Iklan

Iklan Nuffnang

4 Jan 2015

Sedap Dan Cantiknya Broken Glass Jello





Telah terlalu lama saya menyimpan resepi ini. Saya benar benar teruja sehingga tidak mampu berkata kata setiap kali melihat betapa cantiknya gambar gambar Broken Glass Jello dari blog Food Librarian. Klik resepinya di SINI. Setiap kali ingin membuatnya, setiap kali juga bahan tak cukup terutama jelly yang berwarna dan berperisa. Akhirnya saya membuat jelly tanpa perisa dan diletakkan pewarna sahaja. Itupun jelly hanya cukup untuk menyediakan 3 1/2 pewarna sahaja.





Percubaan pertama berakhir dengan kegagalan. Pertama kerana tidak mendapat kefahaman yang jelas berhubung dengan berat 2 pek gelatin yang digunakan. Yang kedua, saya dah tersilap membaca yang susu boleh disimpan di dalam peti untuk mempercepatkan penyejukan. Akibatnya gelatin tak menjadi, ianya tak bercampur antara gelatin dengan air dan susu. Jawabnya derma jer kat Cik Tong Pah.




Saya tak mahu berputus asa kerana asyik dok teringatkan kecantikan jelly ini, saya buat lagi sekali.  Kali ini, saya baca sekali lagi resepi dengan berhati hati dan tengok pula step by step dalam youtube. Tak mahu gagal lagi. Tapi manusia hanya merancang dan berusaha kerana percubaan saya kali ini juga tidak menjadi seperti yang sepatutnya. Ianya menjadi agak lembik sehingga sukar untuk memotong dengan cantik dan keduanya saya terlupa untuk spray di permukaan bekas kaca sehingga jelly yang dipotong melekat dan susah diangkat keluar. Tapi ada pula komen yang berkongsi pengalaman bila dispray jelly tertanggal pulak. Mungkin ianya terlembik kerana sukatan air yang tidak cermat dek membuatnya dalam keadaan tergesa gesa untuk ke OU membeli barang barang rumah sewa Nelly. Aduhaai hajat hati untuk membawa ke surau bagi jamuan tidak tercapai kerana saya tak suka dengan puding yang lembik walaupun rasanya memang tersangatlah sedap. Lebih lebih lagi bila dimakan sejuk sejuk. Alamaknya akan ada lagi entri Broken Glass Jello selepas ini. 

Jom layan resepi yang telah saya translate dan olah seperti di bawah ini. Pastikan sukatan air disukat dengan cermat supaya ianya tidak terlembik seperti saya atau mungkin dilebihkan sedikit gelatin. Kalau ada sesiapa yang telah mencuba, bolehlah share sukatan yang anda gunakan ya.... 




Broken Glass Jello
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
4 kotak  (3 oz tiap satu) Jelly - guna 4 warna & perisa 
1 tin (14 oz) susu pekat manis 
0.5 oz unflavored gelatine

Cara cara:
Untuk setiap perisa, bancuh 1 kotak jelli dengan 1 cawan air mendidih walaupun sukatan yang dicadangkan di pek pembungkusan adalah 2 cawan. Tuang ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk semalaman atau sehingga mengeras. Kemudian potong kiub kecil kecil. Cara mudah untuk mengeluarkan jelly adalah dengan memasukkan bekas jelly di dalam bekas besar yang berisi air panas seketika sahaja. Selepas potong, masukkan ke dalam pinggan dan letak semula dalam peti ais seketika supaya ianya betul betul mengeras.

Taburkan kiub jelly rata rata ke dalam bekas 9x13 inci atau menggunakan bundt pan yang telah dispray dengan canola oil dan dilap lebihan minyaknya menggunakan paper towel. Atau boleh juga dilapik loyang dengan plastik wrap. Gambar pertama di bawah ini adalah gambar semasa percubaan pertama yang tak menjadi dahulu. Nota: tabur kiub hanya sejurus sebelum dimasukkan adunan susu supaya ianya tidak melekat di bekas.





Di dalam bekas lain, taburkan 0.5 oz unflavoured gelatine ke dalam 1/2 cawan air sejuk biasa dan biarkan sehingga ia kembang dalam 5 minit dan masukkan pula 1 1/2 cawan air panas mendidih dan kacau rata. Masukkan 1 tin susu pekat manis. Kacau rata rata dan biarkan sehingga ianya sejuk terlebih dahulu.

Tuang adunan susu yang telah sejuk ke dalam bekas jelly dan sejukkan semalaman di dalam peti ais. Sudu keluar bubble jika ada untuk kelihatan lebih menarik.





Bila telah mengeras, bolehlah dipotong dan dihidangkan.

Nota:
Boleh juga dilapik loyang dengan plastik untuk memudahkan ianya dipotong dan dihidangkan dalam paper cup.



5 comments:

  1. pudding tingkap gereja ini femes kat pinas boleh di ganti dgn sumi jelly....

    ReplyDelete
  2. laaa senangnyaa!! thanks share. cantik pulak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah dan sgt sedap. Anak anak suka makan sb warnanya yg ceria

      Delete
  3. K Azie guna geletin jenis apa. Saya sudah cuba tetapi sedikit lembik. Bila potong tak cantik dan sangat manis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yg saya alami juga. Jd in future kena kurangkan air atau tambah gelatin. Mungkin gelatin kita dg gelatin di US lain "hold".

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.