Iklan

Iklan Nuffnang

14 Dec 2014

Sandwich Sardin Untuk Hidangan Petang





Sejak kebelakangan ini, memang tidak terkira mood kemalasan yang melanda. Malas untuk ke dapur, malas untuk menulis di blog dan malas juga nak buat apa apa yang berkaitan dengan blog. Saya lebih suka membaca buku yang tak habis habis di baca kerana buka sahaja beberapa muka surat saya sudah terlentuk lena. Keinginan untuk membeli buku buku juga melonjak lonjak, rasa semuanya yang ada di kedai buku mahu dibeli dan di borong.

Hari ini saya membuat sandwich sardin yang semua orang pun pandai menyediakannya. Cuma dari tak ada langsung entri sehingga saya langsung tak mahu buka blog, lebih baik lah saya letak entri ini. Saya teringin untuk membuatnya selepas makan sandwich sardin yang dibuat Kak Kamariah sebaik habis mengaji. Sedap lah pula, bak kata Kak Kamariah semua sedap jika orang lain yang memasaknya. Biasanya saya tidak menumis sardin. Hanya dilenyek begitu sahaja, perah air asam limau nipis dan masukkan sedikit garam. Siaap. Tapi kali ini saya ikut cara kak Kama yang memang kreatif dalam menyediakan makanan untuk keluarganya. Ada ada sahaja resepi campak mencampak yang disediakan tapi menghasilkan makanan yang sedap dan sihat. Beliau juga membuat penyediaan awal semua bahan memasak yang kemudiannya disimpan di dalam freezer menjadikan aktiviti memasak sangat pantas dan menjimatkan masa.

Sebaik selesai makan, hujan pun turun dengan renyai renyai tanpa angin jadi memang sangat selesa dengan udara sejuk dingin. Bila pintu dibuka, saya dapat mendengar air hujan yang turun dan dan jatuh ke dalam kolam ikan saya. Hati berasa sangat gembira kerana baru tengahari tadi, saya menanam pokok kelapa mantop dan kelapa pandan yang dibawa abang saya dari Kelantan. Hujan pastinya mempercepatkan pokok pokok untuk tumbuh dan membesar. Hari ini juga hubby memotong pisang yang telah ditebang semalam.  Sehingga kini saya tak tahu, apakah jenis pisang tersebut. Tunggu masak, barulah tahu apa agaknya jenis pisang tersebut. Semasa sedang berada di bilik semalam, sambil mendengar radio dan ustaz mengajarkan bahawa apabila hujan bacalah doa ketika hujan: اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا yang berbunyi Allaahummaa Syoyyiban Naafi 'aa, bermaksud, "Ya Allah, turunkanlah hujan yang bermanfaat" (HR. Bukhari) Berdoalah ketika hujan kerana waktu itu doa mustajab: “Dua doa yang tidak pernah ditolak, doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (HR. Hakim/dishahihkan oleh Adz-Dzahabi). Sehingga saya siap menulis entri ini, hujan masih renyai renyai turun membasahi bumi dan memandikan pokok pokok dan tanaman. 

Jom kita layan resepi yang saya gunakan hari ini. Resepi ini lebih kepada anak anak yang baru masuk ke dapurlah terutama yang berada di luar negara jauh dari ibubapa...



Sandwich Sardin

Bahan bahan:
1 tin sardin
Garam
3-4 ulas bawang merah - hiris
Air asam limau nipis
2 biji cili merah dan hijau
Timun
Tomato buah
Bawang besar
Roti
Butter

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah yang dihiris sehingga wangi. Masukkan sardin yang telah dilecek. Masukkan sedikit sos sardin. Kacau rata sehingga nampak masak. Masukkan cili yang telah dihiris. Masukkan garam dan air asam limau nipis. Angkat. Sudukan lebihan minyak.








Sapu butter pada roti dan masukkan sardin. Masukkan pula timun, tomato dan bawang besar hiris. Tutup dengan sekeping lagi roti. Bolehlah dipotong 2 atau 4, ikut suka masing masing. Sedia untuk dinikmati dengan secawan teh O panas.






Selamat menjamu selera...


  

5 comments:

  1. Salam,

    Saya pun buat sandwic sardin style cenggini, tumis bawang, cili dan sardinnya. Memang sedap. Resepi yang simple tapi sesekali makan time perut tengah lapar (dan malas memasak hehe) ditambah pula dengan secawan teh o panas, memang kelassss!

    saya suka lebihkan tomato, rasa lebih sihat (kononnya la haha)

    ReplyDelete
  2. suka tgk blog akak , sy mmg xpndai masak tp suke mencuba .. hampir tiap kali sy msak , sy tgk entri akak lah .. dan hasilnya mmg terangkatla sbb kesayangan puji .. 😆

    ReplyDelete
  3. 1 tin sardin ni, tin kecil atau besar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa saya guna yg saiz besar. Ikan nya besar. Ikan mackerel

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.