Iklan

Iklan Nuffnang

10 Aug 2015

Biskut Cornflakes Madu Yang Sedap





Hmm. Nak tanya sikit? Dah like page facebook Azie Kitchen ke belum? Kalau belum, eloklah klik like dulu. Sebab saya akan update page facebook Azie Kitchen untuk entri terbaharu di blog Azie Kitchen. Senanglah kerana kita akan dapat notification. Saya pun tak pasti kenapa ramai pembaca blog Azie Kitchen memilih untuk menjadi silent reader. Itulah sebabnya follower di blog sangat sedikit berbanding dengan pelawat yang melebihi 100 ribu yang singgah setiap hari. Apa apa pun, saya sangat terharu dengan kesudian anda semua untuk singgah di sini. Membaca komen komen yang ditinggalkan membuatkan saya tidak terasa kesunyian. Sekarang meh kita citer pasal biskut raya pulak. Sebaik menjejak kaki di dapur di satu pagi di minggu raya, saya terpandang satu sebalang besar biskut Cornflakes Madu di atas kabinet. Bila ditanya dengan Boy, barulah tahu rupanya Nana menyediakan malam sebelum majlis Rumah Terbuka kami pada 2 Ogos 2015 di SINI. Nampak sangat mengujakan saya mengambil sepinggan untuk di snap gambarnya dan sambil sambil itu, mengunyah sehingga tak sedar, habis kesemua biskut yang dok ada dalam pinggan. Barulah ku tahu, rupa rupanya sedap biskut cornflakes ni ya. Patutlah anak anak suka. Rasanya pun manis manis madu dan yang lebih utama ialah ianya sangat rangup. 





Sebelum layan resepi, saya menerima banyak pertanyaan berkenaan sesuatu resepi boleh dimakan untuk berapa orang dsb. Sebenarnya agak susah juga untuk saya mengagak kerana kebiasaannya, saya memasak untuk dimakan sendiri. Jadi kami makan menambah nambah dan kadang kadang berulang ulang. Jadi saya rasa, elok kita mengagak sahaja. Contoh, kalau 1 ekor ayam boleh dimakan untuk berapa orang, jadi kita gandakan sahaja. Begitu juga, jika satu dulang kuih loyang 10x10" boleh makan untuk berapa orang, kita gandakan juga mengikut tetamu yang kita jangkakan. Lain dengan mereka yang berniaga, mereka telah mahir dalam bab ini. Tetapi saya hanya menyediakan untuk hidangan keluarga sendiri. Harap jelas dengan apa yang saya cuba sampaikan. Bukanlah apa, risau kalau anggaran yang saya beri tidak tepat pulak. Jom layan resepi mudah yang sangat cepat disediakan ini....




Biskut  Cornflakes Madu

Bahan bahan:
5 cawan cornflakes
1/4 cawan madu
1/4 cawan mentega
1 1/2 sudu besar gula kastor
Ceri - hiasan
Paper cup secukupnya

Cara cara:
Cairkan mentega di dalam periuk menggunakan api yang kecil, kemudian masukkan madu dan gula. Kacau sehingga sebati.

Di dalam mangkuk, ramas kasar cornflakes supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih.

Tuangkan campuran butter cair ke dalam mangkuk cornflakes, kacau sehingga cornflakes disaluti dengan sempurna.

Sudukan ke dalam paper cup, hias dengan ceri. Bakar selama 10-15 minit dalam oven suhu 150C. 

16 comments:

  1. 2000++ byk tu puan..hehehe..rasanyer ramai yg menyinggah sbb cri resepi..dan mngkin kebykan nyer bkn blogger

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Mereka seumpama teman bicara walaupun hanya di alam maya.

      Delete
  2. Sorry to said this i am also silent reader because you never reply one of my comment. I not sure if you notice it or not my comment. Anyway love to read your story and your lovely recipes. I am also a Pure Kelantanese like you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Thyaga, sorry if I never reply to your comment before. I might be overlooked. Normally i will reply to comment that require further explanation. Nevertheless, i read all the comments left in my blog. TQ

      Delete
  3. Saya follower blog puan dan telah mencuba beberapa resepi puan..terima kasih kerana sentiasa berkongsi resepi yg menarik...

    ReplyDelete
  4. Azie,

    Banyak dah resepi Azie MakPiah pakai.
    Terima kasih.
    Semoga Azie dibalas kebaikannya berkongsi resepi.
    Salam.

    ReplyDelete
  5. ni kegemaran sy & family jugak. sy akan cuba resepi ni pula...plain tanpa kismis & segala...bukan apa...kadang2 anak2 sibuk dok asingkan...kita ni suka konon lebih berkhasiat...

    ReplyDelete
  6. Salam kak Azie,

    Saya baru je follow. ngeee..
    Baru kenal blog akak bulan puasa hari tu.
    Terima kasih share resepi. saya pun ada cuba banyak resepi kat sini, sebab semuanya menjadi sedapnya.
    Minta halal ye. :-)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, sy mmg silent reader blog ni, suka tgk resepi yg di paparkan, semoga puan sentiasa rajin update blog ni mcm selalu. Kualiti gambar yg berkualiti menampakkan hidsngan puan menarik sekali, macam nak ambik makan shj.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Azie,
    Saya jugak salah seorang dari SR blog Azie.
    Cuma saya lebih suka print-kan resepi-resepi yang Azie kongsikan di sini untuk rujukan.

    - mintak halal dunia akhirat ya.

    ReplyDelete
  9. Salam K Azie,
    Saya mmg suka mencuba resepi K Azie sbb sedap2 belaka. Saya juga silent reader. Moga K Azie sentiasa share resepi di sini. Insya Allah pahala bertambah dan saya doakan kebahagian K Azie sekeluarga.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Auntie Azie..
    Kalau boleh saya nak tau 5 cawan cornflakes ni cukup k sekotak cornflakes yg normal size??

    TQ. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh kami beli kotak besar. Jika tak cukup, pro rate kan shj bahan bahan lain.

      Delete
  11. Saya guna resepi Kak Azie untuk Syawal kali ni.. Memang menjadi dan sedap!

    ReplyDelete
  12. Resepi paling simple dan sedap dimakan. 😀

    ReplyDelete
  13. Terima kasih kak..baru buat ikut resepi ni..menjadi..xmanis sgt n xmuak..rangup je

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.