Iklan Nuffnang

Iklan

13 Jun 2015

Stew Ayam Cara Tengku Puan Pahang






Resepi ini saya salin dari resepi Tengku Puan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang merupakan idola saya semasa beliau menunjukkan cara memasak stew ayam di sebuah rancangan masakan di TV lama dahulu. Pada masa itu, anak anak baginda juga turut serta dalam rancangan berkenaan. Saya cepat cepat menyalin resepi tersebut dan telah menjadi resepi kami sekeluarga sejak berbelas tahun. 




Malahan bekas pembantu rumah saya sudah handal memasak stew ayam Tunku Azizah. Sedap di makan bersama nasi putih panas panas atau roti gardenia. Kalau tak silap saya, Tunku Azizah juga ada mencadangkan supaya stew ayam diguna sebagai inti untuk pai ayam tapi mesti dipekatkan kuahnya. 

Lauk ini juga sedap dihidangkan untuk dimakan waktu sahur kerana ianya tidaklah berlemak. Jadi bolehlah kita semua memasaknya di bulan Ramadhan yang akan menjelang beberapa hari sahaja lagi. Juga jangan lepaskan peluang untuk mendapat tawaran pahala berganda di bulan Ramadhan ini. Amatlah rugi jika peluang ini disia siakan. Rasulullah mengaminkan doa Malaikat Jibril yang mengatakan Celaka lah sesiapa yang berada dalam bulan Ramadhan tapi Allah tidak mengampunkan dosanya dan menjauhkan darinya. Orang ini akan dimasukkan ke dalam neraka.  

Jom layan resepi yang menjadi kegemaran keluarga kami. Sila share dan panjang panjangkan kepada sahabat sahabat yang lain supaya kita semua mendapat manafaatnya..... 




Stew Ayam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - potong ikut suka
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 - 3 sudu besar tepung gandum
Sedikit kicap
Sedikit lada hitam - tumbuk kasar
Garam dan serbuk perasa
1 biji ubi kentang - dipotong 4
1 batang karot - potong besar
1 biji bawang besar - potong 4

Cara cara:
Tumis bahan penumis dan bawang serta halia yang dihiris nipis hingga wangi. Masukkan tepung gandum dan digoreng dengan api perlahan supaya tepung agak masak.





Masukkan ayam dan ubi kentang, karot, bawang besar dan dikacau rata. Masukkan sedikit air, kicap, garam, lada hitam dan serbuk perasa. Masak sehingga kentang empuk. 





Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Tabur daun sup dan bawang goreng. Hidangkan.





Nota:
Jika dipekatkan, boleh dijadikan inti chicken pie




23 ulasan:

  1. Wah senangnya...nak cubalah nanti...terima kasih!

    BalasPadam
  2. As salam.. Saya dh cuba resepi ni. Mula-mula ingat tak jadi, tp bila smua dh mula mendidih & masak, superb! Suami & anak kecil pn suka. Thanks kak for the recipe!

    BalasPadam
  3. Tqvm k.Azie.. saya dah try mmg sedap kan..it's gonna be my keeper recipe jugak. Moga akak sihat selalu utk terus berkarya & berkongsi ilmu dgn kami

    BalasPadam
  4. Done try jgk... Mmg sedap n sy suka sbb bahan simple2...hehe...thanks

    BalasPadam
  5. Blh tk klu gn ayam pencem utk masak stew ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Semua jenis ayam pun boleh. Tapi bila ayam pencen, kenalah lama memasaknya untuk bagi ayam empuk

      Padam
  6. Salam kak, saya nk try recipe ni harini.. Tq for sharing..semua recipe kak sedap2..

    BalasPadam
  7. Sedapnya...sy baru je try hari ni

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum, I have tried the recipe.Thank you and may Allah s.w.t grant you with happiness and health.

    BalasPadam
  9. kalau tak letak serbuk perasa menjejaskan rasa dia tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jer kalau tak mahu letak apa apa perasa. Atau letak gula sahaja. Juga sebagai perasa

      Padam
  10. kalau ayam tu direbus dahulu ubah rasa x?

    BalasPadam
  11. Tepung gandum tu masak dgn m8nyak ke atau bancuh dgn air?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masukkan terus tepung ke dalam minyak. Tak perlu letak air. Jadi tepung akan masak. Tak rasa macam tepung mentah.

      Padam
  12. Kicap tu kicap apa ye kak?

    BalasPadam
  13. Salam kak . Nak letak air banyak mane kalau 1 ekor ayam ?

    BalasPadam
  14. mcm ni rupanye masak stew..nk cuba gak la...

    BalasPadam
  15. Menarik sgt2.. Bahan pun simple je.. Tq sharing puan azie.

    BalasPadam
  16. Jom masak stew ayam. Senang nak masak. Sesuai untuk anak-anak tak makan pedas.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.