Iklan

Iklan Nuffnang

3 Dec 2014

Kek Marble Lembab





Saya memang berazam ingin menjadi seorang yang sabar kerana yakin akan janji Allah. Biar apapun umpatan, cercaan dan tohmahan yang dilemparkan. Semuanya kerana Allah sahaja Yang Maha Mengetahui atas apa yang berlaku. Sedang pengetahuan manusia amatlah terbatas. Allah tidak memandang harta dan pangkat tapi ketaqwaan hambaNya. Orang yang paling baik adalah orang yang tinggi ilmunya dan baik akhlaknya. Jadi seorang perlulah menjaga hubungan sesama manusia, bukan hanya hubungan dengan Allah semata. Kerana bila disebut akhlak, tentulah merujuk kepada hubungan sesama makhluk terutama manusia. Sesungguhnya dosa dengan manusia hanya boleh diselesaikan dengan manusia sahaja. Jadi perlulah menjaga adat dan susila dalam berkata kata sepanjang masa. Yang pasti mati boleh datang bila bila masa sahaja. Jangan nyawa diambil dalam keadaan diri terpalit berdosa dengan manusia kerana apa yang akan dituntut sebagai ganti rugi di akhirat adalah pahala, yang sangat berharga. Kadang kadang saya tertanya tanya sendirian kenapa orang yang kelihatan tinggi ilmu agamanya tapi mempamerkan akhlak yang rendah. Pesan Ustaz Ibrahim Muhammad, jika berhadapan dengan orang seperti ini, eloklah kita bersabar kerana ganjaran sabar adalah pahala yang sangat besar seperti yang disebut di dalam surah Az Zumar ayat 10. 

Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira".





Kita tinggalkan dulu bab akhlak manusia dan masuk bab kek pula. Saya memang peminat kek butter atau kek marble atau apa apa kek yang lembab dan padat. Saya paling tak suka kek sponge. Memang dah lama tak membaking sebab saya kini lebih berhati hati dengan pengambilan tepung walaupun allergik dah hilang. Bukan apa, takutlah kalau ianya berulang kembali kerana dilihat dari ujian allergik menunjukkan saya allergik dengan tepung gandum atau apa apa bahan yang diperbuat dari tepung dan yis. Namun bila terpandang kek marble dari blog Zila yang sungguh menggoda, saya menjadi sangat teruja untuk membuat kek marble. Lebih lebih lagi membaca apa yang Zila tulis yang dia juga sukakan kek yang lembab dan berminyak seperti saya. Menelan nelan air liur saya bila melihat gambar kek Zila. Walaupun saya mempunyai banyak tested resepi Kek Butter, Kek Marble dan Kek Vanilla yang lembab dan gebu serta menepati selera saya, namun ianya tidak bermakna yang saya tidak perlu mencuba lain lain resepi. 





Kek ini disediakan oleh anakanda saya, Juita yang kini sedang bercuti persekolahan yang panjang. Ini juga kali pertama merasmikan bundt jenama Wilton yang dikirim pada Tuan Shahrol dan isteri semasa mereka bertugas di US. Terima kasih pada mereka kerana sudi membelikan bundt yang telah lama menjadi idaman hati. Bagi menambahkan kecantikan kek marble ini, saya meletakkan pewarna pink pada warna asas kek. Bukan sahaja indah pada rupa dan penampilan tetapi juga rasanya yang sangat gebu dan lembab yang sangat memenuhi citarasa saya untuk sekeping kek butter atau kek marble. Wallaaa.... Bestnyer. Syukur kepada Allah kerana masih memberi saya peluang untuk menikmati kek kegemaran. Alhamdulillah.

Jom layan resepi di bawah ini....



Kek Marble Lembab

Bahan bahan:
250 gram butter jenama Anchor
2 cawan tepung naik sendiri
220 gram gula kaster
4 biji telur gred A - saya guna saiz sederhana
1 sudu besar ovellate
1 sudu besar esen vanilla
2 sudu besar susu segar
1 sudu besar choc emulco
1 sudu besar serbuk koko
Sedikit pewarna pink

Cara cara:
Putar butter dan gula hingga kembang, masukkan esen vanilla dan ovallate putar lagi.

Masukkan telur satu persatu sambil terus diputar sampai kembang. Masukkan tepung sikit demi sedikit, selang seli dengan susu segar, putar sampai adunan semua sebati.

Bahagikan  kepada dua bahagian. Masukkan satu bahagian dengan pewarna pink. Boleh juga jika ingin menggunakan warna hijau atau apa apa warna yang disukai. Manakala untuk bahagian coklat, masukkan emulco dan serbuk koko, kacau sebati.

Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilenser butter secara berselang seli antara warna pink dan warna coklat. 

Bakar selama 45 minit atau sehingga masak bergantung pada oven. Bila masak, boleh terus keluarkan dari oven untuk mengekalkan kelembapannya. 





Selamat mencuba.... Haa cer tengok gambar di bawah ini. Gebu dan moist. Selepas sehari kek akan lebih moist.





17 comments:

  1. wah cantiknya azie, mesti sedap dan yummy boleh try resepi azie nanti

    ReplyDelete
  2. sedap nya Azie... Kalau tak letak ovalette dengan choc emulco boleh tak?

    Menyusu dan Cara Jana Pendapatan Dengan Shaklee

    ReplyDelete
  3. sedapnya... boleh la cuba nanti :)

    ReplyDelete
  4. salam syg k.zie..amboii dia punya pun cantikkk tu pink2..

    ReplyDelete
  5. Suka baca blog Puan dari blogger2 masakan yang lain.
    Kadang2 bukan resepi yg dicari tapi lebih kepada pengisian ilmu dan peringatan.Dapat juga sedikit ilmu dan amal dari sekadar pembacaan resepi yang kosong tanpa pengkongsian perkara2 yang bermanfaat.
    Makanan..nafsu..benda yang tak kan pernah puas.
    Teruskan menulis Puan,walaupun saya tak mencuba resepi puan tapi ilmu yang puan sampaikan sampai dihati saya.

    aini

    ReplyDelete
  6. anchor hat mn 1 ye..salted @ unsalted?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut suka masing masing. Saya suka salted

      Delete
  7. truskan menulis k.azie. saye turut gembira biarpun sekadar membaca hasil tlsan k.azie. moga Allah merahmatimu.. ndia k.trg

    ReplyDelete
  8. Assalam pn azie,anis dh cuba buat kek ni tp anis punye kek jadi turun kenapa ya kat mn silap anis? Sedap n lembap ya tp kek turun bkn resepi ni sj apa saja kek mst turun klu anis buat knp? Terlebih putar ka? Saya buat semua jd resepi pn azie tp sya buat even resepi org len mst kek turun slps sejuk...pening anis fkr, sb anis nk buat berniaga resepi pn azie mohon halalkn tp kek jd turun mcm mn nk berniaga??? Tolong saya pn azie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Mana mana kek pun akan turun sedikit tetapi kalau turun banyak tu, spt bantat. Jadi kena tengok dan pastikan oven telsh cukup panas sebelum dimasukkan kek.

      Delete
  9. Kalau tak letak ovellete boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga tp mungkin ada kesan dari segi kelembapannya

      Delete
  10. Akak klu xbakar tp kukus boleh x resepi ni?sbb sy suka lembab..

    ReplyDelete
  11. Saya pun suka kek yang gebu dan moist. nanti nak cuba resepi ni pulak lah. Terima kasih ya share resepi.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.