Iklan

Iklan Nuffnang

21 Aug 2015

Mee Hoon Goreng Sedap Lagi





Alhamdulillah, pageview blog Azie Kitchen akan mencapai 50 juta dalam bila bila masa sahaja. Terima kasih tidak terhingga. Siapalah saya tanpa sokongan anda semua. Blog yang digunakan untuk mengisi masa lapang telah menjadi tempat bertemu dan berkenalan di alam maya. Semoga ianya terus memberi manafaat buat kita semua. Sebelum masuk bab resepi, saya mahu kongsikan sedikit petikan kuliah Zohor Ustaz Ibrahim Muhammad berkenaaan dengan iman yang mudah luntur seperti mana lunturnya warna kain. Jadi kita hendaklah sentiasa memohon dengan Allah supaya diperbaharui iman dalam hati dan supaya sentiasa segar. Tabiaat iman ada 2 iaitu bila terbatal, maka terkeluar dari Islam. Kedua boleh luntur, lemah dan berkurangan. Yang dikongsikan ialah yang kedua iaitu iman boleh jadi lemah kerana kejahilan dan maksiat. Bila berlaku maksiat, akan tumbuh titik hitam yang menutupi cahaya iman. Ianya seperti karat, karat hati akan berubah menjadi meteri dan jika tidak bertaubat, ianya akan mengunci hati. Dalam masa yang sama iman boleh bertambah dengan cara menuntut ilmu. Walaupun ilmu yang telah kita pelajari sebelumnya. Kedua iman bertambah melalui amalan iaitu amalan hati seperti ikhlas, yakin, tawakkal, sabar dsb. Amalan kedua ialah amalan lidah seperti berzikir yang boleh menambah iman secara spontan. Contoh dengan menyebut, Alhamdulillah, manisnya buah rambutan ini, iman telah bertambah dengan serta merta. Akhir sekali, amalan anggota seperti solat, puasa mengerjakan haji dsb.


 


Sebelum ini saya sediakan mee hoon goreng sedap yang dimasukkan sotong di SINI. Asyik teringat ingatkan mee hoon yang terlajak sedap ini, maka sekali lagi saya menggoreng mee hoon menggunakan resepi sama. Kali ini saya menggunakan udang pula. Sedikit teknik dan cara menggoreng, boleh menghasilkan mee hoon goreng yang berbeza keenakannya. Hmm tak caya? Hahaha kalau tak percaya, cubalah sendiri. Cuma tambahkan garam dan perasa. Yang boleh boleh ikut sukatan resepi. Cili kisar saya jenis pedas, jadi saya cuma masukkan dalam 2 ke 3 sudu besar sahaja. Kalau cili kering jenis tak pedas, bolehlah lebihkan sedikit cili kisarnya. Lagi pun Nelly tak suka makan pedas. Kebetulan hari saya memasak ni, semua anak anak ada di rumah. Jadi satu bungkus mee hoon cap Jasmin memang sesuai dan ngam ngam untuk kami sekeluarga. 

Jom layan resepi mudah tali sedap ini. Pendek kata kalau ada tetamu di rumah, mee hoon goreng lah yang sesuai dan cepat dihidangkan. Begitu juga kalau ada jamuan dan majlis, mee hoon goreng jugalah hidangan yang versatile. Jom layan resepi dulu...



Mee Hoon Goreng Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan Bahan:
1 bungkus bihun Jasmin - direndam hingga lembut & tos
1 biji bawang besar - dihiris
1 mangkuk udang
1 mangkuk karot - hiris memanjang
1 mangkuk kubis
3 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap lemak manis Jalen
Garam, gula dan serbuk perasa jika suka
Minyak masak

Bahan Tumbuk:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 genggam ikan bilis - direndam

Bahan Hiasan:
Bawang goreng
Daun sup
Cili merah

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang besar sehingga naik bau. Inilah yang akan menjadikan sambal mee hoon goreng kita menjadi lebih sedap.

Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata sehingga naik bau. Masukkan pula cili kisar dan kacau rata. Kecilkan api dan masak sehingga cili benar benar masak dan garing.

Setelah cili garing, masukkan sedikit air, sos tiram, kicap, gula dan garam secukupnya. Masak sehingga sambal terbit minyak.

Setelah terbit minyak, masukkan karot dan sedikit air lagi untuk melembutkan karot. Agak agak karot lembut, bolehlah dimasukkan udang dan kacau rata seketika sahaja kerana tidak mahu udang terlalu masak ketika ini.

Kemudian masukkan mee hoon. Kacau rata sehingga mee hoon lembut. Jika mee hoon belum cukup lembut, masukkan air sedikit demi sedikit.

Akhir sekali, masukkan pula sayur kubis. Setelah sayur lembut, dan mee hoon telah terbit minyak, bolehlah tutup api. Tabur dengan bahan hiasan sebelum dihidangkan.


6 comments:

  1. Salam kak Azie.. saya suka blog akak, banyak nasihat.. cerita2 hidup akak.. resepi semua best ... Moga hidup akak selalu dalam keberkatan dan kasih sayang-Nya.. amin..~ ^_^

    ReplyDelete
  2. K.Azie..thanks for sharing. Mula- mula Kawin dulu mak risau sbb sy jrg ke dapur masa singlenya. Bernanah telinga dengar dia membebel. Bila dh ada suami, baru saya tau yang suami jenis suka makan di rumah. Mak mertua siap bagi list fav dish anak dia gemari. Adoii..tapi berkat sabar & smngt ingin blajar, sy brjaya masak fav food suami dgn bantuan blog k.Zie ni. Hehe. tq tq tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat gembira mendengarnya. Ada juga persamaan dg saya. Masa dulu walaupun minat memasak tetapi hanya utk kek dan biskut, memasak utk hari hari tak suka. Tak suka panas di dapur. Tapi bila dah kawin, baru betul betul mencuba memasak pelbagai lauk pauk utk hidangan suami. Ada kala tak menjadi tapi suami tak pernah komen. Sentiasa memuji sedap supaya saya tidak berputus asa

      Delete
  3. banyak resepi k.azie yang saya dah cube. mmg sedap...tq for sharing Z:)

    ReplyDelete
  4. Alhamdullilah syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan blog Kak Azie saya dapat mempelajari pelbagai resepi. Saya dengan mohon izin kepada kak Azie untuk menyalin resepinya ya...Terima kasih kak Azie.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.