Iklan

Iklan Nuffnang

21 May 2015

Ikan Tenggiri Masak Singgang Pedas





Setelah lama tak memasak, hari ini saya menyediakan resepi yang sangat simple dimple. Kalau ikan singgang Kelantan memang sangat simple bahan bahannya. Tapi ini resepi singgang pedas. Sebenarnya saya mula teringin nak makan singgang ikan tenggiri selepas mendengar cerita Fajaruldeen, kawan saya dari Kota Kinabalu yang memberitahu sejak bertugas di KK, mereka sekeluarga tidak lagi makan ikan singgang kecuali menggunakan ikan tenggiri. Hahaha maklumlah ikan tenggiri murah sangat sangat di sana berbanding di semenanjung. Biasanya kalau masak singgang, kita hanya menggunakan ikan kecil seperti ikan kembung atau ikan selar kuning yang lebih murah harganya.




Sebelum itu, saya hanya ingin berkongsikan pesanan dari Ustaz Azmi akan perlunya kita mengaji dan membaca Al Quran lebih lebih lagi di bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi. Ustaz menyarankan supaya mengaji setiap hari dengan niat sedekahkan pahala kepada kedua ibubapa, terutama jika mereka telah meninggal. Kita hendaklah berusaha untuk khatam dalam bulan Ramadhan ini. Para ulamak telah mengira dalam satu muka surat Al Quran, terdapat lebih kurang 10,000 hasanat atau kebaikan. Membaca 1 huruf Al Quran diberikan 10 ganjaran pahala. Adakah kita tidak mahu ganjaran pahala dan kebaikan sebanyak itu? Dikongsikan juga bahawa orang yang telah meninggal dunia, memohon pada Allah supaya dikembalikan ke dunia untuk melakukan 1 hasanat sahaja. Sedang kita yang masih ada peluang untuk berbuat banyak kebaikan, kenapa kita mahu mensia siakannya. Di akhirat nanti, Al Quran akan memberi syafaat kepada mereka yang belajar, membaca dan mengamalkannya.

Abu Umamah r.a. berkata: "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an.  Telah bersabda Rasulullah S.A.W:" Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya." Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab: "Siapakah kamu?" Maka berkata Al-Qur'an: "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu: "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya: "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab: "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Jom sama sama mengamalkannya. Setelah kita mendapat satu satu ilmu, hendaklah kita mengamalkannya, barulah ilmu itu memberi manafaat. Jom layan resepi dulu.



Masak Singgang Pedas Ikan

Bahan bahan:
2-3 keping ikan tenggiri
Asam jawa/asam keping 
Garam
Gula atau serbuk perasa
1 helai daun kunyit - jika suka

Bahan Kisar:
3 ulas bawang merah
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
2 batang cili merah/cili padi 
Sedikit belacan 

Cara cara:
Kisar semua bahan sehingga hancur. Masuk ke dalam periuk dan tambah air secukupnya. 

Masak sehingga mendidih baru masukkan ikan dan daun kunyit. Masukkan asam jawa, garam secukup rasa dan serbuk perasa jika mau. Kacau hingga ikan masak. 


2 comments:

  1. Assalammualaikum Kak, wah...glamer nama abg fajar...kena mention dalam blog ni...

    ReplyDelete
  2. Mudah resepinya..sesuai utk org bujang. Hihi. Nk try la nti. Terima kasih sbb sudi share resepi yg mudah ni 😊

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.