Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Laksa Johor Yang Sedap


Laksa Johor Yang Sedap


Saya memang cukup gemar membaca dan mengikuti blog Kak Jee kerana beliau sangat ikhlas dalam perkongsian resepinya. Maklumlah tidak ramai orang yang berniaga mahu berkongsi resepi yang diguna dalam bisness mereka. Tapi tidak dengan Kak Jee. Saya akan membaca setiap baris dan perenggan dalam setiap entri yang ditulis. Resepi sekarang memang banyak terdapat bila di google lebih lebih lagi sejak kemunculan blog bagai cendawan tumbuh selepas hujan tapi agak susah untuk mencari "tested" resepi yang diguna untuk berniaga dan kalau boleh, resepi turun temurun.



Laksa Johor Yang Sedap

Seronok membaca entri Kak Jee berkenaan entri laksa Johor ini yang digunakan untuk berniaga. Saya cuba untuk menghiris timun mengikut cara orang Johor tapi tak berjaya sebab ianya asyik terputus sahaja. Begitu juga orang Johor akan menyimpul spaghetti untuk mudah dihidangkan. Yang ni pun, memang tak belajar lagi. Memang betul la, menyediakan laksa Johor tak lah susah tapi renyah. Banyak bahan yang perlu disediakan.

Jom layan resepi Kak Jee di bawah ini....


Laksa Johor Yang Sedap

Laksa Johor

Bahan bahan:
1 paket spaghetti - makan 10 orang
1kg ikan sardin/selayang 
¾ cawan rempah kari ikan Babas
½ cawan cili kering yg dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
½ cawan minyak masak
1 sudu besar kerisik
Garam
Serbuk perasa

Bahan kisar:
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar

Ulam ulam:
Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi
Lobak asin

Cara cara:
Ikan dibersihkan pastu kukus. Ada orang rebus tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.

Panaskan periuk bubuh 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.

Pastu masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.




Kuah laksa Johor agak pekat. Jadi kenalah agak agak jumlah air dengan  kepekatan yang disukai.


Spaghetti:
Masak air dalam periuk. Bubuh garam dalam air rebusan tu. Bila telah mendidih, masukkan spaghetti dan rebus sehingga rasa dah kenyal, tapis dan siram air sejuk sehingga  hilang panasnya atau cuci bawah air paip. Tos air nya dan tuang sedikit minyak supaya tak melekat.



Ulam ulam:
Ulam Laksa Johor ialah timun, taugeh, bawang besar diracik bulat bulat halus, daun selasih atau daun kesum, limau kasturi dan lobak asin. Kalau suka makan selasih boleh bubuh. 

Sambal belacan:
Cili kering - rebus
Belacan bakar
Tumbuk cili bersama belacan bakar sehingga lumat.

Cara menghidang;
Bubuh spaghetti dalam mangkuk, taburkan ulam-ulam dan curahkan kuah. perah limau kasturi dan makan dengan sambal belacan.







Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

48 ulasan for "Laksa Johor Yang Sedap"

  1. Assalamualaikum kak azie,saya memang mengagumi blog akak.....terutama resepi2 yg pelbagai....thank you so much for sharing all the recipe....resepi laksa johor nampak sungguh menarik...teringin rasa nak mencuba..coz esok ada tetamu nak datang beraya....kak azie...kalau ikan sardin tu...pakai sardin yg dlm tin ....bole ke kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Guna ikan segar. Kalau tak ada ikan selayang, gunalah ikan apa apa pun asal ikan segar. Yang sedap, katanya ikan parang

      Padam
  2. salam...sedapnyer laksa johor...dulu tak suka sbb tak kena dgn tekak, tp lepas kawan baik masakkan laksa johor,saya terus minat...tp dia guna ikan parang, dan ikan masin,,,,sedap

    BalasPadam
  3. Ada org kata buh sket ikan kurau masinbyg d blend utk sedapkan kuah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikn kurau masin nk letak bila sis??hee..sy bru nk cuba buat...

      Padam
    2. Boleh tengok resepi che nom, dia ada letak ikan masin.

      Padam
  4. As salam ...kak Azie...saya sudah pun buat Laksa Johor,Quinche & Moist Carrot Cake resepi yang kak Azie bagi..,saya betul-betul ikut resepi yang akak bagi....alhamdulillah walaupun pertama kali mencuba tetamu yang datang memuji masakan yang saya buat....mereka kata memang sedap dan saya dgn jujurnya....bercerita saya amik resepi dari blog kak Azie yang menarik ...terima kasih banyak2 kak Azie ...

    BalasPadam
  5. Kak zie...terima kasih utk resepi laksa johor ni...nnti nk try buat la...hrp2 jd la...

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum.....syukran kak Azie kongsikan resepi laksa Johor,rasa teringin nak makan terus google cari resepi Alhamdulillah jumpa resepi yang mudah dan sedap ni....sambil tu jemput rakan2 semua kunjungi blog saya di http://umiwarham.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. suka sangat resepi resepi akak azie. senang, mudah and menjadi kalau ikot betul betul :) thanks kak azie yaaayyy sekarang dah pandai masak laksa johor!

    BalasPadam
  8. Nak cuba buat la laksa Johor ni, harap harap Jadi laksa ni ...mohon utk cuba resepi ni ,tq kak azie

    BalasPadam
  9. resipi kak azie...sedap meletop pompom!!!hingga menjilat jari

    BalasPadam
  10. Emmm...sedapnya,nk buat masak tengahari ni

    BalasPadam
  11. Sedapnya...pinjam resepi ya kak azie.
    Hr ni menu berbuka dgn laksa johor resepi kak azie..

    BalasPadam
  12. Menarik boleh buat berbuka nanti..selamat berbuka...Jom jalan blog ain
    www.momstoreretail.blogspot.com

    BalasPadam
  13. Kak zie..terima kasih share resepi.nak tya bawang besar tu bawang merah besar ke?bawang holland?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setau sy... bawang besar tu... bawang merah besar . 😊😊😊

      Padam
  14. Salam Azie. Baru perasan entri ni. Terima kasih kerana sudi mencuba.

    BalasPadam
  15. salam kak... sy banyak follow resepi akak... semua sdap...

    BalasPadam
  16. kak, sy dah byk kali buat laksa johor guna resepi akak! mmg husband puji sedap! terima kasih sharing kak!

    BalasPadam
  17. Saya selalu klu nak masak buka blog azie kitchen... resepi nya menjadi kalau buat x fail la ..thanks

    BalasPadam
  18. Nak ucap terima kasih byk2 kat penulis blog ni sebab saya banyak belajar dari blog aziekitchen.. masakan byk menjadi kalau guna resepi2 di blog aziekitchen.. halalkan segala ilmu.. moga2 blog ni diteruskan lagi dengan pelbagai resepu2 yg menarik.. slmt hr raya maaf zahir batin..

    BalasPadam
  19. Da cuba guna resepi akak... Sy guna ikan pelaling lg sedap..

    BalasPadam
  20. Salam kak azie, semalam buat lksa johor ikut resepi akak, mmg awesome walaupyn first time buat... Thanks

    BalasPadam
  21. assalamualaikum kak..trima kasih kerana sudi berkongsi resepi..setiap kali nak masak..saya buka blog akk..stakat ni alhamdulillah.. semua resepi yg sy follow dr blog akk..en hubby puas hati..trima kasih bnyak2..semoga makin murah rezki kak azie..

    BalasPadam
  22. سبحان الله
    الحمدلله
    شكرا

    BalasPadam
  23. Nampaknya resepi laksa johor azie ni sedap, nak cuba la ptg ni untuk juadah berbuka. Harap2 menjadi la.

    BalasPadam
  24. SUKA LAKSA JOHOR,,.. TAPI KENA TENGOK DULU.. KAT MANA.

    BalasPadam
  25. Saya kalau masak biasanya akan pakai ikan tenggiri/selayang. Ikan Uji Rashid pon boleh, ikan kembung pon boleh(tp gatal sket). Biasa sy xpakai udang kering, sy pakai belacan dr besar ibu jari. Halia sy xpakai, tp sy pakai bwg putih dan kunyit hidup. Serai blend sikit, tp letak dlm setang titik je.asam keping letak la dlm sekeping, utk bg balance rasa. Sambal belacan tuh perah limau sket lg terangkat. Sekadar berkongsi

    BalasPadam
  26. Dulu x biasa makan laksa johor.pergi open house rumah sorang kwan ni, mak dia buat laksa johor.try mkan..wah...boleh tahan rasanya..xsabar nak tunggu sabtu ni nak pergi rumah dia bt makan2..laksa johor menanti..heheeh :)

    BalasPadam
  27. As salam azie...saya copy ye resepi...nampak sedap. Terima kasih...

    BalasPadam
  28. Assalam..azie, saya ambik resspi ye. Suami mintak masak Laksa Johor.
    Tq azie

    BalasPadam
  29. Hari kami puasa sunat zulhijah... Isteri dah 2 -3 ari asyik mention n bg hint pasal teringin nk mkn laksa johor.. Area sini susah sket nk cari...kebetulan saya sedang bercuti. Google n terjumpa resipi pn azie ...ermm.. Jap lg saya cuba buat.. Nk surprise wife. Hahaha... Jgn tak jadi dah lerr...

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum puan. Saya dah buat...alhamdulillah menjadi...terima kasih atas tunjuk ajar resepi. Mudah dan sesuai dengan selera saya.

    BalasPadam
  31. Salam kak azie, 1kg ikan dapat mkn tuk 10 orang shj atau lebih? Hajatnya nak buat mkn nt raya:)

    BalasPadam
  32. Salam... saya selalu cari resipi kat google dan selalu jumpa apa yg saya nak dekat kak azie... terima kasih... oh yea saya nak komen sikit... keluarga saya orang johor dan tiap2 tahun memang nenek akan buat laksa johor... tapi pakai ikan tenggiri kalau ikan lain kureng rasa umph hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kak azie atas resepinya yang sedap ni,dan terima kasih juga pada Zeeqcoziq atas perkongsian ikan tenggiri.
      Saya ambil perkongsiannya sahaja dari tuan punya blog dan para pengomen semua,lain tiada.Dulu kini dan selamanya.
      Terima kasih.

      Padam
  33. Assalam Pn. Azie...terima ksh sbb share resepi... klau sekilo ikan kuahnya... selalunya utk berapa org mkn?

    BalasPadam
  34. Saya dah cuba banyak resipi dari berbagai sumber.... alhamdulillah dah jumpa yg berkenan dihati dan sesuai selera...

    BalasPadam
  35. selalu scroll resipi² masakan kak azie .. terbaik .. esok cy nak cuba buat laksa johor resipi kak azie ✌🏻😘

    BalasPadam
  36. Mmg terbaik laa.. Sya share ye sis.. Tq

    BalasPadam
  37. Nampak sedap, terima kasih atas resepi.

    BalasPadam
  38. Kita org johor biasa pki ikan kering kurau dan udang kering

    BalasPadam