Iklan

Iklan Nuffnang

7 Sep 2014

Sedap Nyer Kue Teow Goreng Dengan Kicap My Tasty





Kali ini saya menyediakan Kue Teow Goreng ala Chinese style menggunakan sample promosi kicap Kue Teow Goreng jenama My Tasty yang diberikan oleh Ghaz, rakan sepejabat saya. Memang dah lama ingin membuat kue teow goreng dan mencari cari juga kuali jenis chinese wok yang digunakan untuk menggoreng kue teow goreng. Mengikut apa yang dibaca dari blog Kak Jee, bukan sahaja kuali tapi juga mesti menggunakan dapur gas yang high powered bagi menghasilkan kue teow goreng sedap seperti yang dihasilkan di gerai gerai yang menjual kue teow goreng. 




Memang saya sangat menyukai Kue Teow Goreng ala chinese berbanding dengan Char Kue Teow yang banjir. Kue teow yang digoreng menggunakan kicap ini sangat sedap. Pendek kata dengan kicap kue teow goreng My Tasty, sesiapa pun boleh menyediakan sendiri kue teow goreng ala chinese style yang sedap di rumah setanding dengan yang di hidangkan di restoran terkemuka. Bukan sahaja sedap tetapi sangat mudah. Jika mahu tahu bagaimana mudah dan sedap, bolehlah dapatkan kicap Kue Teow Goreng My Tasty hari ini juga.  





Chef My Tasty memberikan resepi kue teow goreng dengan cara cara penyediaannya sekali. Jika mahu pedas, masa dihidangkan taburlah sedikit serbuk lada putih tapi saya letak sambal tumis lauk nasi lemak. Saya telah mengolah resepi mengikut cara Kak Jee yang lebih lengkap dengan api kecil dan besarnya sekali. Jom kita semak resepi di bawah ini.... 




Kue Teow Kerang Goreng
Oleh: Azie Kitchen
Untuk 1 pinggan

Bahan bahan:
1 genggam kue teow halus
2 ulas bawang putih – cincang halus
2-3 ekor udang
1 sudu besar sambal tumis * - saya tambah
1 sudu besar isi kerang rebus – ikut suka
Daun kucai – potong 2 inci panjang
Taugeh
1 biji telur
2 sudu besar kicap kue teow goreng My Tasty
2 sudu besar minyak masak
* resepi asal - tabur serbuk lada putih semasa dihidang, jika suka pedas

Cara cara:
Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan bawang putih cincang, diikuti dengan udang. Kacau rata.

Setelah udang masak, ketepikan, masukkan telur dan perlahankan api sehingga telur hampir masak, baru dikacau telur. 





Perlahankan api dan masukkan kue teow, sambal tumis, daun kucai dan kicap kue teow. Bila semua bahan sudah dimasukkan, baru dibesarkan api. Dengan pantas, kacau laju laju sampai rata.







Akhir sekali campakkan taugeh dan isi kerang. Golek golek sikit dalam lebih kurang ½ minit sahaja. Jangan masak terlalu lama, nanti taugeh hilang ranggupnya. Tutup api dan sedia untuk dihidang.






Dihidangkan dengan cili api yang diricik dan campur sos ikan/nampla.







7 comments:

  1. nampak nyummy.. nak gi cari kicap my tasty tu gak la.

    ReplyDelete
  2. salam akak.. nak tnya.. kat mana boleh cari kicap my tasty tu? saya pun suka mkn kuew teow goreng mcm ni..teringin nak buat sendiri..

    ReplyDelete
  3. Sedap..kak nak tanya kat mana bole cari kicap my tasty tu...saya tinggal di Johor

    ReplyDelete
  4. Kak azie, mana nak beli kicap ni? Puas saya google tapi tak jumpa.

    ReplyDelete
  5. Kak azie, mana nak cari kicap my tasty tuu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pasti. Saya diberi percuma. Katanya ada di supermarket.

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.