Iklan

Iklan Nuffnang

12 Jun 2015

Sambal Ikan Bilis Dan Petai






Saya menyediakan lauk ini kerana dalam peti sejuk terdapat banyak ikan ikan bilis yang dibeli di Kota Kinabalu. Di samping itu, masih ada petai yang saya frozenkan dulu di SINI. Memang masih segar petainya seolah baru sahaja dikopek dari kulitnya. Haaa tidaklah membazir kerana harga petai bolehlah tahan mahalnya. Lauk seperti ini boleh dimasak dan sebahagian disimpan di dalam freezer. Sangat sesuai jika dimakan untuk berbuka atau bersahur kerana tinggal dipanaskan sahaja. 




Saya ingin kongsikan sedikit petikan dari Kuliah Ustaz Ibrahim Muhammad berkenaan empat perkara yang memberi dosa besar dan hukumnya haram dari amalan jahiliah tetapi masih dilakukan iaitu:
1. Berbangga bangga dengan keturunan. Sebagai contoh, aku keturunan Arab, Bugis dsb. Tak payahlah dibangga kerana ianya adalah haram dan berdosa besar. 
2. Mencela keturunan orang lain. Walau macam mana marah sekali pun, jangan sesekali mencela keturunan orang lain.  Allah jadikan manusia berbangsa bangsa dan berpuak puak bukan untuk dibangga atau dicela. 
3. Menisbahkan turunnya hujan dengan bintang.  Contoh, ohh hujan turun sebab pembenihan awan dsb. Sepatutnya sandarkan pada Allah. Alhamdulillah Allah telah menurunkan hujan dengan usaha pembenihan hujan. 
4. Wanita yang meratapi kematian. Boleh mengeluarkan airmata jer tapi jangan keluar suara tangisan. Jangan sekali sekali membuatnya. Kelak akan dipakai baju dari tar panas. 

Jom kita layan resepi mudah ini. Sedap juga dimakan dengan mee hoon atau nasi goreng selain dimakan dengan nasi putih. Jom layan resepi...




Sambal Ikan Bilis dan Petai

Bahan bahan:
200 gm petai
80 gm ikan bilis
15 biji cili padi hijau dan merah
1 1/2 biji bawang besar
Asam jawa 
Garam, gula dan bahan perasa
1/2 biji bawang besar - hiris

Cara cara:
Kisar ikan bilis bersama cili padi dan bawang besar hingga hancur. Lagi elok kalau tidak terlalu hancur. 

Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga agak masak. Masukkan petai dan biarkan masak seketika. 




Perasakan dengan garam, gula, bahan perasa dan juga sedikit air asam jawa. Kacau rata sebelum dimasukkan bawang besar yang dihiris. Gunakan api perlahan dan biarkan masak hingga kering dan bawang besar menjadi layu.




6 comments:

  1. Sedapnya kalau makan ngn nasi putih panas-panas.. Memang x pandang kiri kanan dah..

    ReplyDelete
  2. nampak senang dan menyelerakan. :)

    ReplyDelete
  3. thanx kak azie for sharing resepi sambal ikan bilis petai ni.... mmg byk petai kat umah tu... lps beli borong kat ulu yam ari tuh..

    ReplyDelete
  4. Sedapnya. Petai walaupun baunya kuat tapi sedap di makan buat ulam, sambal atau di masak lemak cili padi.

    ReplyDelete
  5. klu gantikan Asam jawa dgn belacan blh x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fungsi asam jawa supaya ada rasa masam. Blh ganti dg asam keping.

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.