Iklan

Iklan Nuffnang

12 Jun 2014

Kulat Sisir Goreng Telur Yang Sangat Sedap






Teringat zaman kanak kanak di mana kami akan masuk ke hutan mencari pelbagai jenis kulat dan cendawan. Pada masa tu, banyak bahan makanan di rumah kami samada di tanam sendiri atau dicari di hutan hutan sahaja. Kulat sisir banyak terdapat di batang kayu balak di ban tembakau berhampiran kampung. Di situ lah saya memanjat batang balak untuk mengutip kulat sisir. Selain kulat sisir, saya juga gemarkan kulat gelam yang rasanya kelat dan pahit tapi sangat unik dan eksotik. Itulah saya seorang anak kampung yang sangat adventurous dan merasai semua pengalaman yang dilalui anak anak kampung.




Kulat sisir ini dibeli di Pekan Jelawat sewaktu kami balik kampung sempena majlis pertunangan Kak Teh baru baru ini. Saya hanya membeli 1 tin sahaja kerana risau kot ianya tak dapat disimpan lama. Saya diajar supaya menjemur supaya tahan lama. Jadi selama 2 hari juga ianya dijemur kerana tak berkesempatan untuk memasaknya selepas balik dari kampung. Setiap hari tiba di rumah agak lewat. Akhirnya, saya terpaksa meminta Juita memasaknya dan membawa bersama ke JB. Dalam perjalanan, saya dan Aween meratah sehingga habis. Memang sedap sangat sangat dan mengimbau kembali zaman kanak kanak dahulu.

Jom kita tengok cara penyediaan Kulat Sisir goreng dengan Telur yang saya sediakan di bawah ini..,.



Kulat Sisir Goreng Dengan Telur

Bahan bahan:
I tin susu kulat sisir
4 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
4-5 biji cili padi - potong kecil
2-3 biji telur ayam
Garam

Cara cara:
Rendam kulat dengan sedikit air dan garam untuk membuang kotoran. Basuh dan tos sehingga kering.

Tumis bawang yang dihiris sehingga wangi. Masukkan kulat yang ditos dan goreng sehingga air kering.

Masukkan cili potong dan garam. Akhir sekali, masukkan telur yang telah dipukul sedikit. Kacau rata sehingga bergaul rata dan telur masak. Angkat.


10 comments:

  1. fuh..kecur liur...lama tak makan kulat sisir..kat kampung kalu rajin cari dapat berbesen2 free je..

    ReplyDelete
  2. sedapnyerrr....tp susah nk dapat la kulat sisir ni kan...

    ReplyDelete
  3. Sy suka kulat sisir ni...klu arwah mak ada,confirm buat masa tumis cili api....teringat zaman kanak2 bila nmpk post akak ni......

    ReplyDelete
  4. bestnya kulat sisir nie...klu kat Perak diaorg selalu masak gulai lemak, tapi kuahnya pekat...

    ReplyDelete
  5. Lama betul x mkn kulat ni...dulu ms sy budak2 suka ikut nenek cari kulat..wat kerabu

    ReplyDelete
  6. Kecurnya. time2 posa ni la macam2 dugaan

    ReplyDelete
  7. Sy pun sama masa kecik dulu mak selalu buat.. ari ni nak buatlah suami ada beli kat pasar chow kit smlm..

    ReplyDelete
  8. Mana nk cari kulat sisir ni ye?teringin plak tgk...sy penggemar cendawan.sy dok d shah alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba cari di Pasar Tani kt stadium

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.