anak. Dikisahkan berkenaan seorang suami atau bapa yang berat timbangan amalan buruk melebihi sedikit sahaja dari amalan baik. Jadi mencarilah ia pada semua orang yang boleh menolong. Namun semua tidak dapat menolong kerana transaksi di akhiratnya hanyalah pahala. Bukan lagi wang ringgit. Akhirnya malaikat membawa lelaki berkenaan merayu di hadapan Allah. Allah sangat sayang kat kita. Kenapa kita sebagai hamba tak boleh bagi ketaatan pada Allah semasa di dunia. Sedang Allah sentiasa memberi nikmat kepada kita yang tidak terhingga banyaknya. Bayangkan apa yang ada di muka bumi dijadikan untuk dinikmati oleh kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Jadi dinasihatkan kita supaya banyak ingat Allah dengan berzikir sepanjang masa.




Hari ini saya nak kongsikan resepi Stuffed Crabs atau Ketam Sumbat. Kebetulan ketam yang dibeli kecil comel jer jadi isinya pun tak banyak. Cuma dapat dalam 145 gram sahaja isi ketam. Nelly yang memang ada di sini setiap kali hujung minggu menanya kalau ini sahaja yang saya sediakan untuk lunch. Hahaha saya sebenarnya tidak bercadang memasak untuk lunch tetapi sekadar untuk makan makan begitu sahaja. Ini adalah kerana selepas hubby balik, saya akan menghadiri majlis perkahwinan anak sahabat saya. Sebelah malamnya pula, ada majlis makan malam tahunan pejabat. 

Saya teringin hendak menyediakan Stuffed Crabs atau Ketam Sumbat selepas terlihat Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyediakan Stuffed Crabs dalam Instagram baginda. Saya memang minat TPP sejak baginda melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Mahkota Pahang, apalagi kebolehan baginda yang suka memasak menjadikan baginda sangat dikagumi. Anak anak makan dengan dicicah sos cili sahaja. Jika suka boleh juga dibakar dengan ditabur sedikit parutan keju di atas pernukaannya. Tapi kalau nak menjaga kolesterol dalam badan, kenalah kurangkan makanan berlemak. Jom layan resepi mudah di bawah ini....





Stuffed Crabs
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
5 - 6 ekor ketam - rebus 
1 labu bawang besar - potong dadu
1/2 batang karot - potong dadu kecil
1 biji ubi kentang - potong dadu kecil 
Daun ketumbar - hiris 
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk perisa ayam - jika suka
Sedikit lada sulah - tumbuk
1 biji telur - pukul sedikit
1/2 cawan serbuk roti 
1-2 cawan minyak - untuk menggoreng

Cara cara:
Ketam dibersihkan dan rebus dalam 4-5 minit atau sehingga masak. Kemudian bolehlah dikeluarkan dan dicarik isi ketam. Kulit ketam hendaklah betul betul dibersihkan dengan direbus. Buang mata dan antenna. Jika banyak, boleh disimpan di dalam freezer untuk kegunaan masa depan. 





Panaskan dalam 1-2 sudu besar minyak masak dan tumis bawang besar, diikuti dengan kentang dan karot dalam selama 3-5 minit. Angkat dan masukkan isi ketam, garam, lada sulah dan serbuk perisa. Apabila telah suam, masukkan serbuk roti dan telur. Gaul rata.





Tabur tepung dalam kulit ketam dan isi adunan ke dalam kulit ketam. Buat sehingga habis. Nota: boleh juga di spray dengan minyak di dalam kulit untuk mengelakkan ianya dari melekat.






Panaskan minyak dan goreng secara deep fry selama 4 minit sehingga masak. Pastikan bahagian bersumbat di bahagian atas dan tenggelam dalam minyak sepenuhnya. Bila masak angkat dan dihidangkan dengan tomato atau cili sos.







8 comments:

  1. mmg menarik. sy dr dulu nak buat asyik tertunda aje.

    ReplyDelete
  2. Assalam Kak Azie..
    Kagum sy melihat kerajinan Kak Azie.. dan terima kasih kerana berkongsi ilmu memasak dan juga ilmu akhirat.
    Salam Sayang Selalu...

    ReplyDelete
  3. Salam sedapnya sis.
    meleleh ayaq liuqqq

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.