Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sotong Berempah Hameediyah


Sotong Berempah Hameediyah

Sabda Rasulullah SAW, Maksudnya: ”Dalam diri manusia ada seketul daging, jika baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota badannya, tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."  (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir). Hati kita, hanya kita dan Allah yang tahu akan keadaannya, jadi siapa yang boleh menyentuhnya? 

Tentulah kita dengan izin dari Allah S.W.T, tanpa keizinan Allah sudah tentu kita tidak dapat merawat hati kita. Sentuhlah ia, sentuhlah hati kita dengan penuh kasih sayang dan penuh pengharapan pada Allah S.W.T. kerana dari situlah akan lahir kelembutan hati untuk didekati. Seperti mana mudahnya raja rimba untuk didekati apabila ia jinak, dan bila ia jinak mudah pula untuk kita melatihnya dengan acuan yang kita mahu. Begitulah juga hati kita. Inilah petikan dari tazkirah Ustaz Abdul Rasyid dalam group WhatsApp beliau yang dibuat sebanyak 3 kali sehari yang mampu mendidik hati kami yang membacanya. OK cukup dulu setakat ini...

Hari ini saya ingin kongsikan entri lama tertangguh iaitu resepi telur sotong menggunakan rempah yang dibeli semasa ke Pulau Pinang dulu. Saya menanyakan cara cara untuk menyediakan Goreng Telur Sotong di mana akhirnya mereka mengesyorkan saya membeli rempah Hameediyah yang digunakan di dalam semua masakan yang terdapat di restorannya, termasuklah kurma, kari dan lain lain lagi.



Sotong Berempah Hameediyah

Rasanya saya dah terlebih memasukkan rempah, jadi rasanya dah agak berempah walaupun masih sedap. Aduhaai kena cuba lagi sekali ni, sampai menjadi seperti gambar di atas. Jom layan resepi yang saya gunakan mengikut apa yang diajar oleh mereka.




Sotong Berempah Hameediyah

Sotong Goreng Berempah

Bahan bahan:
Sotong
2 sudu besar Rempah Hameediyah - ikut sotong yang dimasak
1 biji bawang besar - hiris
4-5 ulas bawang putih - cincang
2 pelepah daun kari
Kunyit serbuk
Cili kisar - tak letak
1 sudu besar biji selasih
4-5 tangkai cili kering - gunting kecil

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama bawang putih dan cili kering yang digunting.

Setelah bawang layu, masukkan rempah Hameediyah secukupnya. Terus tumis sehingga wangi. Masukkan pula biji sawi dan daun kari.

Akhir sekali, masukkan sotong yang digaul bersama serbuk kunyit. Sesuaikan rasa garam, boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan.



Sotong Berempah Hameediyah



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Sotong Berempah Hameediyah"