Iklan

Iklan Nuffnang

15 Jul 2014

Rendang Ayam Entri Terakhir Ramadhan







Assalamualaikum dan semoga belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua. Kini kita telah berada pada hari ke17 Ramadhan. Begitu cepat masa berlalu, telah lebih dari 2 minggu kita berada di bulan Ramadhan. Alangkah baik kalau setiap hari adalah hari di dalam bulan Ramadhan. Semoga ibadah puasa di bulan Ramadhan setakat ini telah berjaya mentarbiahkan diri kita untuk menjadi seorang hamba yang taat pada Allah dalam apa jua keadaan dan situasi. Ini adalah entri terakhir saya sebelum saya keluar jauh bermusafir untuk beribadah kepada Allah secara sepenuh masa. Saya tidak mahu dikalutkan dengan urusan dunia terutama karenah dan ragam manusia di pejabat yang banyak menganggu gugat kesabaran saya. Saya ingin menjadi seorang insan yang kuat, hamba Allah yang taat pada Allah semata bukan pada yang lain. 






Setahun yang lalu saya membuat perjalanan musafir yang sama. Namun misi saya kali ini lebih jelas. Hala tuju dan matlamat saya juga jelas. Saya ingin mengimarahkan pesta ibadah di dalam bulan Ramadhan dan keluar darinya sebagai seorang yang berjaya. Tiada apa yang akan berlaku tanpa izin Allah. Apa sahaja yang berlaku adalah dengan izin Allah dan ketetapannya lah yang terbaik untuk saya. Biar laut bergelora, biar tsunami melanda, saya pasti tenang di sini, hanya pada Allah yang saya memohon dan berbicara. Saya ingin membaca dan mendengar kalam Allah. Saya tidak mahu disibukkan oleh segala urusan dunia yang penuh tipu daya dan permainan semata mata dalam bulan yang mulia ini. Saya ingin menjadi insan yang lebih baik. Menjadi seorang yang bertaqwa. Allah menjanjikan kecukupan, bantuan, kemudahan menghadapi sebarang masalah dan diberi rezeki yang tidak disangka sangka. Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janjiNya.

Saya mengambil kesempatan di sini untuk memohon maaf andai ada selama ini, bahasa yang tidak enak dibaca, tulisan yang keliru dan nafsu yang bercelaru. Saya juga pada masa yang sama memaafkan semua orang yang pernah melintas dalam hidup saya termasuk mereka yang pernah mengkhianati atau menganiayai saya samada secara sengaja atau tidak. Saya percaya ianya bukan terjadi secara kebetulan tetapi menpunyai maksud dan sebab tertentu. Maksud dan sebab itulah yang perlu saya gali dari sebalik ujian yang menimpa. Yang pasti, saya masih gagah berdiri dan tidak tumbang dengan ujian yang diberi kerana Allah tidak akan menguji hambaNya lebih dari kemampuan. Akhir sekali, selamat berpuasa dan jika dipanjangkan umur, kita akan berjumpa lagi di bulan Syawal.

Hari ini saya ingin kongsikan resepi rendang ayam yang sediakan untuk hidangan pagi raya keluarga saya di saat saya beraya di Masjidil Haram bersama jutaan manusia. Saya mahukan keluarga menikmati masakan saya di pagi raya. Di samping juadah raya, saya juga telah menyediakan baju raya untuk hubby dan anak anak. Saya mahu mereka gembira walaupun saya tiada di sini. Apa apa pun, sangat berterima kasih kerana hubby dan Nelly sudi membantu menumbuk semua bahan bahan. Kalau harapkan saya melakukannya seorang diri, pasti kerja nya agak memakan masa dan saya akan keletihan, maklumlah menumbuk menggunakan lesung batu ni agak menggunakan tenaga. Hubby asyik bertanya kenapa tak dikisar sahaja. Hahaha baru dia tahu yang kerja menyediakan rendang ni agak remeh dan memenatkan...




Rendang Pedas Ayam

Bahan bahan:
2 ekor ayam
11 batang serai
5 helai daun kunyit - ketepi 1/3 untuk ditabur
1 inci halia
Serbuk kunyit
1/2 inci lengkuas
8 biji bawang besar - guna 6 shj
15-20 ulas bawang merah
2 pek kecil cili boh - 1 mangkuk, pedas baru sedap
1 kg Santan - guna 2 kg santan
Garam kasar 
1 pek kerisik minyak
Gula pasir (segenggam)
2 keping asam keping

Cara cara:
Kesemua bahan dihiris dan kemudian ditumbuk kasar menggunakan lesung batu. 






Panaskan air mendidih, masukkan ayam dalam 5 minit. Angkat dan tuang air. Masukkan ayam yang dicelur ke dalam kuali bersama bahan tumbuk dan cili boh.





Masukkan santan. Bila mendidih dan hampir kering, masukkan garam, gula dan asam keping. Sesuaikan rasa dan akhir sekali, tabur daun kunyit yang dihiris halus.






Masak hingga pecah minyak. Bolehlah ditutup api.





13 comments:

  1. Perkongsian tazkirah ringkas setaip entry akak yg memberi signifikan kpd saya..

    ReplyDelete
  2. didoakan semoga perjalanan Kak Azie selamat pergi dan balik...

    ReplyDelete
  3. Selamat beribadat di sana Kak Azie...

    ReplyDelete
  4. Semoga segala urusan Azie di permudahkan... Sampaikan salam saya pada Rasulullah!

    ReplyDelete
  5. Semoga saya dapat mencontohi puan Azie

    ReplyDelete
  6. Salam, Kak Azie... saya doakan semoga perjalanan Kak Azie dipermudahkan. Semoga sy juga akan mndapat kekuatan seperti Kak Azie suatu hari nanti. Meninggalkan segala keseronokan dunia demi kehidupan di akhirat. Salam sayang dari saya untuk Kak Azie.. maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  7. nampak sedap rendang ni. mesti sedapkan

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Azie, semoga dipermudahkan segala urusan...selamat menjalani ibadah umrah dan selamat hari raya...gonna miss ur celoteh n resepi. selamat hari raya

    ummisara a.k.a edelweiss

    ReplyDelete
  9. Smoga dipermudahkan sgala urusn oleh Allah dan sihat sntiasa kt sna..slmt hari raya

    ReplyDelete
  10. Terimakasih kerana telah sudi kongsi resipi.Semoga Puan Azie d berkati selalu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.