Iklan

Iklan Nuffnang

25 May 2015

Kuih Tepung Pelita Asli Sedap





Kuih tepung pelita adalah antara kuih yang sangat dekat dengan diri saya kerana sejak kecil gemar memakan kuih tepung pelita samada yang dibeli di Pekan Jelawat atau yang dibeli di kedai kopi di kampung kami. Memang sedap, terutama bila dapat menceduk sekali air gula di bahagian bawah bekas daun pisang. Oleh kerana ianya dikukus dalam bekas yang dibuat dari daun pisang, maka kewangiannya tak boleh dipertikaikan lagi. Hubby dan anak anak pun suka membeli kuih ini bila ke Bazar Ramadhan untuk dimakan ketika berbuka puasa. Sekarang banyak resepi tepung pelita yang telah diubahsuai dengan dimasukkan tepung jagung la, tepung kwan hoe lah dan macam macam lagi. 





Saya teringat untuk membuat kuih tepung pelita selepas menikmati kuih tepung pelita di pejabat dalam satu majlis makan makan yang sangat sedap. Tapi kalau kuih tepung pelita untuk berjualan, mudah jika dikukus dalam bekas plastik. Boleh ditutup dan senang dibuat penghantaran. Kalau untuk makan sendiri, sedap lagi jika menggunakan daun pisang. 




Untuk hari ini saya memberanikan diri menyediakan bekas tepung pelita dari daun pisang selain menggunakan bekas plastik. Hahaha tapi bekas saya dah gagal berfungsi dengan baik bila saya hanya menggunakan selapis sahaja daun pisang. Bekas nya tidak berdiri dengan kukuh. Jadi seganlah nak kongsikan gambarnya di sini. Namun, resepi tepung pelita asli ini sangat sedap walaupun kejadian tepung pelita saya hari ini pun tak berapa elok kerana periuk pengukus saya menitiskan air yang banyak. Hmm minta ditukarlah tu...

Jom layan resepi tepung pelita asli di bawah ini yang sangat sedap. Mungkin lain kali kena dilebihkan adunan lapisan hijau kerana ternipis sedikit berbanding dengan lapisan putih. Silakan share resepi ini jika ianya menepati apa yang anda cari... 



Kuih Tepung Pelita Asli

Lapisan Hijau:
1/2 cawan tepung beras
Secubit kapur makan
2 cawan air daun pandan 

Cara cara: 
Kisar 4-5 helai daun pandan untuk dijadikan air daun pandan secukupnya. Campur kesemua bahan untuk lapisan hijau. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih. 

Susun bekas daun pisang dalam periuk pengukus. Isikan satu sudu kecil gula ke dalam bekas kemudian baru dituangkan campuran tadi sebanyak 1/3 penuh. 





Kukus selama 15 minit. Setelah masak, tuangkan pula adunan lapisan atas di atasnya. 


Lapisan Santan
1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan 
Secubit garam

Cara cara;
Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur sambil dikacau sehingga keluar wap. Tuang ke atas lapisan hijau tadi dan kukus dalam 10 minit. 

Nota;
Boleh juga jika mahu terus tuang lapisan santan tanpa perlu dimasak terlebih dahulu.



24 comments:

  1. Sedapnya.. Bulan2 puasa kalau dapat mkn nie memang best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan sejuk sejuk lagi nyaman

      Delete
    2. Salam kak. santan tu kna pkai santan pati ke?

      Delete
  2. Adda tak pernah buat ... Biasa makan samada org bagi atau beli

    ReplyDelete
  3. sedapnye akak.. sy pon suke.. nanti nak cuba buat

    ReplyDelete
  4. Sedap ya puan.. Teringat arwah nenek yg suka buat kuih ni bila ramadhan
    Sy nk cuba jg la, tq

    ReplyDelete
  5. Salam kak... nk tanya.. kalau pkai bekas daun pandan.. xnk kukus blh x? Pengukus xde la kak... :-D

    ReplyDelete
  6. kak nak tanya la. saya dekat oversea tak ada daun pandan. kalau pakai pes pandan boleh tak? and berapa amount dia ye? Please help me.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga. Gunalah 1-2 sudu kecil. Letak sikit sikit dulu

      Delete
    2. Terima kasih kak. Saya dah buat byk resipi2 akak. Semuanya menjadi. Terima kasih sgt3. :))

      Delete
  7. saya berjaya buat hari ni...tq for the recipe sis

    ReplyDelete
  8. Klw x pakai pengukus pakai apa ya ? Heee

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum. Alhamdulillah. Memang nak sangat belajar buat kuih ni suami & anak2 suka sangat. Mmg selalunya beli je, tapi time2 bulan puasa je mudah nak dapat. Tu pun nak kena pilih betul2. Kadang sedap, dmkadang xsedap. InsyaAllah nak try buat & harap2 sedap. Tgk resepi sedap, mudah je. Terima kasih

    ReplyDelete
  10. Anak nak makn kuih ni utk berbuka hari ni

    ReplyDelete
  11. nak try buat hari ni..wish me luck

    ReplyDelete
  12. apa kegunaan air kapur? kalau tak pakai air kapur boleh tak?

    ReplyDelete
  13. Saya pun nak tahu apa fungsi air kapaur?apa kelebihannya...dan apa akan jadi kalau tak ade..so far kak azie sangat membantu saya merialsasikan resepi yg hebat...terima kasih kak azie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resepi tradisional banyak menggunakan kapur utk menjadikan adunan lebih kenyal. Kalau tk ada, tak letak pun tak apa

      Delete
  14. Terima kasih resepi..sy nak cuba buat hari ni untuk juadah berbuka..

    ReplyDelete
  15. salam nk tanya, tepung beras blh ke diganti dgn tepung gandum
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepung beras tak sama dengan tepung gandum. Pasti hasilnya tak sama

      Delete
  16. Sukatan cik pakai ni boleh dapat berapa ye kalau pakai bekas bulat kecil tu. Dan 21/2 santan tu berpa banyak ye. Saya nak buat assignment. Harap puan dapat balas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak catat hari tu. Boleh cuba buat dan dpt kan bilangannya

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.