Iklan

Iklan Nuffnang

14 Nov 2014

Sup Cendawan Tiram






Setelah lama tidak membeli cendawan tiram yang satu masa dulu kegemaran saya, akhirnya hari ini tergerak hati untuk mengambil 2 paket cendawan di kedai runcit. Setiba di rumah, Juita mencadangkan supaya digoreng tepung. Dulu Sri Handayani Pembantu Rumah kami rajin membuat Cendawan goreng tepung. Saya memang tak larat nak menyediakan hidangan yang remeh, jadi saya hanya memasak Sup Cendawan sahaja. Sebab terlupa untuk membeli fish ball, saya hanya menggunakan ikan bilis yang halus dengan sedikit udang sahaja.

Sekiranya tiada idea untuk memasak, atau tiada selera untuk makan makanan berlemak, bolehlah kita mencuba resepi ringkas tetapi sedap ini. Lagi pulak, ianya lebih sihat kerana tidak menggunakan santan. Poket pun lebih jimat apabila bahan yang digunakan lebih mudah. Kalau nak lagi sedap, taburkan bawang goreng dan daun sup tapi sebab tak ada stok, saya tak letak. Kalau boleh, guna lada putih biji yang ditumbuk sendiri kerana ianya lebih fresh berbanding serbuk lada putih yang kita tak pasti bahan campuran yang digunakan di dalamnya.

Walaupun resepi ini mudah tapi saya tulis juga resepi di bawah ini. Ramai pelajar Malaysia di luar negara yang belajar memasak di sana dengan merujuk kepada blog masakan. Jadi ianya mungkin berguna untuk anak anak yang baru berjinak jinak dengan dapur. Yang dah pakar tu, tak payahlah tengok resepi, sekadar singgah untuk mengeratkan ukwah sahaja. Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini...



Sup Cendawan Tiram

Bahan bahan:
2 paket cendawan - carik 
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Fish ball atau ikan bilis atau udang
Garam
Sedikit lada putih - tumbuk
Sedikit cili merah hiris
Daun sup - tak letak
Bawang goreng

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih yang dihiris. Setelah kekuningan masukkan ikan bilis atau udang atau apa apa yang disukai. Kemudian tuangkan air secukupnya untuk dijadikan kuah.

Setelah mendidih, masukkan cendawan, garam dan serbuk lada putih. Taburkan cili merah dan daun bawang. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Akhir sekali, tabur bawang goreng.



4 comments:

  1. Ohhh...mudah je rupanya nak buat sup cendawan..tq kak azie..saya nak buat untuk lauk sahur malam ni...tp versi non oil & x tumis..hihi...




    Jemput singgah ke blog saya:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Itulah...rupanya mudah nak buatnya. Akan dibust sebentar lagi utk juadah buka puasa...

    ReplyDelete
  3. asaalam sy ..izinkan sy share resepi ya..

    ReplyDelete
  4. Senang jgk resipi sis :) Syida sedang bw cari menu sup cendawan untuk makan tghari ni..hehe..tq :)

    nurulsyahidaali.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.