Iklan

Iklan Nuffnang

1 Jul 2014

Kari Udang Untuk Juadah Berbuka





Hari pertama saya bekerja di dalam bulan Ramadhan, saya mengambil separuh hari petang untuk berjumpa doktor. Balik dari hospital, teringat untuk memasak Kari Udang. Jadi singgah di kedai runcit mencari santan. Balik dari sana, kedengaran azan Asar. Jadi kami singgah di surau untuk menunaikan solat Asar secara berjemaah. Hati berkata kata, betapa beruntungnya mereka yang tidak bekerja di bulan Ramadhan ini kerana boleh membuat banyak amalan soleh yang ganjarannya adalah berlipat kali ganda. Boleh mengaji pagi petang, boleh solat berjemaah di masjid, boleh memasak untuk keluarga berbuka puasa. Insya Allah mudah mudahan saya berpeluang untuk melakukan semua ini satu hari nanti. 

Hari ini saya nak kongsikan petikan kuliah Zohor Ustaz Aliff Mahari berhubung 7 golongan manusia yang akan dinaungi di Padang Masyhar. Semua makhluk pasti akan merasa mati, kita mesti mati cuma tarikh dan bila ianya akan tiba, hanya ada dalam ilmu Allah. Jadi kita kena bersedia untuk mati. Selepas mati, kita akan transit sekejap di alam barzah. Kemudian baru dibangkitkan dan menuju ke Padang Masyhar yang sangat kelam kabut untuk diadili. Siapa 7 golongan manusia tersebut? Mereka adalah:

1. Pemimpin yg adil samada peringkat jabatan, keluarga, negeri. Semua pemimpin akan dipertanggungjawab di hadapan Allah. Mereka yang adil yang akan dapat naungan Allah dan yang zalim yang mula mula diheret ke neraka. Siapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, akan diberi tanggungjawab. Rakyat pun akan dapat saham jika salah memilih pemimpin.
2. Pemuda yang usia muda dihabiskan untuk mengabdi diri pada Allah. Golongan terpilih dan sangat hebat. Allah jamin mereka akan dinaungi. Allah suka orang yang tawadduk tapi  Allah lagi suka orang kaya yang tawadduk. Allah suka orang bersedekah tapi Allah lebih suka orang miskin yang bersedekah. Allah suka orang segera bertaubat tapi Allah lagi suka orang muda yang bertaubat.
3. Lelaki yang hati nya sentiasa terikat dengan masjid. 5 waktu bersolat jemaah di masjid. Solat sunat di rumah. Solat jemaah maghrib di bulan puasa sebab orang sibuk berbuka. Menyempatkan diri dengan imam dalam takbir pertama sangat besar pahalanya.
4. Dua orang lelaki bertemu dan berkasih sayang kerana Allah. Silaturrahim, hubungan rahim iaitu adik beradik. Atau sepupu. Yang lain ukhwah Islamiah iaitu persaudaraan sesama Islam.
5. Lelaki yang bersedekah. Bila disebut lelaki, ianya  termasuklah perempuan. Yang terbaik ialah bila tangan kiti tak tahu apa yang tangan kanan bersedekah. Hanya kita dengan Allah sahaja. Sedekah berfungsi mengangkat musibah dan pintu kejahatan di sekeliling kita. Kehebatan bersedekah umpama dari sebiji benih tumbuh 1 pokok dengan 7 dahan yang setiap dahannya menghasilkan 100 biji buah. Pahalanya hanya dapat dilihat di akhirat. Sedekah paling sempurna ialah sedekah harta yang paling kamu sayang. Bagi RM1 dapat pahala RM1. Berkat sedekah kerana sedekah mampu menjaga keluarga kita. Betapa hebat bersedekah. Lebih lebih lagi bulan Ramadhan.
6. Lelaki yang diajak oleh seorang perempuan cantik untuk berzina. Seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata "Aku takut kepada Allah". Hal tersebut merupakan salah satu ujian bagi seorang lelaki, di mana wanita adalah ujian yang sungguh berat bagi kaum lelaki. Seorang lelaki yang beriman pada Allah SWT takut kepada Allah dan takut kepada azab api neraka, sehingga lelaki ini sentiasa mendapat perlindungan dari Nya.
7. Lelaki yang mengingati Allah pada waktu sunyi dan menangis. Bangun solat malam dan cuba sedaya upaya menitiskan airmata. Setitis airmata yang keluar pada waktu ini sangat mahal. Api neraka tak menyentuh mata yang menangis dan mata yang berjaga malam kerana agama. Orang munafik tak bangun sorang diri di tengah malam. Kena bebaskan hati kita dari sifat munafik. 

Ramadhan adalah masa untuk kita mencari peluang meletakkan nama kita dalam 7 golongan yang dinaungi di Padang Masyhar. Jom kita layan resepi Kari Udang menggunakan udang kuning yang juga dibeli di Pasar Besar Kota Kinabalu. Apa apa makanan laut yang dimasak kari, memang sedap. Kuahnya pun sangat sedap dan boleh dicicah roti dan makan begitu sahaja...





Kari Udang

Bahan bahan:
Udang
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 paket rempah kari udang
1 pelepah daun kari
4 batang cili padi
Garam
Gula

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris. Masukkan pula cili padi yang dipotong kecil. Kemudian masukkan rempah kari dan kacau dengan cepat supaya rempah tidak hangus. Setelah berbau wangi, masukkan sedikit air.

Masukkan daun kari dan terus dikacau sehingga rempah terbit minyak. Setelah itu, baru masukkan santan. Apabila santan mendidih, baru dimasukkan udang dan masak sehingga udang masak.

Akhir sekali, masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api dan sedia untuk dihidangkan.


10 comments:

  1. ooonomnom itu dia akak kite masak lagi :D dalam family CT sorang saja yang makan curry. ayah eventho orang penang pun tak makan kari. sedapnyaaa tengok udang tu aigooo.

    ReplyDelete
  2. salam..perkara 6 tu boleh bagi pencerahan? macam tergantung. takut nanti salah tafsiran :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Terima kasih atas maklumbalas

      Delete
  3. Nak cubalah...kat perantauan..semua kena google la nak makan apa..hehe

    ReplyDelete
  4. Assalam kak..tq kak..berguna betul menu ni..smalam wat sedap gak jadiknya..huhuh..

    ReplyDelete
  5. Dah siap masak kari udang. Cuma daun kari xda..sedap..kena dgn selera..

    ReplyDelete
  6. assalam kak azie,

    i am sofea..sy mmg minat semua resepi akak..semua sy dh cuba masak..memang sedap sngt..banyak yg puji sy..tqvm kak

    ReplyDelete
  7. Salam kak azie.. Terima kasih sudi berkongsi ilmu masakan. Hampir 90% resepi yg saya guna untuk memasak dari blog kak azie.suami dan family memang puji sedap.minta halalkan segala ilmu yg saya ambil dari blog ni ye..

    ReplyDelete
  8. salam.. boleh ke saya gantikan rempah kari udang dgn rempah kari ikan?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.