Iklan

Iklan Nuffnang

31 Mar 2015

Sup Tulang Yang Sangat Sedap





Aduhaai dah lebih 4 tahun saya tak memandu kereta. Hari ini terpaksa dua kali memandu ke kedai runcit dek diajak berkali kali oleh Aween. Menggeletar lutut dan tangan. Terpaksa pergi kerana dah tak ada sesiapa yang boleh ke kedai. Nasib baik ada kereta anak buah yang ditumpangkan di sini. Saya ini nama jer ada lesen memandu tapi memang dimanjakan suami. Ke mana mana sahaja dihantar dan diambil. OK hari ini saya hendak kongsikan resepi sup yang sangat sedap. Resepi sup ini adalah resepi Sup Jangan Pandang Belakang yang dikongsikan oleh Azlita Masam Manis yang dipelajari dari Chef Amer dan Sambal Kicap juga dari Chef Amer. Terima kasih pada Ita yang telah sudi berkongsi resepi sup sedap. Sebenarnya dah lama dapur rumah saya tak berasap sejak kebelakangan ini kerana di kebanyakan masa hanya saya dan Aween sahaja yang ada di rumah. Yang lain semua sibuk bekerja, Nelly pula di Ipoh dan Boy pula tinggal di kampus. Nana seperti biasa dengan jadual kerja yang tidak menentu. Juita pula bekerja di New Zealand Natural sementara menunggu masuk kolej. Saya dah berulang kali minta dia berhenti. Kesian melihatkan tangannya dah terasa kasar sedikit dek banyak terkena sabun. Tapi dia terpaksa memberi 1 bulan notis. Itulah hanya saya berdua dengan Aween sahaja yang ada di rumah. Hari ini saya menyediakan sup pun atas permintaan Aween. Kalau ikutkan macam malas lah juga. Kaki lembu ini dibeli semasa balik Kelantan sempena majlis perkahwinan anak buah saya, Zetty dan Faiz. Punya lah besar tulang kakinya sehingga tak muat periuk tekanan. Terpaksa sebahagian direbus menggunakan dapur gas. Itu yang menjadikan masa di dapur hari ini agak panjang.





Sebelum melihat resepi saya ingin selitkan sedikit petikan kuliah Ustazah Aishah dari kitab Minhajul Abidin yang sangat bagus buat panduan kita. Bahasa yang digunakan juga sangat menghiburkan hati kita. Terdapat beberapa kategori musuh yang menghalang ketaatan kepada Allah. Musuh utama orang mukmin ialah orang mukmin itu sendiri. Bukan masalah besar jika kita berpandu Al Quran. Boleh rujuk kepada surah Al Imran ayat 26-27 yang memberi motivasi supaya kita tidak mendengki satu sama lain. Ini adalah kerana Allah lah yang berkuasa untuk memberi kepada sesiapa yang dikehendaki dan memuliakan sesiapa yang dikehendaki. Begitu juga Allah lah yang boleh menghina sesiapa yang dikehendaki. Kita tak dapat hendak menempatkan diri kita pada posisi yang kita hendaki. Kalau Allah kabulkan kehendak kita, kita akan gembira tapi kalau Allah tak kabul, jangan pula kita kurang bersyukur. Sepatut kita tambah gembira jika apa yang kita hendaki, Allah tak bagi kerana ianya adalah kehendak Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita hendaklah redha dengan apa yang Allah kehendaki. Allah tak perlu persetujuan sesiapa. Sebagai contoh, jika kita ingin menjadi Ketua Jabatan, tetapi tidak dapat. Ini bermakna kehendak Allah adalah kita bukan seorang Ketua Jabatan seperti mana yang kita kehendaki. Harap apa yang saya olah ini adalah jelas ya. Risau kot berbelit belitlah pulak. Hidup ini memang telah diatur oleh Allah. Segala pusingan hidup samada naik atau turun adalah untuk perkukuhkan akidah. Jadi jangan lah kita bersedih dan berdengki dengan orang lain yang diberi kelebihan dari diri kita. 





Musuh kedua orang mukmin ialah orang munafik yang membenci. Orang beriman saling membantu dalam bab kesabaran dan ketaqwaan. Jika kita diberi kekayaan, Allah hendak uji kita dengan kekayaan. Jika sakit, untuk uji kesakitan. Jika diberi pangkat kerana Allah hendak menguji dengan pangkat yang ada. Musuh kita yang ketiga ialah syaitan yang membawa kesesatan. Kita kena menjadi hamba Allah sepanjang masa. Betapa hina kesakitan yang dialami oleh orang yang rasa tidak dipedulikan, hasil kerja tidak diiktiraf dsb. Tapi yang paling hina ialah apabila Allah tak peduli pada kita. Kalau kita tak peduli, bukan lah kita kisah. Sebagai isyarat pedulinya Allah pada kita, Allah akan sentiasa mengubah kita. Allah Maha Sempurna kerana segala posisi kita Allah nampak. Lagi seronok kita jadi hamba kerana diri kita yang tidak sempurna. Kita tak layak untuk dilihat manusia, tapi kita kena enjoy kerana Allah melihat kita. Kita merasa takut bila kita rasa selesa kerana takut Allah tak peduli pada kita. Ketika rasa panas, kita akan terbayang bagaimana panasnya api neraka. Ketika lapar, terasa bagaimana makanan di neraka yang terdiri dari nana dsb. Itulah gambaran bahawa syaitan akan menghalang kita dari jadi hamba Allah. Wajib memerangi syaitan. Caranya ialah dengan baca Al Quran dan memahami makna.





Manakala musuh yang terakhir ialah orang kafir yang menyekat. Macamana Yahudi menjadi sesat walaupun tahu kebenaran. Kini mereka membunuh dengan teknologi. Rancangan yahudi untuk melemahkan pemikiran itu sendiri. Jangan iktiraf orang Yahudi lebih hebat dari saudara seIslam kamu sendiri. Kalau tak rujuk Al Quran, macam mana nak mendapat kefahaman dan persediaan. Ilmu yang penting utk jaga imam, maruah dan tanggungjawab kita. Cara mengalahkan syaitan ialah dengan ilmu pengetahuan. Dalam surah Al A'raf ayat 14-18. Allah telah membekalkan Nabi Adam dengan ilmu pengetahuan sehingga dapat mengalahkan ilmu Malaikat. Malas adalah salah satu dari produk syaitan. Imam yang tak ada makanan adalah tak beradab. Sebagai contoh jika membawa anak ke majlis dan mahu anak kita beradab, kita kena bagi anak makan dulu di rumah. Bila mereka kenyang, barulah mereka akan beradab dan berkelakuan baik. Iman kita kena diberi makan yang bersesuaian. Makanan iman adalah lafaz Astagfrillah, Alhamdulillah dsb dari kita membuka mata sehingga kita tidur. Untuk jadi hamba yang mengikut perancangan penciptaan, Al Quran lah modulnya. Kita menjadi celaru kerana salah menggunakan panduan. Sebagai contoh, membaca Al Quran hanya pada bulan Ramadhan. Sepatutnya kita membaca Al Quran setiap hari. Pahalanya sangat besar, pahala untuk setiap huruf. Jangan jauhi Al Quran. Tujuan manusia diciptakan adalah untuk meraikan muka bumi. Bukan untuk beribadat semata mata. Sebaik baiknya baca waktu pagi ialah surah Yasin. Paling sikit baca ayat yang ke 12 dan baca makna. Untuk ingatkan amalan kita akan dicatat oleh Allah. Jantung surah Yasin ialah ayat ke12. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. 

Jom layan resepi sedap dari blogger terkenal ini. Memang sedap dimakan dengan nasi putih panas panas ataupun dicicah dengan roti. Kalau makan ramai ramai lagi lah sedap. Hmmm apa nak buat, saat begini pasti akan dihadapi oleh setiap ibubapa apabila anak anak membesar dan memulakan kehidupan masing masing. Jom layan...




Sup Tulang Sedap 

Bahan bahan:
1 kg tulang lembu ~ rebus dahulu hingga empuk
2 sudu besar minyak masak 
1 sudu besar minyak sapi 
1 batang kulit kayu manis 
3 kuntum bunga lawang 
5 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga 
1 labu bawang besar - di hiris 
1 peket kecil rempah sup - anggaran 2 sudu besar 
Air rebusan tulang secukupnya 
1 batang lobak merah ~ dadu 
2 biji kentang ~ dadu 
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukup rasa
1 biji tomato - potong dadu 
1 batang celery - hiris
Daun sup dan daun bawang ~ hiris
3-4 biji cili padi - hiris
Bawang goreng - tabur

Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
1 inci halia 
1/2 batang lobak merah 
1 batang celery 
1 batang leek 

Cara cara: 
Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan. Kisar pula karot, batang celery dan leek. Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu ditumis nanti. 

Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk. Tumiskan rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah di hiris hingga harum dan garing. 

Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak. Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus. Tumis lagi hingga garing. 

Kemudian masukkan rempah sup. Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.

Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih. 

Jika gunakan tulang yang tak di rebus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk. Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang. Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.

Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil. Bila kentang hampir empuk, masukkan juga daun sup, batang celery, cili padi dan bawang goreng. Tutup api dan sedia di hidangkan dengan sambal kicap. Tapi saya tak buat pun sambal kicap kerana anak anak tak suka pedas. Saya cuma letak cili padi yang dihiris.

Sambal Kicap 

Bahan bahan:
15 biji cili padi
3 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap ABC/kicap manis 
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil cuka makan

Satukan semua bahan dan kisar. Sedia di makan bersama sup tulang.





23 comments:

  1. Bestnye.. mmg dh lama rasanya x mkn sup tulang..hehe

    ReplyDelete
  2. sedapnye tgk sup tu...bleh lah rietta buat menu hujung mggu nnti...dalm lamer plak xmsak sup...

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Azie, dah try resepi ni dari blog azlita masma manis memang sedap sesangat....

    ReplyDelete
  4. mohon share ya kak azie, informasi yang sangat baik. s

    ReplyDelete
  5. tengok pon da taw sedappp..nyummmsss

    ReplyDelete
  6. Boleh cuba hr ni utk menu berbuka.tq

    ReplyDelete
  7. kak azie, kalau tak letak leek boleh tak?

    ReplyDelete
  8. em... sedapnya..
    tgh tggu nak supkan rebusan tulang daging korban ni..

    ReplyDelete
  9. Resepi menjilat jari ni,
    Thanks,
    Plz welcome to my blog www.hanasihat.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. thank you aunty.. bru siap masak ni.. i must say your blog has been my cooking bible for 1-2 years already! semua sedap2 especially nasi dagang hehe..

    -dilla

    ReplyDelete
  11. Tq kak azie.....nak masak kan mak mertua ni

    ReplyDelete
  12. Terima kasih sup yg sgt sedap ....

    ReplyDelete
  13. Thanks kak azie untuk resepi ni. Sy 1st time masak sup tulang. Resepi akak memang sgt2 membantu. Family pun suka ��.

    -zulaiqah-

    ReplyDelete
  14. Ya Allah Azie...

    Rasa syg sangat dengan Azie.. syukur Alhamdulillah... terima kasih banyak2 sebab sudi berkongsi resepi sup tulang yg mmg sedap.. saya dah cuba dan husband juga anak ckp sangat2 sedap... sampai 3 hari dok makan sup yang sama..

    Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Azie sekeluarga kerana saya rasa amat bahagia bila saya dpt menggembirakan keluarga dengan masakan yg mereka nak saya masakkan.. Amin Amin Amin Ya Robbal Alamin...

    In shaa Allah saya akan cuba resepi Azie yg lain..

    I love u lah Azie....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. So please to hear that. Segala pujian bagi Allah jua. Keep in touch ya. Luv u too my dear.

      Delete
    2. Salam anak, kalau says nak masak untuk 1ekor tulang lembu apa sukatan yg sesuai? TQ akak

      Delete
  15. first time sy masak banyak2 utk kengkawan datang beraya..sangat sedap kata kawan2..siap suruh repeat masak..ulang umah terbuke..hihi..terima kasih kak azie utk resepi y superb ni..

    ReplyDelete
  16. Terima kasih puan azie.
    Boleh sy cuba utk raya haji

    ReplyDelete
  17. Wow ....tengah dlm proses hihihi selamat menyambut hari raya haji

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.