Iklan

Iklan Nuffnang

8 Sep 2014

Puding Roti Nur Qaseh Yang Sedap





Entah kenapa sejak kebelakangan ini, minat untuk membuat kuih muih menjadi jadi selepas hampir setahun memendam rasa dek masalah allergy dengan bahan berasaskan tepung gandum. Setelah beberapa hari memikirkan apa kuih yang hendak dibuat, akhirnya saya memilih untuk membuat Puding Roti. Kebetulan di sebelah malamnya ada kuliah maghrib di surau, jadi bolehlah saya bawa ke sana untuk dimakan selepas solat Isyak.




Terdapat banyak versi puding roti. Ada yang dibakar, ada yang dikukus. Saya pertama kali menyediakan puding roti ialah sewaktu saya berada di tingkatan empat. Saya menyediakannya menggunakan resepi yang diberi oleh sahabat saya Cikgu Noriah Mohamed. Ceritanya bermula apabila Noriah membawa puding roti ke sekolah untuk satu majlis. Tapi saya lupa majlis apa pada masa itu. Dari situ saya mula teringin nak membuatnya sendiri. Masih saya ingat Noriah menulis resepi di kertas dengan tulisan yang sangat cantik. Selain resepi Puding Roti, dia juga memberikan resepi Kuih Cream Puff. Noriah memang pandai memasak dan pandai di sekolah dan cantik pula. Kami sama sama masuk ke Univerisiti Malaya cuma berbeza fakulti kerana Noriah sejak di bangku sekolah bercita cita untuk menjadi seorang pendidik sedangkan saya berminat dalam bidang ekonomi. Semasa di UM, dia tinggal di Kolej ke4 dan saya di kolej ke3. Bila saya merajuk dengan sesiapa, saya akan membawa diri dan melepak di bilik Noriah. Hmm itu kenangan lama yang masih segar di ingatan.

Jom kita tengok resepi yang saya guna pada hari ini. Saya membuat 2 adunan. Sangat mudah menyediakannya dan sedap pula. Bolehlah cuba membuatnya sendiri untuk hidangan keluarga anda. Pasti mereka suka. Untuk puding ini, ianya dimakan begitu sahaja, tak perlu disediakan kuah sos kastard.



Puding Roti Nur Qaseh

Bahan bahan:
6 keping roti Gardenia - potong cube
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula kaster
1 sudu besar mentega
1/4 sudu kecil garam
2-3 biji telur - pukul ringan
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit kismis
Sedikit serbuk kayu manis

Cara cara:
Panaskan susu seketika dan bila hampir mendidih, bolehlah diangkat. Masukkan roti dan kacau rata supaya ianya terendam.

Masukkan mentega, garam dan gula. Kacau rata dan biarkan sedikit sejuk sebelum dimasukkan telur supaya telur tidak masak.





Akhir sekali, masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata. Jika suka, masukkan sedikit kismis dan serbuk kulit kayu manis.




Tuang ke dalam loyang saiz 8" yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Masukkan loyang ke dalam bekas besar yang diisi dengan air panas untuk membakar secara steam bath.




Bakar pada suhu 180C selama 45 minit hingga 1 jam. Sedia untuk dihidangkan.





47 comments:

  1. Baru je beli roti petang tadi..kalau tak habis..leh la guna resepi wat puding roti :)

    Jemput baca http://momsbeautyshoppe.blogspot.com/2014/09/10-petua-mencerahkan-dan-memutihkan.html

    ReplyDelete
  2. Assalam Kak Azie,
    maaf baru perasan....salam takziah buat akak sekeluarga ya..
    semuga roh arwah bonda akak dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi org2 yang beriman..alfateha..
    alahai ada puding roti disini rupanya...
    marilah kita exchange puding raja kita tu..:)

    ReplyDelete
  3. Assalam
    Saya dah try resepi ni...mmg sedap dan senang dibuat..terima kasih

    ReplyDelete
  4. kena cuba ni. Nampak sedap sangat. Btw kak azie, saya selalu singgah blog akk tgk resepi:)

    Jemput singgah rumah saya nanti:)
    http://tipssihat-ibuzara.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Salam kak Azie.
    Suka tgk blog kakazie sbb resepi yang dikongsi. Kadang2 ada masa buat ada masa mls hihi tp ape pon tq 4 sharing...harap kakazie bole jenguk2 ke http://mienbutat.blogspot.com/ (baru je create). Hehehe

    ReplyDelete
  6. Tq share resepi ni. Memang da berapa hari berkira-kira nak buat puding roti, bolehlah cuba petang ni :)

    http://thehealthinspector.wordpress.com/2014/09/05/sos-epal-aka-applesauce/

    ReplyDelete
  7. Salam kak azie..
    tiap kali saya nak masak mesti saya cari resepi kat sini. ....... terima kasih. Semua masakan atau resepi sangat senang dan yang penting simple.

    Salam takziah buat akak sekeluarga ataa kehilangan bonda tercinta. Moga beliau tenang di sana. Alfatihah

    ReplyDelete
  8. Salam, saya google resepi ni, glad i found it here. thanks.

    ReplyDelete
  9. Kalau tak letak air tu boley tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga. Bakar spt biasa. Yg ini kaedah steam bath

      Delete
  10. Klau gnti gula kastor tu dengan gula biasa boleh x?

    ReplyDelete
  11. Kak..susu segar boleh pkai dgn susu cair x..?

    ReplyDelete
  12. mmg sdapp trime ksihh yeee. sgt puas aty alhamdukilah

    ReplyDelete
  13. tq sis..memang sedap..menjadi.. mohon share resepi ni dalam blog saya boleh? jemput singgah blog saya juga.. vitaminibuaina.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. Saya dah 2x cuba.tapi basah dibawah.tak pasti sama Ada sukatan saya salah atau oven sy bermasalah

    ReplyDelete
  15. dry try.mmg sedap .terima kasih kak azie :))

    ReplyDelete
  16. hi kak azie, saya dah try resipi nie 2x. 1st sabtu minggu lalu alhamdulillah habis satu loyang and ahad buat lagi cuma saya tukar menggunakn susu cair, tekstur pudding berbeza sbb kali nie jd lembap n tekstuk lembik compared ari sabtu yg saya guna fresh milk.. apa2 pun hubby suka and family pun xde comment negative.. alhamdulillah, terima ksh!

    ReplyDelete
  17. Salam Kak Azie, dah try pun...memang senang dan yg paling bes memang sedap...thx.

    Irni Yusof

    ReplyDelete
  18. Tq kak atas resepinya.. saya tak sabar nak cuba....

    ReplyDelete
  19. Dah try, memang sedap!!
    http://ainaez.blogspot.com/

    ReplyDelete
  20. Sye dpt thu rsepi ni dri kwn. Sye byk cube rsepi dri blog nih. Trime ksh.. share ye =)

    ReplyDelete
  21. Salam kak azie..kalau nak kukus boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Boleh juga kukus. Tapi kalau bakar, ada ranggup sikit.

      Delete
  22. Tu yg duk cari resepi ni Kak Azie

    ReplyDelete
  23. kalau x letak serbuk kayu manis...x boleh ke akak?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jer...sy ltak perisa pandan sdap

      Delete
  24. Salam sis...sy mintak share resepi ye..tq

    ReplyDelete
  25. salam kak..gula tu mmg terus bubuh cmtu je eh.xpyah blend dlu dgn telur ehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Saya tunjukkan gambar lagi gula dimasukkan ke dalam adunan.

      Delete
  26. AsSalamualaikum , Kak Azie , sy Naina . Sy nak tanya cikgu Noriah Mohamed tu tinggal dimana sekarang dan dia ada buka kedai bakery ke ?


    sy salin resepi ni dan cuba .Alhamdulillah

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  27. Salam azie...dah byak resepi awak saya cuba..sangat memuaskan hati saya.ianya senang dan mudah...mcm kek pisang tu tu dah dekat 10 kali saya buat tq azie untuk resepi2 awak.

    ReplyDelete
  28. As salam k.azie... sya suka sgt google resipi k.azie.. kekadang tu ada gk try buat.. alhamdullillah menjadi.. semoga rezeki k.azie murah selalu koz x kedekut kongsi resipi.. dh la pandai masak... cantik lak tu.. halal kan semua resipi yg sya ikut ye k.azie...amin...

    ReplyDelete
  29. suhu berapa nk bakar n berapa lama

    ReplyDelete
  30. Salam sis.bakar guna api atas bwh ke?

    ReplyDelete
  31. salam kak..gula kastor tukar gula biasa or brown sugar blh ke???

    ReplyDelete
  32. Salam,

    saya google resepi ni,

    thanks.
    lea

    ReplyDelete
  33. Salam kak suzi..thanks utk resepi ini...akak ada tak resepi puding roti yang ada kuah pekat custard tu? Kalau ada minta tolong share boleh hihi..

    ReplyDelete
  34. Harus ku cuba !

    Tq share resepi ya :)

    ReplyDelete
  35. Salam kak azie! Saya selalu akan gugel blog akak utk cari resepi. Resepi akak semua tip top..terima kasih kak x lokek berkongsi ilmu. Semoga Allah merahmati akak sekeluarga. Jap lagi nak buat puding ni pulak. Thanks again kak!!

    ReplyDelete
  36. Alhamdulillah terima kasih kerana kongsi resepi inišŸ˜ŠSangat sedap.Semoga bertambah rezeki anda, AmeenšŸ˜Š

    ReplyDelete
  37. klu tak guna air tu,rasa seperti apa ya?ada effect tak rasa asal die?

    ReplyDelete
  38. Dari zmn bujang smpi la dh kawen.. Blog kak azie jdi rujukan klu nk wat kek ke puding ke.. Resipi puding roti ni mmg sdap & menjadi.. Tq so much kak! =)


    www.fazlina.com

    ReplyDelete
  39. Alhamdulillah menjadi...sya bakar 35 minit api bwn dan 15 min kemuadian api atas bwh...siap buat sos kastad skli...t.kasih perkongsian

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.