Iklan

Iklan Nuffnang

7 Nov 2014

Solok Lada Kelantan







Solok lada adalah salah satu dari lauk sayuran Kelantan kegemaran saya selain Teresek dan Sira Labu. Solok lada ini disediakan semasa majlis tahlil arwah Bonda oleh ibu saudara pada anak buah saya. Saya yang meminta supaya disediakan solok lada kerana teringin nak memakan solok lada yang asli dari Kelantan. Memang sedap. Membuat solok lada ini dikira sebagai agak remeh sedikit. Jadi ianya bukanlah lauk hidangan sehari hari kecuali bagi orang yang berniaga nasi kerabu dsb. Kami akan menyediakan solok lada hanya di majlis kenduri kerana ianya akan dibuat secara beramai ramai dengan jiran tetangga yang datang menolong. Kerja berat pun menjadi lebih ringan jika dibuat secara beramai ramai.


Jom layan resepi di bawah ini yang saya salin berbelas tahun lamanya selepas melihat sendiri jiran jiran kami menyediakan solok lada di majlis kenduri di rumah kakak. Memang sedap solok yang disediakan sendiri, maksud saya disediakan di rumah sendiri, tak sama dengan solok yang dibuat berjualan. 



Solok Lada Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Kelapa parut putih - ambik kelapa sedikit muda
Ikan kembung rebus 
Bawang merah
Gula melaka
Garam
Gula
Sedikit air asam jawa
Telur

Cara cara:
Ikan rebus diasingkan tulang dan isi. Tumbuk isi ikan dan bawang merah dan digaul dengan kelapa parut. Kemudian ditumbuk sedikit kelapa yang sudah bergaul dengan isi ikan tadi. 

Tumbuk pula gula Melaka dan garam. Gaulkan bahan tumbuk dengan kelapa tadi. Masukkan gula dan air asam jawa secukupnya.  

Akhir sekali, masukkan sebiji telur dan digaul sebati sehingga boleh dikepal. Siap untuk digunakan.

Lada solok dibelah dua dan dikorek keluar biji biji di dalamnya. Sumbat bahan inti kelapa di atas tadi padat padat ke dalam lada. Biarkan sehingga intinya membuncit keluar.  


Susun lada yang telah disumbat di dalam periuk dan tuangkan santan. Masukkan sedikit garam dan gula. Masaklah sehingga santan hampir kering. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Nota:

Boleh juga dikukus lada yang telah disumbat di dalam periuk pengukus.

Selain menggunakan lada solok, Bonda saya juga pernah membuat solok petola ular dengan menggunakan petola ular.






16 comments:

  1. Salam singgah pagi kak azie... solok lada kegemaran n husband sy... tq sharing resepi, insyaAllah boleh cuba :)

    ReplyDelete
  2. Suka sangat makan solok lada, boleh makan begitu saja walau tanpa nasi kerabu...

    ReplyDelete
  3. Fevret saya Azie... saya buat simple je, masukkan dalam periuk nasi yang kita tanak bila nasi dah hampir kering airnya... tapi kau buat kaedah ni tak boleh buat banyak2 la setakat dua tiga biji je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembetulan, maksud saya "tapi kalau buat..."

      Delete
  4. Lada solok tu pedas x kak..

    ReplyDelete
  5. Kak Azie...solok ni membuatkan saya rasa nak terbang balik kelate hehehe

    ReplyDelete
  6. kita paling feveret tau makan benda ni.

    ReplyDelete
  7. Salaam sis...santan tu masa bila nak dituangkan?
    Isnimah ithnin
    singapura

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas susun lada dan tuang santan utk memasak lada tadi. Skrg ni ramai yg cuma kukus lada tersebut.

      Delete
  8. Kak zie, xde sukatan ke?...bru nak belajar ni

    ReplyDelete
  9. Terima kasih tak terhingga...selalu ambil resepi 😊 alhamdulillah menjadi

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Masuk juga bawang. Tertinggal. Nnt saya update

      Delete
  11. Resepi sepatutnya ada kuantiti sekali. Bnyk mana ikan and berapa bnyk kelapa nk pakai. Baru senang nk ikut.. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.