Iklan

Iklan Nuffnang

28 Sep 2014

Gulai Lemak Cili Padi Tempoyak Ikan Baung






Gulai lemak cili padi tempoyak ini dimasak oleh Cik gu Asiah, kakak saya menggunakan ikan baung liar yang dibawa balik oleh abang ipar yang sekarang menjadi guru besar di sebuah sekolah di Gua Musang. Cara memasaknya lebih kurang sama dengan masak lemak cili padi Nogori, cuma dimasukkan tempoyak. Pesan kakak, kalau menggunakan ikan laut, bolehlah dimasukkan beberapa biji bawang merah. Kalau mahu tengok, masakan tempoyak ikan sungai kakak saya yang tidak menggunakan santan, boleh klik di SINI. Kakak saya memang pandai memasak sejak dahulu lagi. Apa sahaja yang disediakan, memang sedap dan kena pada selera saya. 

Saya memang kalau balik kampung, akan duduk di rumah kakak dan kalau pun tinggal di chalet, kami akan tetap singgah makan. Dapur rumah mereka memang sangat meriah, sentiasa ada orang didapur, di meja makan atau di ruang keluarga, jadi memasak menjadi lebih seronok. Sambil masak boleh bersembang sembang juga. Jadi kalau lain kali mahu membuat dapur mesti diambilkira ruang keluarga supaya setiap kali kita memasak, ada ahli keluarga bersama sama menemani. 

Jom semak resepi dulu



Gulai Lemak Cili Padi Tempoyak Ikan Baung

Bahan bahan:
2 ekor ikan baung
5 tangkai cili padi - ikut suka pedas
1 inci kunyit hidup
Asam keping
Garam
2-3 sudu besar tempoyak
Santan secukupnya

Cara cara:
Tumbuk cili padi dan kunyit hidup. Masakkan santan dan bahan kisar sehingga rata dan masukkan ikan baung. Sentiasa dikacau. 

Setelah mendidih, masukkan tempoyak yang dibancuh dengan sedikit air. Masukkan juga garam. 

Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. 





7 comments:

  1. nampak macam sedapppp je teringinlah nak buat tunggu ada waktu terluang mesti nak try

    ReplyDelete
  2. Salam...akak nk tanya, kalau masak lemak cili padi seafood bole ltk tempoyak tk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Kalau nak rasa tempoyak, bubuhlah tempoyak kalau nak masak lemak biasa, jangan bubuh tempoyak

      Delete
  3. memang sedap kak...mak mertua lynn selalu masak gulai tempoyak nie dengan ikan patin...tapi lynn x pandai masak...hahahaha...

    ReplyDelete
  4. Saya memang suka makan gulai tempoyak, tetapi jarang letak santan. Gulai tempoyak memang best :)

    http://www.lovehutladyvitamin.com

    ReplyDelete
  5. sedapnya!..kuah tu nampak pekat. Mesti berminyak muncung makan ni kan?

    ReplyDelete
  6. Satan?
    Tak sedap la bila ada satan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.