Iklan

Iklan Nuffnang

8 Jul 2014

Gulai Ikan Tongkol Untuk Nasi Dagang






Saya kongsikan di sini sedikit petikan tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Adli berkenaan kepentingan mempunyai ilmu dalam beramal. Dikongsikan bahawa Nabi Muhamad SAW sempat melalui 8 kali Ramadhan. Baginda hanya bangun bersolat malam 7 hari sebelum Ramadhan berakhir. Barang siapa bangun dan qiam bersama imam. Anda dapat pahala beribadah sepanjang malam. Tak perlu bangun lagi pun tak apa. Itu sebab kena ada ilmu supaya tahu cara beribadah. Jangan sampai memenatkan badan sendiri. Apa apa solat yang dibuat sebelum tidur dikenali sebagai Qiam. Kalau selepas tidur, akan dipanggil tahajjud. Kelebihan melakukan Qiam bersama imam adalah anda dapat pahala beribadat sepanjang malam. Pahala qiam berjalan sepanjang malam walaupun kita sedang tidur. Jadi jangan sesekali balik meninggalkan solat terawih sebelum imam menamatkan solat witir pada malam tersebut. Rugi kerana tidak mendapat pahala beribadah sepanjang malam.

Saya paparkan sekali lagi resepi untuk menyediakan Gulai Ikan Tongkol yang dihidangkan bersama nasi dagang Terengganu untuk memudahkan rujukan di masa depan. Gulai ini memang perlu dimasak agak lama sehingga ianya benar benar pecah minyak. Jadi untuk mula mula, biarkan agak cair kerana setelah lama dimasak, ianya akan menjadi pekat. Jika pekat, ditambah lagi air dan ulang lagi memasak sehingga mencapai kepekatan yang disukai. Jika dibuat begini berulang ulang kali, kuahnya akan menjadi lebih sedap.

Tapi seperti biasalah anak anak tak berapa suka lauk ikan tongkol ni. Hanya saya yang menggemarinya. Jadi kalau hari hari biasa, saya memang tak bolehlah memasak lauk ni. Kalau makan nasi kerabu sekali pun, saya pasti mengambil lauk ini sebagai lauk nasi kerabu. Apa apa masakan yang menggunakan ikan tongkol rebus, memang menjadi kegemaran saya. Syaratnya ikan tongkol mesti direbus dan dibiarkan semalaman. 



Gulai Ikan Tongkol
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor ikan tongkol hitam (lebih kurang 1 kg) 
1 kotak santan kotak  - air secukupnya
3 sudu besar cili kering kisar - tambah jika suka pedas
1 pek rempah gulai cap bunga rose (bancuh dg sedikit air)
8 gram rempah masak cap bunga rose 
2 keping asam keping
2 sudu besar gula melaka/gula atau secukup rasa
10 biji cili api
6 - 7 biji belimbing buluh
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
10 ulas bawang merah 
4 ulas bawang putih 
1 inci halia 
2 hiris lengkuas 

Cara cara:
Ikan dibersihkan kemudian direbus bersama 4 keping asam keping dan garam sehingga airnya tinggal separuh. Kalau rebus dan dibiarkan semalaman, lagi sedap. 

Dalam periuk lain panaskan minyak, tumis bahan bahan kisar, cili kisar sehingga garing dan masukkan rempah gulai dan goreng lagi sehingga naik bau dan pecah minyak. Nota: Resepi asal Terengganu, santan dimasak sehingga pecah minyak sebelum dimasuk bahan kisar dan serbuk.







Masukkan santan, kacau sehingga hampir pecah minyak. Masukkan ikan, asam, gula Melaka dan garam. Terus merenih sehingga pecah minyak dan agak pekat.  

Masukkan cili padi dan belimbing buluh. Renihkan sebentar. Bolehlah angkat dan dihidangkan.





Gulai ni lebih enak jika dibuat lebih awal.  Jika nasi dagang untuk sarapan, gulai boleh dibuat malamnya. Keesokan harinya gulai nya nanti lebih enak dan wangi serta cantik naik minyak nya.



15 comments:

  1. as salam azie, gulai ikan tongkol mmg menyancam lagi2 tengok cilipadi kat atas tu perhhhhh...

    ReplyDelete
  2. Gulai ikan tongkol mmg sangat sedap. Kalau tak ada rempah cap bunga rose tu, saya gunakan rempah biasa...tapi rasanya kurang ummphh! :-)

    ReplyDelete
  3. Ikan tongkol selalu saya goreng je.. lepas ni nak cube resepi akak la.. jom lawat blog saya :)
    www.jomsihat4u.com

    ReplyDelete
  4. Sedapnya kak.. terliur saya dibuatnya.. :)

    ReplyDelete
  5. saya terfikir2 pasal gulai ni sebab baru first time beli ikan tongkol. Sekali muncul pulak resipinya.. Thanks alot for the receipe + tips2 nya sekali :)

    ReplyDelete
  6. mana boleh dapat gulai cap rose tu kak?pernah cari kat psr ct khadijah
    tp tkde pun

    ReplyDelete
  7. Selain dari gulai cap rose ni...cap apa lg yg sesuai ya...

    ReplyDelete
  8. Bila terbaca rempah cap bunga rose terus terbantut idea.Serbuk kari ikan takleh guna ker?

    ReplyDelete
  9. Baru je buat gulai utk nasik dagang hidangan raya. Punya la lama tunggu santan pecah minyak. Tp berbaloi sedapnya.

    ReplyDelete
  10. Sedap, dh try.. Tq azie..

    ReplyDelete
  11. Tq 4 sharing...saya memang suka ikan tongkol.

    ReplyDelete
  12. Mmg best gulai ikan tongkol nie
    Kak azie nk share yeerr
    Terimakasih bnyok dh kongsi resipy

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.