Iklan

Iklan Nuffnang

12 Jul 2014

Ayam Panggang Berempah






Saya mengambil cuti awal kerana ingin mengambil peluang berehat dari urusan kerja di bulan Ramadhan. Lagi pulak, Ramadhan adalah bulan di mana terdapatnya pesta ibadah. Saya tidak mahu ketinggalan kerana amat rugi jika tawaran dan hadiah Allah ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya dengan ibadah. Kita tidak dapat mempastikan samada kita akan bertemu Ramadhan lagi di tahun hadapan. Jika ini adalah Ramadhan terakhir, biarlah ianya yang terbaik dalam hidup kita. 







Sebelah pagi saya ke Sg Buloh menghantarkan sumbangan wang dan barang barang dari rakan rakan sepejabat ke Rumah Anak Yatim Kasih Harmoni dan Rumah Maahad Tahfiz At Taqwa. Saya gembira kerana diberi peluang untuk sama sama mendapat pahala dengan tugasan ini. Sekembali ke rumah saya terpandang resepi Ayam Panggang dari Dapur Mina. Terus menyalin resepi dan meminta hubby membelikan ayam. Saya memerap ayam 3 jam sebelum ianya dibakar. Klik di SINI untuk melihat Ayam Panggang Yoghurt kegemaran saya. 





Jom kita tengok resepi yang mudah ini dan sedap juga dimakan dengan nasi minyak atau dengan nasi putih biasa atau diratah begitu sahaja... 



Ayam Panggang Berempah

Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 4
2 biji kentang - belah 2
2 biji bawang besar - belah 2
2 biji tomato
2 batang serai - ketuk
1 paket rempah kari - guna Babas
Sedikit minyak masak
2 sudu besar mentega atau marjerin
Serbuk perasa
Garam
Aluminium foil

Bahan-bahan kisar:
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit - serbuk kunyit
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
5 tangkai lada kering - boleh
1 sudu kecil ketumbar
1/2 sudu kecil jintan kasar
1/2 sudu kecil jintan halus
1/2 sudu kecil lada hitam - jika suka
Sedikit air.

Cara cara:
Cuci ayam bersih-bersih. Cucuk badan ayam dengan menggunakan garpu supaya rempah lebih meresap dan mesra.

Panaskan oven terlebih dahulu. Kemudian, Bahan kisar tadi dimasukkan ke dalam mangkuk. Campurkan dengan rempah kari, serbuk perasa dan garam. Gaul rata.

Kemudian, lumurkan pada ayam yang telah dicucuk tadi. Letak ke tepi dahulu.

Sediakan loyang untuk membakar. Tuangkan sedikit minyak ke dalam loyang tersebut. Susun ayam yang telah dilumur dan diperap tadi. Ambil serai yang telah diketuk tadi, dan siat lalu diselitkan pada susunan ayam.





Kemudian, susun bawang besar dan kentang yang telah dibelah tadi serta tomato. Susun sebiji sebiji macam dalam gambar di atas.

Kemudian, renjiskan mentega atau marjerin ke atas ayam tadi. Jika suka manis, anda boleh renjiskan sedikit madu ke atas ayam tadi.

Ambik aluminium foil, balut atau tutup permukaan loyang pembakar itu. Ini adalah untuk memerangkap haba sepenuhnya semasa proses pembakaran berlaku. Daging ayam tidak akan kering kerana jusnya terperangkap di dalam balutan aluminum foil.

Masukkan ayam yang telah disediakan dengan sempurna tadi ke dalam oven dengan suhu 170-180 darjah Celcius. Selama 2 jam. 

Saya bakar hanya 1 jam 30 minit sahaja. Jika suka ayam yang garing, bolehlah keluarkan aluminium foil dan bakar seketika lagi sehingga permukaan ayam agak garing.





Nota:
Jus yang keluar dari hasil ayam tadi sangat sedap.


11 comments:

  1. saya amik resepi kak azie yer... nak cuba...

    ReplyDelete
  2. tq for sharing resepi kak...boleh cuba buat nanti...

    ReplyDelete
  3. Selalu follow blog akak. Sedap dan mudah resepi2 nya..

    ReplyDelete
  4. wah nampak sedap. nampak macam ayam percik ayamas pun ada :) saya pinjam resipi untuk buat lauk berbuka hari ni ye. terima kasih, kak azie.

    ReplyDelete
  5. Sedapnyer resepi nie, boleh cuba.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kak..sebab blog akak ni saya mula mempelajari pelbagai resepi...

    ReplyDelete
  7. Dah try.. Sangat sedap.. Recommended

    ReplyDelete
  8. Jom tgk blogs sy www.momstoreretail.blogspot.com pel bagai supplemen semulajadi 012 7646324

    ReplyDelete
  9. Sy tggl di tnh arab. Pning nk msk tuk bbuka. Tu sy mcuba rsepi ni n sdg mbkr tu... xsbr nk rsa...

    ReplyDelete
  10. TQ..dah cuba resepi ni...sedap.Saya guna ayam kampung.Anak anak minta buat lagi...

    Siti Salmah Osman

    ReplyDelete
  11. Sis sy mtak ye resepi ni..mudahan sis sntsa maju jaya dunia akhirat aminnn

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.