Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kacang Kuda Sedap Sebagai Kudapan


Kacang Kuda Sedap


Apalagi yang hendak diucapkan selain mengucapkan syukur kepada Illahi kerana doa doa saya dimakbulkan satu persatu terutama doa di Tanah Suci. Apalagi nikmat Allah yang hendak saya dustakan? Setelah beberapa lama mengalami kesulitan demi kesulitan, akhirnya ditunjukkan jalan keluar. Itulah kehebatan doa. Malahan orang yang tidak berdoa adalah orang yang bodoh sombong. 

Alhamdulillah, mudah mudahan hari hari mendatang saya akan diberikan lebih ketenangan hati, diberikan kecukupan, diberikan bantuan dan kemudahan dalam menghadapi ujian serta diberi rezeki yang tidak disangka sangka. Aamiin. Saya menjadikan ayat 1000 dinar sebagai amalan harian setelah diajar oleh sahabat baik. Ianya bukan sebagai pemurah rezeki sahaja tetapi jika kita meletakkan tawakkal kepada Allah, pasti Allah menunjukkan jalan keluar kepada semua permasaalahan. Jadi sama sama mengamalkannya bagi yang belum lagi berbuat demikian. 


Kacang Kuda Sedap

Dah lama dapur tak berasap. Maklum anak anak makan pun tak menentu. Mereka tak suka makan nasi dan lauk pauk seperti dulu. Kalau makan pun sedikit sahaja. Sebaliknya mereka lebih suka makan pasta atau lain lain makanan. Kalau memasak, yang akan makan menambah nambah adalah saya sendiri. Semasa balik Kelantan baru ni pun, saya makan nasi 2-3 kali sehari tanpa sedikit pun rasa bersalah. 

Haaa akibatnya berat badan mula naik. Beli baju ready made yang dijual di Jakel pun sendat jer untuk saiz L. Tapi sebab dah berkenan patch lace menggunakan French Lace, saya beli juga dengan azam untuk menurunkan sedikit berat badan supaya ianya muat tanpa perlu dihantar untuk alteration. Sejak Juita bekerja, mood untuk memasak lagi hanyut ke laut. Bekerja sorang sorang di dapur sangat membosankan. Hmm macam macam alasan ya. Sementara tidak ke dapur, saya menumpukan pula pada laman yang dah terbiar sekian lama. At least terhibur bila melihat pokok pokok yang menghijau sebaik balik dari pejabat. 


Kacang Kuda Sedap

Sebelum masuk bab resepi, nak share sedikit petikan youtube Tafsir Ibnu Katsir Ustaz Idris Sulaiman berkenaan penggunaan media sosial hari ini. Fitnah zaman dulu adalah dalam bentuk kata kata dan ucapan. Tapi fitnah zaman sekarang yang berlaku dalam tulisan terutama di media sosial adalah lagi bahaya kerana ianya kekal dan boleh dibaca oleh ramai orang. 

Jika apa yang dikata dan diucap, boleh hilang sahaja selepas ianya diucapkan berbanding dengan tulisan yang kekal selamanya dan masih boleh dilihat dengan mata dan dibaca selama beberapa lama. Apalagi jika ianya disebarkan. Berhati hati dengan apa yang ditulis untuk mengelakkan dosa yang berpanjangan, jika apa yang ditulis adalah berbentuk fitnah atau maki hamun. Jika menulis sesuatu yang baik, Alhamdulillah pahala juga besar jika diikuti dan diamal oleh ramai orang. 

Jom kita tengok cara penyediaan kacang kuda yang dipelajari dari guru tajwid saya Kak Kamariah. Yes sumber protein yang sangat kaya dan makanan sihat sebagai kudapan. Jom layan...


Kacang Kuda Sedap

Kacang Kuda Sedap Sebagai Kudapan

Bahan bahan:
280 gram kacang kuda - rendam dan rebus
3 ulas bawang merah - hiris
3 tangkai cili kering - potong
1 sudu besar biji sawi
3 tangkai daun kari
Garam
Minyak zaitun

Cara cara:
Rendam kacang semalaman. Masukkan baking powder dan rebus sehingga lembut. Saya hanya merebus menggunakan pressure cooker. Angkat dan tos. 



Kacang Kuda Sedap

Panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bahan bahan lain sehingga wangi. 



Kacang Kuda Sedap

Masukkan kacang yang telah ditos dan akhir sekali taburkan garam secukup rasa. 



Kacang Kuda Sedap

Bolehlah angkat dan dimakan sebagai kudapan. Jika ada lebihan, boleh disimpan dalam peti. Bila hendak dimakan dipanaskan menggunakan microvave. 


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

11 ulasan for "Kacang Kuda Sedap Sebagai Kudapan"

  1. Oh! Rupanya kacang kuda@chickpeas ni lah kacang pool ya...hehe.

    BalasPadam
  2. terbangkit selera dan celik mata bila tgk gambar2 kcg pool pn azie ni :)

    BalasPadam
  3. Bearcat - ada satu lg kcg pool famous di Johor dan Singapore, dia guna kacang juga tapi lebih berkuah dan bole cecah roti.

    BalasPadam
  4. Shelin...memang dah lama teringin nak rasa kacang pool tu tapi bila ke sana asyik lupa jer...adeihlah.

    BalasPadam
  5. Salam kak azie... Thx for the recipe. Dah lama nak tau cara masak kacang kuda mcm ni. Then nak tanya, baking powder diletak mada merebus tu utk apa ekk.. Brp byk nak letak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk bagi lembut. Petua dr orang yg berniaga kacang kuda. Letak sedikit sahaja.

      Padam
  6. Sis kacang kuda beli dlm tin masih kena rendam semalaman jgk ke?

    BalasPadam
  7. Mohon shared utk rujukan n pelajaran

    BalasPadam
  8. Ada jg petua gunakn pelembut sotong kering utk melembutkn kcg ni, tp dgn kuantiti yg siiikit je.. kna rendam smlmn jg .. elok sgt kejadiannyaaa ..just sharing

    BalasPadam