Iklan

Iklan Nuffnang

9 Nov 2014

Sambal Bilis Melaka




Saya pelajari resepi ini dari sahabat fb saya yang sangat pandai memasak, iaitu TeeaRa Yatie. Sebelum mempunyai blog, saya sering mengunjungi fb beliau dan melayan gambar gambar masakan yang disediakan. Semuanya nampak sedap sedap. Yatie pulak jenis tidak kedekut ilmu. Kalau kita berkongsi ilmu, kita mendapat pahala, kalau kita kedekut ilmu, apa pun kita tak dapat. Tak ke rugi tu. Tapi kalau kongsi ilmu, janganlah pulak mengharapkan balasan dan pujian. Apalagi mengungkit ngungkit dsb. Bak tajuk buku Iman Al Ghazali, Mari Kita Terbang ke Syurga. Yatie dah banyak berkongsi resepi dengan saya. Antaranya ialah Kek Coklat Lembab, Quiche Ayam dsb.





Setiap kali terpandang gambar Sambal Bilis Melaka yang Yatie sediakan, memang akan membuatkan saya meleleh air liur, gulp gulp menelan air liur. Teringat masa di kampus dulu, saya ada kawan dari Melaka, namanya Haryati Hashim. Setiap kali balik kampung, dia akan membawa bekalan. Antaranya yang sangat saya ingat ialah sambal ikan bilis yang digoreng kering dan dicicah dengan roti. Tapi sayang kerana saya telah terputus hubungan dengan Yati. Terjumpa fb beliau tapi macam tak aktif lah pulak. Manalah Yati ni menghilang... Harap harap Yati terbaca blog ini dan menghubungi saya.

Jom layan resepinya dulu...



Sambal Bilis Melaka

Bahan bahan:
1 mangkuk ikan bilis - digoreng garing
1 mangkuk cili padi 
5 ulas bawang putih
1-2 keping asam keping
Garam
1 sudu besar gula atau secukupnya

Cara cara:
Kisar cili padi dengan bawang putih. Panaskan minyak dan goreng bahan kisar sehingga kering. Masukkan asam keping, garam dan gula. Gula kena banyak sebab nak mengurangkan pedasnya. Kacau rata rata.

Bila telah kering, baru dituangkan ikan bilis. Kacau rata dan ditutup api. Sedia untuk dihidangkan. Saya hanya mencicah dengan roti.


5 comments:

  1. bahan2nya sennag diperolehi...boleh buat banyak2 dan simpan..
    salam kenal tuan rumah...follow sini..:)

    ReplyDelete
  2. Hi Kak Azie! I am also going gulp! gulp! looking at your crispy and spicy ikan bilis. One of my favourites!

    ReplyDelete
  3. waahhhhhhhhhhhhhhh dah berwajah baru blog ni...lama sangat tak menyinggah kat sini. saya suka baca resepi2 yang akk share. I lover food too. hihi. nak msukkan akk dlam list blog saya boleh tak

    ReplyDelete
  4. terliur sungguh

    http://www.lovehutladyvitamin.com

    ReplyDelete
  5. Musim hujan ni makan nasi berlaukkan sambal ni je pun dah buat makan bertambah-tambah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.