Iklan

Iklan Nuffnang

21 Jun 2015

Rendang Daging Sedap Giler




Ramadhan Kareem buat semua pembaca blog Azie Kitchen. Hari ini ialah hari ke4, kita semua berada di Akademi Ramadhan, jadi pastikan kita berjaya hingga ke akhirnya dan menamatkan akademi Ramadhan dengan kejayaan. Hari ini saya ingin berkongsikan resepi Rendang Daging Sedap giler. Melihat tajuk resepi jer dah membuat hati teruja untuk mencuba. Klik blog Baked By Che Ta di SINI. Untuk menghasilkan rendang Asmah Manjalara yang sedap dan tahan lama, disarankan supaya kita hanya menggunakan bahan bahan asli dan segar. Resepi ini yang digunakan untuk mengambil tempahan dan juga pernah tempat pertama dalam pertandingan masakan. Ohh kalau tak teruja lagi dengan keterangan resepi ini tak tahu lah nak kata apa lagi. Serius harum semerbak dapur semasa ianya sedang disediakan. Saya ada jugalah tidak mengikut resepi sedikit sebanyak iaitu menggunakan serbuk ketumbar dan jintan yang telah siap dikisar. Tapi kalau di sangai dan kisar sendiri, pasti lebih lagi lah wanginya. Satu cara nak menghasilkan rendang yang sedap ialah dengan menggunakan bawang yang banyak serta santan yang banyak, terutamanya santan segar. Pasti sedap.





Saya suka rendang yang sedikit berkuah dan basah. Jika suka rendang yang sedikit basah, bolehlah ditambah sedikit air, jika ianya terlebih kering. Kuah rendang boleh di adjust adjust dengan menambah air. Kalau suka rendang seperti rendang Minang atau rendang Tok yang lebih kering, ianya dikacau atas api perlahan sehingga ianya menjadi kering dan berwarna gelap. Apa pun pilihan dan kesukaan kita, buat aje kerana kita yang membuatnya kan? Gambar rendang yang sedikit basah seperti di dalam gambar di bawah ini...




Jom layan resepi dan petua petuanya yang diberikan Che Ta di bawah resepi ini. Terima kasih banyak banyak kepada Che Ta kerana telah sudi berkongsikan resepi serta memberi pula tips yang sangat berguna untuk menghasilkan rendang yang sedap dan tahan lama. Bolehlah sama sama kita cuba menyediakan rendang ini di bulan Ramadhan sebagai hidangan berbuka atau bersahur dan boleh menyediakannya sekali lagi untuk hidangan di pagi Raya Aidil Fitri nanti. Selamat mencuba....



Rendang Daging Sedap Giler

Bahan bahan
1 kg daging 
3 cawan cili kisar - guna 6 sudu besar
1 kg santan pekat
4 sudu makan kerisik - guna 1 1/2 pek
2-4 helai daun kunyit-carik
Garam, asam jawa dan  gula

Bahan A
8 biji bawang merah - tambah 1 biji bawang besar sedang
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan B
2 inci lengkuas muda
7 batang serai - hiris
 2 sudu makan ketumbar (rata) - sangai wangi
1 sudu makan jintan manis - sangai
1 sudu makan  jintan putih - sangai

Cara cara:
Kisar bahan A. Tapis dan airnya diguna untuk kisar bahan B. Kalau tak cukup tambah sedikit air. Kisar pula bahan B.

Panaskan minyak tumiskan bahan A hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Pastikan minyak mencukupi. Jika kurang bahan bahan tumis tidak cukup masak.






Masukkan daging dan gaul rata hingga bercampur semuanya. Bila daging dah keluar air masukkan santan, daun kunyit dan sedikit garam. Masak hingga daging empuk. Boleh tambah air jika daging masih belum empuk.





Masukkan kerisik, air asam jawa dan gula. Rasa masam manisnya.




Cara memasak menggunakan periuk Noxxa:
Tekan butang stir fry dan masukkan minyak. Bila sudah panas masukkan bahan A. Kacau hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Off kan butang stir fry. Masukkan daging, santan, kerisik dan daun kunyit. Untuk sekilo daging santan pekat lebih kurang 1/2 bahagian periuk dan jangan terlalu kurang cecair (santan) untuk mengelakkan bahagian bawah dasar periuk berkerak. Gaul rata. Tutup periuk dan tekan butang high pressure selama 30-40 minit. Bila sudah cukup masa keluarkan angin dari periuk dan buka tutup periuk. Tekan butang stir fry untuk mengeringkan rendang. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Suaikan rasa ikut selera. Kacau kacau selalu dan masak hingga kering. Cara lain untuk mengeringkan rendang ialah aku alihkan rendang dari periuk PC ke dalam kuali dan keringkan dalam kuali besar. Lebih mudah untuk mengacau hingga kering.

***Tips.
1) Pastikan bahan bahan yang ditumis benar benar masak supaya rendang tahan lama.
2) Bila rendang telah agak agak kering kecilkan api dan kacau sekali sekala sehingga terbit minyak.
3) Rendang yang cantik dan tahan lama ialah apabila minyak telah keluar dari rendang itu.
4) Untuk membuang minyak yang berlebihan - kuakkan rendang ke arah ke luar kuali hingga membentuk bulatan dan biarkan minyak yang berlebihan bertakung di tengah tengah kuali. Bila telah sejuk ambil rendang ditepi tepi kuali tanpa mengusik minyak yang bertakung di tengahnya.
5) Jika menggunakan periuk PC set masa 20-30 minit untuk daging batang pinang dan daging biasa selama 30-40 minit. Proses mengering rendang akan menjadikan daging lebih lembut.
6) Jangan tutup rendang yang masih panas dengan dulang atau tutup periuk. Ini menyebabkan rendang cepat basi. Tutup kuali dengan tudung saji yang besar (bulat).
7) Gunakan rempah2 yang masih baru dan disangai hingga wangi. Rempah rempah ini yang membuatkan rendang menjadi lebih sedap. Percayalah...jika rendang anda sedang menggelegak dan bau harumnya mula terhidu dan buatkan anda berasa lapar atau terasa nak makan maknanya rendang itu pasti sedap. Suaikan rasa masam, manis dan masin.



35 comments:

  1. dah lama tak makan daging huuu sedapnya :D

    ReplyDelete
  2. resepi akak takde guna apa2 rempah rendang pun...
    sure sedap.

    ReplyDelete

  3. Aslmkm Azie.

    Slmt bpuasa. Terima kasih sebab sudi mencuba rendang tu. Harap dapat memenuhi selera.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Hari ini tengok resipi, hari ni juga cuba. Memang sedap. Saya guna santan kotak aja. Kena cuba lagi sehingga mencapai rasa yang mengikut naluri rasa saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. salam kak azie

    cili kisar guna 3 cawan atau 6 sudu besar shj?
    nak cuba buat
    nampk sgt sedap :)

    thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya hanya guna 6 sudu besar shj.

      Delete
  6. Memang sedap sngt..tq untuk resepi

    ReplyDelete
  7. Daging kena rebus dulu tak kak

    ReplyDelete
  8. Terimakasih dear atas resepi yg best..tengah struggle nk siapkan kuah kacang n rendang time demam ni huhu..selamat hr raya haji..maaf zahir batin :)

    ReplyDelete
  9. Tksh..sy dah Buat. Sangat2 sedap :)

    ReplyDelete
  10. Menu utk harini...mekasih n halalkan resepinya yea pn azie...sedap sgttt...

    ReplyDelete
  11. Bahan yg d sangai d kisar basah or kisar kering?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kisar kering atau tumbuk. Saya guna yang serbuk sahaja. Nak sedap sangai dan tumbuk sendiri

      Delete
  12. Tq dan halalkan resepi ni & yg lain2 ye...
    Terbaek

    ReplyDelete
  13. Puan azie, sesungguhnya resipi you semua saya dah cuba dan memang menjadi dan sedap. Ini yang buat saya lebih bersemangat. Terima kasih atas sharing resipi seikhlasnya.

    ReplyDelete
  14. Terima kasih krn berkongsi. Selamat hari raya!

    ReplyDelete
  15. Salam aunty. Nak tanya, resipi ni untuk berapa orang makan ya? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Ianya agak subjektif. Kalau Anesh beli daging sekilo, berapa orang boleh makan di rumah Anesh. Jadi sama lah dg daging ini, cuma ianya dimasak rendang.

      Delete
  16. Salam akak nak tanya kalau guna kuali biasa boleh kan ? sy baru belajar nak masak takut tak menjadi..���� hana*

    ReplyDelete
  17. Nk msak utk raya esok, tq azie

    ReplyDelete
  18. Salam Azie
    Boleh guna untuk ayam tak resipi ni?

    ReplyDelete
  19. Cili kisar tu yg dah siap atau yg baru dikisar ya...

    ReplyDelete
  20. Sedang merendang..yup..mmg mabeles..baunya sahaja dh memikat sukma..salam aidilfitri drp saya utk azie kitchen..

    ReplyDelete
  21. Assalam,
    Tengah memasak rendang resepi kak Azie, memang sedap, membangkitkan nostalgia rendang kerang tok di kampung, macam ni lah bau dan rasanya...Thanks kak..nak bawak balik utk mak & mak mertua :):)

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum
    Sedang masak rendang dagin rusa..bau pun dah menyengat..tgh tgu rendg kering ja

    ReplyDelete
  23. Resipi ini yang saya buat untuk hari raya tahun ni..bahkan bulan puasa kelmarin 3 kali ayah request masakkan rendang sedap ni..terima kasih atas perkongsian yang bermanafaat ini puan

    ReplyDelete
  24. salam
    Saya try masa raya haji tahun ni (2016). sedap :) . time kasih.

    ReplyDelete
  25. Salam Pn. Azie
    Sy dah cuba resepi rendang pg tadi.Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  26. Salam pn.azie saya suka semua resepi pn sedap semua.daya teringin nak msk group whatssap noxxa macamana ye?

    ReplyDelete
  27. Terimakasih azie...tgh masak rendang ikut resepi azie...bau dia belum mkn da tau sedap...hihi..halalkan resepinya yea dik...mekasih

    ReplyDelete
  28. Blog pertama jika nak cari resepi... pasti menjadi. Terima kasih. Semoga murah rezeki amen.

    ReplyDelete
  29. Terima kasih puan. Semoga murah rezeki. Persinggahan saya jika saya nak cuba sebarang resepi.

    ReplyDelete
  30. Replies
    1. Bila daging dah kecut dan keluar air, masuk santan

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.