Iklan

Iklan Nuffnang

12 Aug 2015

Danish Butter Cookies





Terasa seperti lama tidak bercuti di luar negara. Walhalnya, bulan April lepas saya ke Chennai atas urusan kerja sambil bercuti dengan anak anak. Teringin sekali untuk bercuti ke Paris sambil bershopping dengan semua anak anak. Tetapi memikirkan kadar tukaran wang asing yang tinggi, rasanya bukan keputusan terbaik untuk bercuti di saat seperti ini. Ke mana tempat yang saya ingin bercuti, saya pasti akan mengambil kira samada ianya tempat shopping yang menarik. Saya suka sesuatu tempat yang saya boleh menyelam sambil minum air. Oleh kerana harapan untuk kadar pertukaran kembali seperti biasa agak tipis, jadi fikir punya fikir, saya membuat keputusan untuk tidak bercuti. Lagi pulak, Juita akan bercuti hanya pada pertengahan Disember. Sangat susah untuk mencari masa yang sesuai untuk semua anak anak. Oleh kerana tidak jadi bercuti, saya ingin membeli sesuatu. Haa pastinya sesuatu yang sangat saya impikan. Nak tahu apakah ianya, kenalah tunggu. Saya memang sangat sabar jika ingin mendapatkan sesuatu. Kesabaran saya bukan sahaja setahun malah boleh sehingga 5 tahun lamanya. Yang penting saya memperolehi sesuatu yang akan saya sukai selamanya. Saya percaya kepada pepatah, alah membeli menang memakai. 

Ada yang meninggalkan komen meminta saya terus memasak seperti dulu dulu. Agak sukar juga sebenarnya. Pertama kerana anak yang tinggal di rumah hanyalah Aween. Aween pula sangat berhati hati dengan apa yang dimakan. Malahan tidak mengambil makanan yang berat di waktu malam. Kedua, sekarang masih lagi dalam musim perayaan. Setiap minggu, pasti ada sahaja jemputan ke majlis rumah terbuka. Kalau saya memasak pun, hanyalah di hari minggu. Namun begitu, saya akan cuba kongsikan jika saya ada menyediakan masakan atau lauk yang istimewa.

Hari ini masih ingin kongsikan resepi biskut raya yang disediakan Nana dan Juita yang sangat lembut dan mencair di dalam mulut. Sekali rasa, seperti kuih semperit yang sangat popular di masa perayaan. Dua kali rasa macam Imported Butter Cookies lak. Nama pun Danish Butter Cookies, so memang ada rasa butter cookies lah. Zaman dulu dulu, kalau dapat butter cookies dalam tin bulat tu kira best sangat lah. Maklumlah harganya kan agak mahal.

Jom layan resepi di bawah ini...




Danish Butter Cookies

Bahan bahan:
125 gm mentega
45 gm gula icing
140 gm tepung gandum
1/4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil butter/esen vanilla
Chocolate chip/kismis/cherry - hiasan

Cara cara:
Putar mentega dan gula icing hingga berkrim. Masukkan butter oil diikuti dengan tepung.

Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit. Bentukkan dalam apa bentuk yang disukai dan susun ke dalam dulang.

Bakar pada suhu 150C selama 15 minit.


16 comments:

  1. Salam kak azie...sya suka resepi2 dri kak azie...menjadi n sedap...esp resepi kelantan...hubby org kelantan..so blog akak mmg jd rujukan sya...terima kasih kerana ikhlas share resepi n ilmu..semoga terus sukses di dunia n akhirat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Aamiin. Semoga Neeka dan keluarga juga sentiasa dlm lindungan Allah.

      Delete
  2. Simple sangat..boleh cuba... Resepi akak semua terbaik..

    ~rayywissy

    ReplyDelete
  3. Maaf saya baru je nak belajar memasak .. Nak tanya butter oil tu apa ?? Butter tu nak kena cairkan ke ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur boleh beli butter oil di kedai menjual peralatan membuat kek dan biskut

      Delete
  4. berapa byk nak masukkan butter oil ye?..xde dlm senarai bahan la sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna 1/2 sudu. Ada dalam bahan bahan. Samada butter oil atau esen vanilla

      Delete
  5. Akak mentega boleh guna butter tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mentega tu sama dg butter. Butter tu dalam English

      Delete
  6. Kak Azie..macamana ye nak buat bentuk macam tu? Sorry saya baru nak blaja :) Thanks Kak Azie.. kami pengikut setia blog akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami guna acuan bunga dahlia. Boleh beli di pasar atau kedai bakeri

      Delete
  7. Kak azie .. kalau takde butter oil,boleh letak esen vanila je ke ?

    ReplyDelete
  8. salam kak azie...sy dah try resepi ni..sedappp betul..biskut lembut cair di mulut..xberenti makan..padahal niat nak merasa jek.. tp nak tanya setting oven yg elok..api tu guna atas bawah or bawah jek..tq kak azie..

    ReplyDelete
  9. dapat berapa biji ye jika iku adunan ni?

    ReplyDelete
  10. Hye kak. This is my 1st trying bake this cookies.. And memang sedap la kak! The taste in mouth walaa! Tq for sharing kak. Senang je buat hehe. Pls share more of cookies resepi ya kak. Love from sabah.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.