Iklan

Iklan Nuffnang

12 Nov 2014

Sayur Putih Taugeh dan Sawi






Hari ini nak kongsikan masakan ringkas yang biasa biasa. Kebetulan mahu menghabiskan apa apa sayuran yang ada dalam peti sejuk. Sayur lemak putih macam ini sedap jika digandingkan dengan ayam goreng, daging goreng, sambal belacan atau telur masin. Memang serasi bersama. Kalau rasa kekeringan idea, layan jer resepi mudah mudah seperti ini. OK kita masuk sedikit bab resepi untuk santapan minda. Hati orang mukmin ialah hati yang sihat dan ceria. Manakala hati orang yang fasiq (berdosa) ialah hati yang sakit dan resah. Kenapa resah? Kerana dosa yang dibuat akan mengundang gelisah dalam jiwa. Rasulullullah S.A.W bersabda: “Dosa itu sesuatu yang mendatangkan rasa resah gelisah dalam hatimu.”  Dosa itu apa, dosa itu ibarat “virus” yang menyebabkan hati sakit. Hati yang sakit mudah dikuasai oleh hawa nafsu yang ditunggangi oleh syaitan. Apabila “raja” (hati) dalam kerajaan diri sakit, ia akan turun dari takhtanya dan naiklah “penjahat” (nafsu) sebagai penguasa yang baru yang akan sentiasa mengajak diri kepada kejahatan. Firman Allah SWT:

إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي ۚ
sesungguhnya hawa nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu) (Surah Yusuf 12:53).

Seumpama penyakit zahir yang ada virus atau bakteria yang menjadi penyebabnya, maka begitu jugalah penyakit hati. Ada virusnya yang tersendiri. Sekali lagi ditegaskan bahawa virus penyakit hati ialah dosa. “Virus” dosa akan menyerang dan “menyakitkan” hati kita tidak secara mendadak. Ia akan merosakkan hati kita secara perlahan lahan dan berperingkat peringkat. Cuba kita lihat pertama kali kita berbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah. Jiwa kita resah kerana diri menentang fitrah. Kerana Fitrah semulajadi manusia adalah baik (sewaktu di alam roh dan mula mula dilahirkan ke muka bumi ini). Jadi apabila fitrah ini dikotori, manusia seolah olah menentang hati kecilnya sendiri. Atas dasar ini pakar psikologi mengaku bahawa setiap kali kita melakukan kesalahan atau dosa, manusia akan diserang rasa “guilty conscience” – rasa bersalah. Kesalnya bukan main. Rasa bersalah itu memang menyeksakan, sebab apabila berdosa manusia seolah olah berperang dengan dirinya sendiri. Ini adalah antara petikan yang saya ambil dari group WhatsApp Ustaz Rasyid. Mudah mudahan ianya dapat memberikan sedikit manafaat buat kita semua. Sekarang kita beralih pada topik resepi pula. Tak mau cerita banyak banyak, masakan ringkas sahaja. Hahaha sekadar menceriakan blog hari ini....



Sayur Putih Taugeh dan Sawi

Bahan bahan:
Taugeh
Sawi
Santan secukupnya
5 ulas bawang merah
Sedikit ikan bilis 
1 batang cili merah
Garam

Cara cara:
Tumbuk bawang merah sehingga hancur dan masukkan ikan bilis dan ditumbuk kasar. Satukan bahan tumbuk dengan santan dan dimasak sambil terus dikacau supaya santan tidak berketul. 

Masukkan batang sawi terlebih dahulu dan bila lembut baru dimasukkan daun sawi dan taugeh serta cili merah. 

Masukkan sedikit garam dan tutup api supaya taugeh tidak terlalu masak.



6 comments:

  1. As'salam akak...
    heee saya suka sangat buat masakan macam nie kalau selera makan takde
    mmg akan makan bertambah tambah jawabnyer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Makan dg telur dadar pun sedap

      Delete
  2. erm..sedapnye, sayur lemak..terliur aishh..lapo sudah..

    ReplyDelete
  3. salam kak...maya pun umi abah org kelate jd ini antara masakan harian kalau kt rumah...cuma kami tambah lada hitam yg biji2 tu tumbuk guna lesung bg hancur sikit masukkan skali dlm kuah masa msk..nyum2 sedappp sgtt

    salam kenal =)

    ReplyDelete
  4. Kak azie...mcm biasa...google resepi msti ada keluar blog ni.anak suka mkn lemak putih kat kedai.mati2 sy igt susah.tq sbb menaikkan smgt sy utk masak.lauk ni akan tersenarai dlm list mskn skrg.tq kak azie.

    ReplyDelete
  5. Suka resepi yg kak azie post. Semua sy cuba... Hihihi.. thanks a lot

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.