Iklan

Iklan Nuffnang

27 Dec 2014

Kari Kaki Ayam Mengandungi Kalogen Semulajadi




Semasa kuliah Zohor Ustaz Ibrahim Muhammad di surau tempat saya bekerja disebutkan berkenaan tidak mencium bau syurga bagi mereka yang mewarnakan rambut ke warna hitam untuk kelihatan dan berlagak muda. Begitu juga dengan lain lain usaha seperti membuat rawatan muka dsb kecuali jika ianya dibuat atas sebab sebab kesihatan. Ketika itu Ustaz mencadangkan supaya menjaga penampilan diri dengan cara pengambilan pemakanan asli seperti ulam ulaman dan kalogen yang dikatakan banyak terdapat kalogen semulajadi dalam kaki ayam dan kaki lembu. Itulah kali pertama mendengarnya. 




Saya pun terus google dan mendapati artikel berkenaan perkara tersebut. Ohh rupanya ada kalogen dalam kaki ayam. Sejak itu, saya berangan angan untuk membeli kaki ayam untuk dibuat kari. Masa dulu dulu memang hubby selalu membawa balik kaki ayam percuma yang diberi oleh peniaga ayam di pasar basah Subang Jaya. Kali ini saya membeli sekilo kaki ayam dengan harga RM3 sekilo. Balik dari Taman Tun, saya singgah di Giant dan melihat harga kaki ayam yang dijual dengan harga RM2 untuk 300 gram. Wah mahal juga rupanya kaki ayam di Giant ya. Tapi melihatkan anak anak ada yang tak makan kaki ayam, jadi saya beli juga beberapa ketul paha ayam buat mereka. 

Jom layan resepi kari kaki ayam cara saya...



Kari Kaki Ayam  

Bahan bahan:
1/2 kg kaki ayam
5 ketul paha ayam
3 sudu besar rempah kari
5 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
Sedikit halia
1 batang kulit kayu manis
1 sudu besar kerisik
Garam
Gula
Asam keping
Santan secukupnya

Cara cara:
Panaskan minyak dan masukkan bawang bawang dan halia  yang dihiris serta kulit kayu manis. Tumis sehingga wangi. Masukkan rempah kari yang tidak dibancuh dengan air dan goreng dengan cepat supaya tidak hangit. Masukkan sedikit air.

Masukkan kaki ayam ke dalamnya dan goreng sehingga air kering dan keluar minyak. Setelah itu, baru masukkan santan dan masaklah sehingga mendidih. Masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping. Perlahankan api dan biarkan mendidih sehingga pecah minyak. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. 



3 comments:

  1. Betul tu Kak azie...diana pun pernah dgr.. Kaki ayam, lembu semua mengandungi kolagen. Hihi...

    ReplyDelete
  2. Saya suka masak sup guna pressure cooker sampai kaki ayam jd lembut dan terlerai sikit...musim hujan ni best juga ye makan sup kaki ayam panas2

    ReplyDelete
  3. Kak Azie ,

    Moon pun suka mkn kaki ayam ...kalau dlm kari atau sup mmg sedap .

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.