Iklan

Iklan Nuffnang

9 Feb 2015

Pengat Pisang Nangka







Pokok pisang nangka yang tumbuh di hadapan rumah kami berbuah lagi buat kali kedua. Kali pertama tak dapat makan pun buahnya bila ianya telah ditebang oleh pekerja yang mengecat rumah TNB ketika buahnya belum masak. Kali ini saya memang menjaga pokok ini dengan memotong rumput dan membuang anak anak pokok yang tumbuh di sekeliling pokok besar. Saya hanya sedar yang pisang telah masak, setelah melihat banyak pisang yang dimakan tupai atau burung. Memang rezeki mereka. Tak mengapa kerana saya memang berazam untuk berkongsi rezeki dengan semua. Kali pertama melihat pisang nangka di pokok, jadi memang tak tahu bagaimana cara untuk melihat kalau pisang telah sedia untuk ditebang. Kalau pisang lain baka lain, kulitnya akan berubah sedikit kekuningan. Sedangkan pisang nangka, warnanya kekal kehijuan.





Hari ini saya menyediakan pengat pisang untuk dibawa ke surau. Lagi pulak, pokok ini bukan saya yang menanamnya sendiri. Jadi eloklah ianya dikongsikan. Kali ini saya menyediakan pengat bukan cara biasa. Kalau cara biasa, saya masukkan jer santan, gula dan pisang sekali gus. Kacau rata dan bila pisang telah lembut, masukkan pula sagu dan kacau lagi sehingga sagu kembang. Tapi cara kali ini lebih berhemah di mana saya memasak pisang dengan santan cair terlebih dahulu. Santan pekat dimasukkan akhir sekali. Kedua, saya memasak air gula berasingan kerana saya ada membaca petua yang gula hendaklah dimasukkan akhir sekali dalam apa apa jua masakan. Ketiga, saya memasak sagu secara berasingan dan kemudian baru dimasukkan ke dalam pengat setelah kuah agak sejuk bagi mengelakkan sagu kembang.

Tapi dalam dok excited, terlebih pulak masuk sagu sehingga kuah menjadi terlebih pekat. Cepat cepat meminta talian hayat dan atas nasihat Kak Yan, saya memasak sedikit santan cair dan diletakkan gula dan garam, dituangkan ke dalam periuk pengat menjadikan kuahnya menjadi cair semula. Hmm lepas ni boleh buat lagi dan semoga ianya lebih sempurna kejadiannya. Itulah kita kena cuba dan cuba serta belajar dari kesilapan. Practice made perfect giteww...

Jom layan resepi yang saya guna hari ini....



Pengat Pisang Nangka

Bahan bahan:
15 biji pisang nangka - hiris serong
1 kg santan
3 keping gula Melaka
2-3 senduk gula pasir
Garam
3 helai daun pandan - koyak dan simpul
1/2 cawan sagu

Cara cara:
Masak santan cair dengan pisang dan daun pandan sehingga pisang nampak dah lembut. Selalu dikacau bagi mengelakkan santan pecah minyak.





Masak gula Melaka dan gula pasir untuk dijadikan air gula. Bila pisang dah lembut, masukkan air gula tadi. Masukkan sedikit sedikit dan rasakan kemanisannya dulu. Boleh ditambah kemudian jika terasa masih kurang manis. Kacau rata.





Lepas itu masukkan pula santan pekat dan garam. Kacau seketika. Sesuaikan rasa dan bolehlah tutup api.

Basuh sagu dan tos. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan sagu dan kacau sehingga tiada kelihatan bahagian putih. Angkat dan tos. Lalukan dibawah air paip sambil dikacau untuk membuang sedikit sagunya.

Akhir sekali masukkan sagu tadi ke dalam periuk pengat yang telah ditutup api. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.





10 comments:

  1. dah nak titun ni, tapi nampak pengat ni terus terjah Azie..sedapp ni

    ReplyDelete
  2. emm, sedapnya.. lagi best bila kwnkan pengat pisang ini sama dgn teh o panas..:)

    ReplyDelete
  3. Oh! sedappnya pengat pisang..(teringat pengat pisang yg mak saya selalu masak ms kecik2 dolu huhu)

    ReplyDelete
  4. best entri ni :D btw, jommm cuci-cuci mata sambil bershopping kat sini http://lunafashop.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Azie..mcm bes je...boleh jadi menu minum ptg ni...

    ReplyDelete
  6. Sng jer nk msk skrg.. Taip kt google.. Resepi kk azie jd plihn.. Huhu.. Thankz kak.

    ReplyDelete
  7. Saya buat Kali kedua dengan guna resepi kak azie. Memang sedap

    ReplyDelete
  8. Trima qaseh kak.. resepi akk mmg sntiasa mnjadi plihan saya.. pastu.. menjadi plak tu.. thanks a lot

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.