Iklan

Iklan Nuffnang

16 May 2015

Udang Masak Tiga Rasa Yang Sedap







Setelah lama bercuti di dapur, hari ini saya telah kembali memasak makan tengahari untuk anak anak kerana tidak lama lagi Juita akan memulakan pengajian di kolej. Walaupun Juita hanya meratah lauk sahaja, tapi Aween dan Nana makan lauk lauk yang saya sediakan dengan nasi putih. Lagi pula, ramai yang menulis yang saya telah lama tidak berkongsi resepi baru di blog. Terima kasih pada yang masih sudi singgah walaupun blog ini telah mula suam suam kuku.







Sebelum masuk bab resepi, ingin saya kongsikan berkenaan kuliah Ustazah Ros Izanuri berkenaan bab menguruskan jenazah sehingga pengkebumian. Memang agak menginsafkan. Tapi Ustazah cepat cepat berpesan supaya jangan merasa takut untuk melihat bagaimana jenazah dibaringkan dalam kubur terutama jika orang orang yang terdekat dengan kita. Kata Ustazah lagi, mati adalah sangat dekat dengan kita, umpama urat di tengkuk sahaja. Bila bila masa sahaja dan tanpa apa apa sakit pun, kita boleh mati bila masanya telah tiba. Apa yang perlu dibuat adalah persediaan untuk menghadapi kematian. Dikatakan orang yang cerdik ialah orang memikirkan keadaan di alam kubur dan kehidupan selepas kematian. Jika kita tidak banyak berbuat amalan, mulalah melakukannya dari sekarang. Lakukan amalan yang mudah seperti berzikir setiap masa. Berbalik kepada jenazah, dikongsikan bahawa kita tidak digalakkan duduk di kubur sehingga jenazah telah diturunkan. Berkenaan tidak boleh makan minum di rumah yang masih ada jenazah di dalamnya, kata Ustazah yang ianya tidak menjadi masalah. Tapi sebaiknya makanan disediakan oleh jiran tetangga atau saudara mara bukan rumah yang menpunyai kematian. Yang lain rasanya, sama kot dengan yang biasa diajar oleh ustaz ustaz lain atau kita boleh baca buku atau mendengar kuliah ustaz ustaz di youtube.

Ok sekarang kita masuk bab resepi yang sangat mudah dan sedap ini. Lebih lebih lagi menggunakan udang yang segar. Resepi ini boleh juga ditukarkan dengan ikan. Tapi jika menggunakan ikan, ianya perlu dilumur dengan garam kunyit dan digoreng terlebih dahulu. Jom layan resepi dulu...



Udang Masak Tiga Rasa

Bahan bahan:
1/2 kg udang kertas
2-3 sudu besar cili kering kisar
1 batang serai - ketuk
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato 
1 sudu besar kicap 
2 sudu besar sos tiram 
Garam dan gula secukupnya 
1 labu bawang besar - mayang 
1 biji cili merah - hiris

Bahan kisar:
5 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas

Cara-cara:
Tumiskan bahan bahan kisar, cili kisar dan serai sehingga terbit bau. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap dan sos tomato. Tambahkan sedikit air dan kacau perlahan.

Masukkan udang, bawang besar dan cili merah. Kacau rata-rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Sedia untuk dihidangkan. Tabur dengan daun bawang atau daun sup. 




7 comments:

  1. Assalamualaikum kak azie... Saya wani ameen dari penang. Salam perkenalan dari saya...

    Anyway, resepi sis diatas tu membuatkan saya dapat idea untuk masak esok hari... Baca resepi je pun dah terliur. Hahaha... Tq atas resepi diatas dan saya juga sudah follow blog sis.

    Follow mines too at
    www.waniameen.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Terima kasih puan azie sy dah buat menu ini untuk iftar semalam. Alhamduillah. Lauk udang ni mmg sedap. Terima atas atas resepi ni -yati syuhaida yazid. Seremban

    ReplyDelete
  3. Assalam kak Azie salam kenal :)
    kita ambil resepi sini ea. Sudi follow la balik. masih baru dalm dunia blog. hee Tq.

    http://chentaqaseh03.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Terima kasih.... mmg sedap! :-)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak Azei. Terima kasih kongsi resepi best ni.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak Azie..sedap menu ni. Saya kurang kreatif bab penyediaan lauk pauk ni. Sib baik ada blog kak Azie :) tq soooo much sis <3

    ReplyDelete
  7. Tq so much kak azie for the recipe. Sedap sangat! Macam makan kat kedai. Hee. Pasni boleh buat sendiri je. Tp sy guna ketam. Tq again

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.