Iklan

Iklan Nuffnang

18 Dec 2014

Puding Trifle Pisang Lemak Manis






Saya dapat idea untuk membuat Trifle Pisang Lemak Mnnis selepas terbaca di blog Kak Ummi. Pokok pisang ini ditanam oleh pekerja yang datang memotong rumput di rumah kami setiap bulan. Beliau hanya memberitahu yang pisang ini sedap tanpa memberitahu namanya. Jadi dari ditanam sehingga ianya berbuah, saya tertanya tanya pisang apakah ini dan menanya juga kawan kawan di facebook, ramai yang menekanya sebagai pisang emas. Sehingga bila ianya telah ditebang, barulah sahabat saya Datin Fauziah memberitahu yang dari apa yang digoogle, ianya adalah pisang lemak manis. Bila terdengarnya perkataan pisang lemak manis, saya terus teringat akan Puding Raja yang sangat sinonim dengan pisang lemak manis. Tapi terfikir, apalagi sedap di buat dengan pisang ini. Bila bertanya dengan Pak cik Google, saya diberikan beberapa opsyen. Antaranya ialah Trifle Pisang Lemak Manis. Itu yg dapat idea untuk membuat Trifle Pisang Lemak Manis. 




Pagi pagi lagi saya ke Taman Tun untuk mengambil telekung yang ditempah. Selepas itu, masuk saloon dan teringin pula nak cuba berbekam. Pendek kata setengah hari juga di sana. Balik lagi setengah hari di dapur. Haaih ingatkan cuti bolehlah bermalas malas di katil sambil membaca buku. Rupanya dah dua hari bercuti, kesibukan mengalah kesibukan di pejabat. Aduhaaiii. Kebetulan esok saya bersama hubby dan Aween akan balik Kelantan untuk majlis tahlil arwah Bonda dan Juita pula akan bercuti di Bangkok bersama kawan kawan. Jadi mahu tak mahu, kami terpaksa juga meneruskan projek ini kerana pisang dah mula masak menguning kulitnya. Kerana nak menghabiskan juga stock pisang yang dah masak, saya buatlah 2 bekas, satu bekas bolehlah dihantar ke surau sebelah malamnya. Rupanya pisang lemak manis ni sangat sedap juga dimakan begitu sahaja. 






Sebenar berlaku sedikit kesilapan dalam penyediaan Puding Trifle ini bila jelly yang saya gunakan tanpa saya sedari adalah jenis yang kenyal bukan jelly lembut. Sepatut ia jenis lembut yang boleh dikacau dengan garfu sahaja. Jadi itulah sebabnya bahagian lapisan jelly tu kena hiris dengan pisau menjadi sekeping bukan discoop dengan sudu. Apa apa pun, kalau tak dicuba hari ini, sampai bila pun saya tak tahu yang jelly ada dua jenis. Aduh memang tak puas hati sangat sangat, tapi nak buat macam mana kerana ianya sedari hanya setelah mahu discoop menggunakan sudu.    





Jom layan resepi yang saya olah dari resepi Puding Trifle saya sebelum ini di SINI. Jom layan dulu....




Puding Trifle Pisang Lemak Manis
Oleh : Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 pek kek swiss roll
2 kotak jelly merah
20 biji pisang lemak manis - goreng
1 tin fruit cocktail
1 tin susu cair
1  tin air
7 sudu besar gula
4 sudu besar kastard + 1/2 tin air
300 ml Whipped cream - tak letak
Buah strawberry - belah 2
Trifle bowl

Cara cara:
1st layer; susun kek swiss roll yang dah dipotong nipis kecil kecil dalam bekas. Boleh juga disapu jem di dasar dan keliling bekas sebelum dimasukkan kek.
  
2nd layer;  masak 1 kotak jelly warna merah dengan 2 mug air hingga hancur. Tuangkan jelly atas kek tadi. Masukkan fruit koktel dan tuang lagi baki jelly. Masukkan dalam peti sejuk untuk disejukkan sekejap. Lebihan jelly dimasukkan dalam bekas kecil dan boleh diwarnakan hijau, jika suka sebagai hiasan.

3rd layer; Masak 1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula sampai mendidih. Sambil tu, bancuh 4 sudu tepung kastard dengan 1/2 tin air. Bila susu mendidih, slowkan api dan masukkan bancuhan tepung kastad, kacau sampai pekat. Tuang kastard atas lapisan jelly yang dah keras. 





4th layer; Susun pula pisang yang telah digoreng dan hias dengan buah ceri mengikut yang disukai. Tutup dengan plastic wrap dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dihidangkan. Selamat mencuba...






5 comments:

  1. salam kak azie, kalau di sabah ada juga orang panggil pisang ini dengan nama pisang budak sebab saiznya mungkin...selalu kami makan begitu saja.

    ReplyDelete
  2. Ni pisang lemak manis terengganu sbb hujungnya still hijau wp dah masak. Kalau pisang lemak manis Kelantan bila masak hujung tu pon akan berwarna kuning.

    ReplyDelete
  3. macam sedap je azie, rupa nya hari ni kita sama menu berasaskan pisang, tapi kaknoor punya lebih simple dimple je

    ReplyDelete
  4. bestnya..lama x menyinggah...resipi best2 je...pecah liur nengok nye...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.