Iklan

Iklan Nuffnang

25 Jan 2015

Daging Masak Merah Ala Thai Yang Sedap








Semalam ada kuliah bulanan Ustaz Abdullah Lutfi Al Fathani yang memang sentiasa saya nanti nantikan. Apa yang sangat merisaukan saya ialah berkenaan syirik tersembunyi. Malam sebelumnya Kuliah Ustaz Fauza juga menyentuh berkenaan syirik terkecil. Di mana Nabi Muhamad SAW memberitahu sahabat yang baginda paling takut akan berlaku pada kamu ialah penyakit syirik terkecil, iaitu syirik yang tersembunyi. Iaitu bila mana Allah tidak diletakkan sebagai matlamat. Contoh, bila dapat gaji, kita akan mengatakan hasil usaha aku, maka aku dapat gaji lebih bulan ini. Atau kerana makan panadol, demam aku telah baik. Satu lagi ialah bila kita riak, juga termasuk dalam penyakit hati. Kita kena tahu penyakit hati mazmumah yang ada pada kita. Sangat merbahaya penyakit riak ini kerana Allah akan menyuruh orang yang riak dalam beramal supaya berambus pada orang seperti ini di akhirat kelak. Allah berfirman yang Aku hias orang ini dengan amalan dia, sedangkan dia adalah musuh Aku. Pergilah cari pada orang yang kamu mahu tunjukkan amalan kamu dulu semasa di dunia dulu. Apakah dia boleh bagi kebaikan kepada kamu? Jadi kenapa buat sesuatu kerana orang dan bukan kerana Allah.




Tiada orang yang boleh mengatakan dia ikhlas kerana hanya Allah sahaja yang mengetahui hati seseorang. Allah lah yang menjaga hati. Ikhlas ialah bersih hati dari sebarang matlamat selain keredhaan Allah. Barang siapa lari dari riak adalah orang yang riak. Kita tetap dapat pahala asal hati tidak terusik dengan pujian, sebaliknya pulangkan kepada Allah kerana Allah sahaja yang layak dipuji. Berbalik kepada syirik tersembunyi, Ustaz Abdullah menghuraikan Surah Az Zumar  ayat 53, berkenaan Allah yang Maha Pengampun dan Allah mengampunkan segala dosa kecuali dosa syirik. Surah An Nisa ayat 48 menyebut bahawa kita hanya memohon pertolongan Allah, jangan cari pertolongan selain dariNya. Allah akan mengampunkan  semua dosa pada orang yang Allah kehendaki, kecuali dosa syirik. Yang paling menakutkan ialah apabila orang yang syirik telah sedar dan bertaubat, semua pahala dahulu terhapus dan dikira semula dari mula ianya insaf dan bertaubat. Berbeza dengan kes orang yang membuat dosa besar dan bertaubat, di mana pahala lalu masih ada. Cukup setakat ini dahulu, semoga ianya dapat menjadi peringatan kepada kita semua supaya meletakkan apa sahaja pada Allah. Sesungguhnya Allah lah yang Memiliki segalanya dan Allah lah yang Memberi rezeki kepada kita dan semua makhluk lain. Bayangkan betapa Allah memberi rezeki pada berapa ramai orang yang mendapat rezeki dalam satu masa, manusia, burung burung, ikan di lautan, tumbuhan dll. Semuanya menikmati rezeki dari Allah. Haa kita sekarang masuk pula sedikit bab masakan.

Syukur Alhamdulillah kerana rupanya masih ada lagi sisa daging qorban yang tersimpan di dalam freezer. Bila saya merebusnya, nampak dagingnya sangat lembuk dan senang dihiris. Fikir saya, ianya mungkin daging lembut seolah daging batang pinang. Saya pun terus menambahkan sedikit pewarna merah ke dalam air rebusan untuk dijadikan Daging Masak Merah. Lagi pulak, bahan bahannya sangat ringkas dan memasaknya sangat mudah dan pasti rasanya sangat sangat sedap. Haaa apa lagi, jom layan resepi di bawah ini. Kalau pesan di restoran, pasti sepinggan RM15 sedangkan dagingnya sangat sedikit sahaja.




Daging Masak Merah Ala Thai

Bahan-bahan:
1/2 kg daging lembu - rebus empuk dg pewarna merah
2 ulas bawang putih - ketuk
1 labu bawang besar - hiris
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan thai
1/4 cawan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Kacang panjang - jika suka
Daun sup/daun bawang
1 biji cili capsicum
1 cili merah

Cara-cara:
Rebus daging dengan sedikit pewarna merah hingga empuk. Di dalam kuali, panaskan minyak dan goreng dahulu daging hingga kuning sedikit. Ketepikan.




Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili giling. Kacau sehingga cili betul betul garing dan bolehlah di masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.

Masukkan pula daging tadi, cili capsicum, bawang besar serta cili merah yang di hiris dan kacau. Perasakan dengan garam dan gula. Tabur daun sup di atas dan hidangkan dengan nasi putih.





Nota:
Kalau inginkan lebih kuah, masukkan sedikit air dan sos tomato.


42 comments:

  1. asssalamualaikum azie, baru tau daging merah thai letak pewarna merah, boleh copy resepi ni nanti.

    ReplyDelete
  2. sedapnyaa...inilah makanan paling best semasa belajar dulu..daging masak merah bersama nasi putih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best. Buat basah basah sikit

      Delete
    2. Same la. Cm sy. Time blaja ske sgt daging merah

      Delete
  3. Ya Allah..sedapnya!! sy suka masak guna resipi dari blog akak..memang menjadi dan lazat!..tq kak for sharing this~hehe..nak buat la yg ni nnti~

    ReplyDelete
  4. Assalam kak.Saya peminat setia blog akak,cuma x pernah bg comment je.Saya suka blog akak,bukan je resepi,tp tazkirah yg akak kongsikan.Byk resepi akak yg saya copy,semunye menjadi,tq kak...

    ReplyDelete
  5. Salam kak azie ni guna pewarna merah yg mcm guna utk kek tu ye? Nampak sedap nak try petang ni la..saya tk pernah miss try recipe2 dari blog akak ni...semua sedap2...��

    Nur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna jer apa apa pewarna. Saya guna yg buat kek atau buat pulut merah makan dg lompat tikam

      Delete
  6. sedapnyaa. memang kegemaran saya daging masak merah ni. sy selalu memasak dgn mencuba resepi dri blog kak azie. smuanya sedap dan menjadi. terima kasih kak. :)

    ReplyDelete
  7. Tq for the tazkirah & recipe. Ingat nak buat utk dinner mlm nnt, insyaAllah

    ReplyDelete
  8. akak thanks sgt besh resepi resepi akak ni.. thank u sgt sgt.. saya takde org nak ajar masak, sebab mak dah takde.. saya blaja dri blog akak je.. thanks kak...

    ReplyDelete
  9. Tq kak,atas perkongsian Ilmu Tazkirah dan resepi yang best ni...
    Baru tahu daging masak merah kat kedai tu letak pewarna, patutlah cantik je warna dia..

    ReplyDelete
  10. First time nk cuba resepi2 puan

    ReplyDelete
  11. Thank you sis Azie...saya mmg byk gunakan resepi dr blog sis Azie..anak2 saya gemar daging masak merah ni...n utk berbuka ni dua resepi jadi rujukan saya donat gebu n daging masak merah.

    ReplyDelete
  12. Thanks for the resepi feveret suami nii then first time msak ntuk suami kelmarin alhamdulillah suami suka sngat2 and sruh msak lg lepas nii .. thanks sngat2

    ReplyDelete
  13. salam kak azie..
    saya dah cuba beberapa resepi akak dan semuanya sedap2 belaka.
    nak mencuba menu ini pula untuk juadah berbuka puasa.
    tq kak azie..website akk sngt membantu untuk pengantin2 baru yang baru nk belajar memasak seperti saya. he he

    saida

    ReplyDelete
  14. Ada tak sos ikan buatan Muslim Malaysia?

    ReplyDelete
  15. Terbaik..saya yang tak khwin lgi pon sll try masak ikut resepi akak .. Ringkas!

    ReplyDelete
  16. Raya haji dah tiba.. Nk mkn dging mask merah.. Kne try nie resepi sis azie.. Tq.. Hihi..

    ReplyDelete
  17. Terima ksih tuk resepi ni . Sdap sangat .. Selere tkak org mngidam kne cite rase . Hehe..

    ReplyDelete
  18. Sguh lazat n enak tq kak zie

    ReplyDelete
  19. Mohon share resepi utk dinner.. hehheeeee.. takdak sos ikan,, moga jadi :) heheheh
    tq kak azie

    ReplyDelete
  20. minta maaf dh cuba resepi ni bnyk kali
    minta halalkan yer
    izinkan sy cuba resepi yg lain jugak
    memang sedap dn menyelerakan...

    ReplyDelete
  21. Salam kak...terima ksh resepi... :-) cuma saya rs ada sikit kesalahan dlm tazkirah akk...bab dosa besar..akk ckp dosa terdahulu masih ada...saya rs akak nak tulis pahala terdahulu msh ada..cuma tkt nnt org confuse sj..tq ak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Terima kasih atas teguran.

      Delete
  22. Hari ni sy nak masak resipi ni.. harap2 menjadi..tq for sharing kak azie

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum. Kak azie klu sya gnti pewrna merah tu dgn sirap perwrna merah ok x?? Atau akn ada effect mcm manis dekat daging tu??

    ReplyDelete
  24. baru tahu npe daging tu kaler merah.. tq akak atas resipi.. mmg selalu blog akak klu nak cr resipi..

    ReplyDelete
  25. guna sirap boleh ? n klaw x letak sos ikan ,x org je?

    ReplyDelete
  26. nyam.. sedap. feveret anak bujang saya ni.. tq kak azie

    ReplyDelete
  27. kalau kuahnya masukkan sos cili instead of sos tomato sedap tak

    ReplyDelete
  28. resepi akak semua menjadi. tq ya. malam ni nak try this dish.

    ReplyDelete
  29. sedapnya kak zie... blog akak mmg TERBAIK!!!

    ReplyDelete
  30. Azie....Alhamdulillah for your blog. Akak dok check tiap2 hari untuk cari idea/resepi dalam bulan puasa ni. Thank you again

    ReplyDelete
  31. السلام عليكم ورحمةالله وبركاته
    Trima kash kak azie.. Sy klu nk msk apa2 blog akk sy cari dl..

    ReplyDelete
  32. terima kasih kak azie.... resepi dari Azie kitchen selalu saya follow sebab semuanya alhamdulillah menjadi...semalam dah buat soto hari ni daging masak merah pulak lah kite :)

    ReplyDelete
  33. terima kasih..terima kasih daun keladi.

    ReplyDelete
  34. Kali kedua mencuba resepi ni.. Sedap sgt.. Kali pertama x guna pewarna merah.. Kali kedua ni sy ltk pewarna merah...
    Soalan sy...
    1. Air rebusan yg dah bertukar warna merah tu bole guna utk masakan lain x? Sayang pulak nk buang..

    Harap ada yg sudi jwp atau bg idea

    Sekian. TK

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.