Iklan

Iklan Nuffnang

12 Nov 2014

Ikan Percik Putih Kelantan




Ini adalah lauk yang dimasak di rumah kakak saya. Tapi sayang kerana gambar yang diambil yang tak dapat dibuka. Jadi guna jer gambar yang ada. Sedap ikan percik ni. Hahaha percik ori cara Kelantan. Sebelum layan resepi, kita citer bab ilmu yang saya ambik dari whatsApp Ustaz Abdul Rasyid, kalau tak silap. Setiap manusia yang di ciptakan oleh Allah berbeza-beza, sama ada dari segi rupa paras, bangsa, keturunan, latar belakang pendidikan termasuk juga ada yang fakir, miskin, kaya, cerdik, kurang cerdik, cacat anggota dan sempurna anggota dan sebagainya. Allah tidak pandang pada fizikal manusia, yang Allah pandang adalah, yang bertakwa kepada-Nya. 


Firman Allah s.w.t 
 إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ 
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya) (Surah al-Hujurat ayat 13)

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah S.A.W.  bersabda, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya." (Hadis Riwayat Muslim).

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa setiap bantuan dan pertolongan yang diberikan ikhlas kerana Allah, tidak menjadi sia-sia kerana jaminan daripada Allah S.W.T bahawa akan dibalas dengan balasan yang lebih baik samaada di dunia atau pun di hari akhirat nanti. Ada empat jenis bantuan yang harus kita istiqomah demi mencari keredaan Allah S.W.T. iaitu:

Pertama : Bantuan berbentuk sedekah .
Memberi bantuan kewangan berbentuk sedekah kepada fakir-miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, golongan kurang upaya, bantuan perubatan, bantuan pelajaran kepada pelajar miskin dan bantuan kepada musafir yang keputusan belanja.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Allah dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).”  (Hadis Riwayat al-Termizi)

Kedua : Bantuan berbentuk pinjaman kewangan.
Kehidupan di dunia ibarat roda ada masa di atas dan ada masa di bawah. Ada masa mudah darisegi kewangan dan ada kalanya sempit dengan masaalah kewangan. Kesusahan ini adalah lumrah kehidupan. Ketika kita senang usahlah bermegah  dengan kekayaan, lihatlah orang dibawah kita, manalah tahu jika ada saudara mara kita yang memerlukan pinjaman kewangan untuk menyelesaikan masaalah mereka, bantulah sekadar kemampuan kita kerana dengan bantuan itu akan meringankan beban yang ditanggung oleh saudara yang memerlukannya. Contoh ketika hari raya Aidil adha ini, mungkin ada (saudara kita yang mempunyai tanggungan anak yang ramai), atau sedang sakit perlukan kos rawatan dan sebagainya.

Nabi S.A.W. berwasiat kepada Sayidina Ali k.w. : "Wahai Ali! Jangan engkau mengherdik orang yang meminta pertolongan, sekalipun ia datang dengan naik kuda (berkenderaan) dan berilah ia, kerana sesungguhnya sedekah itu lebih dahulu jatuh ke tangan Allah sebelum jatuh ke tangan peminta itu."nBerilah tempoh bayaran balik dengan masa yang berpatutan. Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah S.A.W.  bersabda:  "Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah S.W.T.  akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan-Nya." (Hadis Riwayat Tirmizi).

Ketiga : Bantuan berbentuk masa dan tenaga.
Diriwayatkan dari Rasulullah S.A.W. bahawa baginda ditanya Abu Dzar, "Bagaimana saya bersedekah sementara saya tidak berharta?". Maka baginda menjawab, "Pintu-pintu sedekah banyak, mengucapkan takbir (Allah Akbar), tasbih (subhanallah), tahmid (alhamdulillah), tahlil (Laailaha illah Allah), adalah sedekah, memohon ampun kepada Allah, memerintahkan kebaikan dan melarang kemungkaran, adalah sedekah, menyingkirkan duri dari jalan, menunjuki orang yang buta, tuli dan bisu hingga ia mengerti, adalah sedekah, membantu orang yang memerlukan bantuan dengan susah payah, mengangkat beban yang berat untuk membantu orang-orang yang memerlukan bantuan. Ini adalah pintu-pintu sedekahmu yang kamu boleh amalkan. Bahkan kamu berhubungan badan (menjima') dengan isteri juga terdapat pahala sedekah." Berdasarkan hadis diatas banyak cara dan jalan berbentuk bantuan dalam bentuk masa dan tenaga yang boleh kita berikan.

Keempat : Bantuan berbentuk nasihat yang baik dan ilmu yang bermanfaat. Ini adalah bantuan yang tidak memerlukan kewangan tetapi ianya berbentuk nasihat yang baik dan memberikan ilmu yang bermanfaat. Firman Allah S.W.T. maksudnya: ”Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.”. (Surah Al-Ashr ayat 1-3)

Ketika kita berada di hari akhirat nanti, tidak ada siapa yang dapat membantu dan menolong kita untuk meringankan beban dosa dan kesalahan yang kita lakukan ketika di dunia dahulu melainkan rahmat dan kasih sayang Allah ta'ala. Oleh itu berkasih sayanglah kita sesama kita ketika di dunia agar Allah berkasih sayang kepada kita semasa di akhirat nanti.

Terdapat 2 jenis ikan percik Kelantan iaitu yang putih dan yang merah. Begitu juga dengan Ayam Percik Kelantan. Jika dulu dulu, cara arwah Bonda saya menyediakan ikan percik merah ialah dengan terus melumur bahan percik terus ke atas ikan tanpa perlu dimasak terlebih dahulu. Namun kebelakangan ini sahaja, kuah percik dimasak terlebih dahulu di atas dapur sebelum dilumur ke atas ikan yang sedang dibakar. Jom layan resepi dulu.....

Ikan Percik Putih

Bahan bahan:
5 ekor ikan kembung - kelar
5 - 7 ulas bawang merah
1/2 inci halia
Garam
Santan pekat
1 batang serai ketuk - opsyenal utk ikan
1/2 keping Asam keping

Cara cara:
Ikan dilumur dengan garam yang ditumbuk dengan halia dan bawang putih. 

Kisar bawang dan halia dengan santan. Masak sehingga pekat. Masukkan garam dan asam keping. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. 






Lumur pada ikan yang yang sedang dibakar. 



4 comments:

  1. sdap ni Azie nanti boleh try versi putih mcm ni

    ReplyDelete
  2. ikan percik atau ayam percik putih Kelantan memang sedap...

    ReplyDelete
  3. memang sedap,ingat kat mak di kampung,
    dulu2 mak saya akan bakar ikan guna kayu .Sekarang dapur kayu tu sudah tiada.

    ReplyDelete
  4. Kagum dengan kebolehan Azie memasak dan pandai pulak berkongsi dangan resipi dan gambar-gambar yang cukup menarik. Cukup lengkap dan mudah untuk di ikuti. Selamat berpuasa. Hari ini terbuka selera nak makan ikan percik resipi Azie.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.