Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Agar Agar Koktel Di Pagi Aidil Adha



Agar Agar Koktel


Hari ini hari raya kedua Aidil Adha. Saya terkedu bila menonton Motivasi Pagi bab ujian dan musibah di mana bila disebut sahaja ujian, orang akan berkata, sabar kerana ujian adalah diberi pada mereka yang mampu menanggungnya. Tapi tak pernah orang menyebut yang mereka diuji bila mendapat kenaikan pangkat di pejabat sebagai Ketua Jabatan atau mendapat projek dan kekayaan. Mereka tidak melihat kesenangan dan anugerah itu juga sebagai ujian. Sedang ujian kesenangan adalah paling bahaya kerana ianya boleh menjauhkan diri pada Allah. 



Agar Agar Koktel

Apa yang saya tengok sendiri, ramai yang bila dilantik sebagai Ketua Jabatan akan tidak punya masa untuk menghadiri majlis ilmu atau solat berjemaah di surau. Terlalu sibuk dengan urusan dunia. Begitu juga ada yang menganggap kematian ahli keluarga seperti ibubapa sebagai ujian sedangkan kematian adalah sesuatu yang pasti. Jadi jika ibubapa meninggal, jadilah anak yang soleh. 

Buatlah amalan soleh dan bersedekah dengan doa dan harta kepada ibubapa yang meninggal. Itulah cara yang sebenar, bukan dengan bersedih dan menangis. Apa pun, kita kena bersyukur di saat diuji walau apa pun bentuk ujiannya. Berceritalah dengan Allah kerana Allah lah Yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun. Dalam masa yang sama, tanyakan juga siapa sebenarnya yang diuji samada kita yang ditimpa musibah atau mereka di sekeliling kita yang tidak ambil peduli saat kita ditimpa musibah tersebut. Sebagai kesimpulan, ada tak manusia yang tidak pernah diuji?

Sekarang kita sentuh sedikit bab masakan pula. Sebagai hidangan pencuci mulut, saya sediakan juga agar agar Koktel yang mudah. Memang nak buat yang mudah mudah jer. Agar agar sesuai dimakan sejuk sejuk selepas makan hidangan raya yang disediakan iaitu Kuah Kacang Dengan Ayam dan Nasi Impit serta lemang. Saya potong pun tak cantik sebab nak cepat ke surau bagi solat sunat Hari Raya. 



Agar Agar Koktel

Agar Agar Koktel


Sedap agar agar ini tapi saya dah terlebih memasukkan air sirap koktel, jadi ianya menjadi sedikit lembut. Ini adalah kerana saya membuat 2 adunan dan menggunakan pula 2 tin buah buahan koktel. Saya memang lupa untuk memasukkan gula batu. Lain kali, memang kena masukkan gula batu bagi menjadikan agar agar lebih kenyal dan tidak berair. 

Jom layan resepi dulu...


Agar Agar Koktel

Agar Agar Koktel

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
10 gram serbuk agar-agar
1.5 liter/5 gelas air 
100 ml/1/2 cwn susu cair
Sejemput gula batu
200 gram gula pasir
1 tin besar koktel
2 helai daun pandan

Cara-cara:
Masukkan serbuk agar-agar, air, sirap koktel, gula, gula batu dan daun pandan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan gula batu hancur.

Perlahankan api. Ambik semangkuk agar-agar dan letakkan warna yang disukai dan disejukkan. Kalau nak cepat boleh alaskan air yg bercampur dengan ketulan ais atau masukkan dalam peti ais. Bila dah nampak nak keras, ambik sudu dan kacau-kacau supaya jadi berketul-ketul.

Dalam periuk agar-agar tadi masukkan pula susu dan buah buahan koktel. Biarkan sehingga mendidih. Kemudian padamkan api.

Tuang agar agar ke dalam loyang untuk bekukan agar-agar.

Masukkan juga koktel dan semangkuk agar-agar yang dikacau berketul ketul tadi.  Sejukkan dan kemudian bolehlah letak dalam peti ais.


Agar Agar Koktel

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

5 ulasan for "Agar Agar Koktel Di Pagi Aidil Adha"

  1. cantik gambar agar2 ni, kaknoor jarang buat agar2 tegnok agar2 ni macam teringin nak buat lah

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak..salam kenal..Nampak Sedap2 & cantik sangat semua yang akak buat.. Blog akak pun menarik sngat..saya suka,saya suka..hihi..sy budak br blajar, mntk halalkan ilmu yg sy ambil dr blog akak ye.. Jemput ke blog sy yg x sberapa.. Malu sy..hee..
    Teratakjernih.blogspot.com

    BalasPadam
  3. kak azie..mcm mana nk masukkan gula batu sejemput..kan gula batu seketul2.......confiussss

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ambil seketul dan biasanya saya pecah pecahkan sikit. Kalau tak, masukkan je seketul.

      Padam