Iklan

Iklan Nuffnang

1 Aug 2015

Mee Hoon Goreng Yang Sangatlah Sedap Nyer






Sejak mendaftar di kolej, ini adalah kali kedua Juita balik di cuti hujung minggu. Juita meminta saya menyediakan Mee Hoon Goreng untuk makan malam. Sebenarnya sesiapa pun boleh menyediakan mee hoon goreng, tapi ada yang mee hoon nya sangat sedap berbanding dengan yang lain. Maknanya tidak semua orang boleh menyediakan mee hoon goreng yang sedap. Jadi saya pun bertanya lah dengan pak cik google kot ada tips untuk menghasilkan mee hoon goreng yang sedap. Lalu ditunjukkan satu entri mee hoon goreng yang sangat sedap di SINI. Saya pun menyemak resepi yang diberi. Ooh lebih kurang sahaja dengan cara saya menyediakan mee hoon goreng. Yang berbeza adalah  bawang besar hiris yang ditumis yang dikatakan menghasilkan mee hoon goreng yang enak. Saya pun tanpa berlengah terus merujuk pada resepi yang dikongsi.





Saya memasukkan juga sotong tapi rasa saya, kalau tak dimasukkan apa apa pun sedap juga kerana adanya rasa ikan bilis tumbuk di dalam perencahnya. Nana biasa membuat mee hoon goreng dengan dimasukkan ikan bilis yang ditumbuk. Saya memang suka sesuatu yang rasanya simple. Tapi kalau tak diletak sotong, saya suka kalau dipecahkan beberapa biji telur ke dalam mee hoon. Memang telur tak dapat dipisahkan dengan mee hoon goreng saya. Kali ini, saya tak masukkan telur kerana telah ada sotong dan ada pulak ikan bilis tumbuk. Selain itu, sayur pilihan saya kalau untuk mee hoon adalah kubis dan karot, berbeza dengan mee goreng yang menggunakan sayur sawi. Kalau ada, sedikit cendawan telinga kera. Ala ala sayur yang digunakan dalam Singapore Mee hoon  saya di SINI. Tapi apa apa pun mee hoon goreng saya kali ini memang sangat sedap. Dalam nak berdiet, 3 kali saya menambahnya.

Jom layan resepi Mee Hoon Goreng yang mudah dan sangatlah sedap nyer...




Mee Hoon Goreng Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan Bahan:
1 bungkus bihun - direndam hingga lembut & tos
1 biji bawang besar - dihiris
1 mangkuk sotong atau udang
1 mangkuk karot - hiris memanjang
1 mangkuk kubis
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap lemak manis Jalen
Garam, gula dan serbuk perasa jika suka
Minyak masak

Bahan Tumbuk:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 genggam ikan bilis - direndam

Bahan Hiasan:
Bawang goreng
Daun sup
Cili merah

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang besar sehingga naik bau. Inilah yang akan menjadikan sambal mee hoon goreng kita menjadi lebih sedap.

Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata sehingga naik bau. Masukkan pula cili kisar dan kacau rata. Kecilkan api dan masak sehingga cili benar benar masak dan garing.

Setelah cili garing, masukkan sedikit air, sos tiram, kicap, gula dan garam secukupnya. Masak sehingga sambal terbit minyak.

Setelah terbit minyak, masukkan karot dan sedikit air lagi untuk melembutkan karot. Agak agak karot lembut, bolehlah dimasukkan sotong dan kacau rata seketika sahaja kerana tidak mahu sotong terlalu masak ketika ini.

Kemudian masukkan mee hoon. Kacau rata sehingga mee hoon lembut. Jika mee hoon belum cukup lembut, masukkan air sedikit demi sedikit.

Akhir sekali, masukkan pula sayur kubis. Setelah sayur lembut, bolehlah tutup api. Tabur dengan bahan hiasan sebelum dihidangkan.

56 comments:

  1. as salam kak, mulanya saya agak hairan kenapa banyak visitor dari blog akk ke blog saya, bila saya perhati dan baca entri akk ni, barulah saya faham yg akk kongsikan resepi bihun grg di blog saya..:) terima kasih kak kongsikan link blog saya.Sebenarnya selama ni, saya banyak ikut resepi dari blog akk termasuklah yg terbaru time raya saya buat rendang daging..semuanya sedap dan menjadi, saya memang percayakan resepi dr blog akk..:)salam perkenalan kak..terima kasih sekali lagi:)

    ReplyDelete
  2. Thanks sharing resipi sedap.

    ReplyDelete
  3. Salam...dah byk resepi yg saya cuba dari blog puan dan alhamdulillah semuanya sedap...terbaru daging masak hitam...mmg mudah tapi hasilnya mmg sedap...

    ReplyDelete
  4. Salam kak azie, boleh sy tau akak guna cili kisar yg dijual da siap blend atau blend sendiri cili kering?
    Berkenaan dgn ukuran mangkuk, byk resepi akak guna mangkuk tp sebenarnya 1 mangkuk bersamaan dgn apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Lebih sedap cili kering yabg dikisar sendiri. Tidak jadi masalah nk guna sayur atau sotong sebanyak mana pun. Tak nak guna mangkuk, boleh jer digengam. Kalau nak banyak sayur tambahlah sebanyak mana pun. Biasanya mangkuk adalah mangkuk yg diguna untuk makan bubur di rumah.

      Delete
    2. nak lagi sedap guna ikan bilis ker udang kering kak zie?

      Delete
  5. Mihun goreng yg perencahnya diletak ikan bilis mmg sedap! Nnt boleh try letak bawang besar masa tumis pula πŸ˜„

    ReplyDelete
  6. Best resipi ni. Husband n adik suka!

    ReplyDelete
  7. salam aunty, kalau nak tambah telur waktu bial sesuai masukkan ye? thank you :)

    Athiyah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanpa telur lagi sedap. Boleh jer buat telur dadar guling dan hiris. Tabur masa dihidangkan.

      Delete
  8. salam perkenalan kak azie..saya ingin mencuba resepi ini..terima kasih berkongsi resepi.

    ReplyDelete
  9. Salam Azie..saya klu nak masa biasanya akan rujuk pd blog Azie..Alhamdulillah menjadi..Terima kasih krn sudi berkongsi ilmu..Semuga bertambah keberkatannya..kak jas

    ReplyDelete
  10. Wah nampak sedap..xsbr nk try this resipi

    ReplyDelete
  11. Esok nk try la.. Sebelum nie saya ikut resepi bergerdil..memng jadi..

    ReplyDelete
  12. Suke ikut resepi kak azie...semuanya menjadi hehe

    ReplyDelete
  13. Salam kak azie. Sy suka resepi kak azie. Tq atas perkongsian

    ReplyDelete
  14. Sy buat berniaga la ikut resipi akak ni..tetima kasih kak atas perkongsian..semoga makin murah rezeki akak sekeluarga.Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau masak sedap macam ni, pasti ramai pelanggan yang akan singgah berulang kali. Sangat sedap

      Delete
  15. Assalamualaikum kak azie... mmg sdp bihun yg resepi akak bagi ni. Sy suka dgn sgala resepi dari kak azie. Buka je google byak resepi dr org lain, tp last2 dari Azie Kitchen jgk yg mnjadi pilihan sya. Tq kak azie harap kak xakan bhenti dr mencurahkan resepi kpd kami...

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum kak azie... mmg sdp bihun yg resepi akak bagi ni. Sy suka dgn sgala resepi dari kak azie. Buka je google byak resepi dr org lain, tp last2 dari Azie Kitchen jgk yg mnjadi pilihan sya. Tq kak azie harap kak xakan bhenti dr mencurahkan resepi kpd kami...

    ReplyDelete
  17. Assalam k.azie nk tnye sbngkus bihun yg akk gna bpe gram??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti pulak. Biasa ya bungkusan mee hoon yg dijual di kedai jer

      Delete
  18. Salam...pn sya dh mencuba resepi pn...hb puji sdp, sblm ni sya mmg failed bab memasak now wth your recipe dh blh msk n slu dpt pujian...thAnks pn azie....sedap n sya doakn pn dilimpahkn rezeki yg melimpah2 amin

    ReplyDelete
  19. saya dah try. sedap sangat2! sebelum ni buat bihun mmg failed je, x sedap. tq share resepi 😊😊😊😊

    ReplyDelete
  20. Sy pon dh try..mmg sgt sedap...husband pon suke...thanks pn azie for sharing..

    ReplyDelete
  21. Kebanyakkan resepi yg paling sy suka dr blog sis semuanya sedap2...alhamdulillah...terima kasih berkongsi dgn kami...

    ReplyDelete
  22. Tq Kak Azie..resepi bihun gireng, bihun sup, cupcake vanila..ish banyakla hasil yang nmg menjdi dan sedap belajar daripada blog akak ni.
    Skrg kalau rasa nak masak apa2 jengah blog akak dulu :)

    ReplyDelete
  23. saya lelaki yg suka memasak...senang rupa2nya senang jer masak meehon ni....hehehehe

    ReplyDelete
  24. Assalammualaikum kak azie...terima kasih share resepi ni. Saya dah cuba mmg sedap.cuma menderhaka sikit tambah udang..hehe.mak mertua mkn bertambah.sukanyaaa

    ReplyDelete
  25. Salam kak.. nk cuba resepi akk ni.. halalkan ya.. terima kasih

    ReplyDelete
  26. Replies
    1. Saya dah cuba bnyk masakan dari resipi2 kak azie...dan setiap kali masak pasti suami saya akan puji....terima kasih atas perkongsian resipi

      Delete
  27. Nk try resepi bihun k.azie .. utk juadah berbuka arini.. hehe tq k.azie share resepi..

    ReplyDelete
  28. Terima kasih atas segala resepi yg azie buat...semuanya menjadi...akak mmg peminat setia blog azie..

    ReplyDelete
  29. Terima kasih..kak azie saya memang follow resepi akak....pasti sedap dan menjadi..

    ReplyDelete
  30. Terima kasih kak azie resipi bihun goreng kak azie jd sebutan tetamu yg berkunjung hari raya ke rumah saya..

    ReplyDelete
  31. Replies
    1. Tak pedas sebab hanya 3 sudu besar cili jer. Tp tgk juga jenis cili. Ada cili yang pedas.

      Delete
  32. Meme jjadi belako resipi kak azie ni...sdp plk tu..

    ReplyDelete
  33. Replies
    1. Dear kena tgk full web version. Ada di bhgn bawah sekali. Follow sekali facebook Azie Kitchen Blog.

      Delete
  34. Sye dah cuba sgt sedap tapi guna udang kering...

    ReplyDelete
  35. assalam kak azie..alhamdulillah semua resepi sy try ikut resepi akak mmg mnjadi,,terima kasih kak.cuma bab bee hoon letak ikan bilis ni..sy slalu gagal.hanyir..ikan bilis tu kene rendam dlu dan kene tumis smpi naik minyak ye kak??perlu goreng dlu ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak hanyir sebab kita masak lama sementara menunggu cili benar benar masak. Ikan bilis rendam dulu

      Delete
  36. Bangun 3 pagi...rasa nak makan meehoon..google..jumpa blog akak...terus masak..terus makan...alhamdulillah...sy jarang masak meehoon pedas sbb husb and anak2 suka meehoon putih...tp kali ni mmg terbaikkkkkk...alhamdulillah...terima kasih utk ilmu nya....

    ReplyDelete
  37. Assalamu'alaikum...
    Ikan bilis tu... kalau tak yah rendam dulu boleh kew kk? Just cuci2 bilas cam tu je...?

    ReplyDelete
  38. Hihi...rupa2nyer ramai yg sdg study nk buat bihun grg ya.. saya pun msh belajar.. terima ksh k.azie.. semoga beroleh pahala drNya... semoga k.azie tetap sihat utk post segala resepi..

    ReplyDelete
  39. kak azie kalau terlajak pedas kami nk undur cana eh πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cili kering memang berbeza kepedasannya. Utk mengimbangi kepedasan, kena tambahkan manis samada gula atau kicap manis.

      Delete
  40. Mmg sedap2 belaka resepi yg akk kongsikan.. berbangga bila dpt masak, mohon saya share ye.. πŸ™πŸ»

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.