Iklan

Iklan Nuffnang

29 Jun 2014

Ikan Kerapu Stim Ala Thai





Ikan Kerapu ini adalah ikan yang saya beli semasa kunjungan ke Kota Kinabalu minggu lepas. Saya banyak membeli ikan kerapu yang terdapat berbagai spesis kerapu di sana termasuklah Ikan Kerapu Bara yang berwarna merah. Saya menyediakan ikan kukus ala Thai untuk hidangan tengahari anak anak sehari sebelum menjelang puasa di bulan Ramadhan.

Sebaik sahaja siap memasak, kami terus ke Sg Buloh bersama jiran kami Dato Khalil dan isteri untuk mengunjungi rumah anak anak Yatim di sana. Ini adalah kunjungan pertama saya ke rumah yang terdapat ramai anak anak yatim yang masih kecil sedari umur 3 tahun. Masih teringat seorang anak kecil datang menghampiri saya untuk mengambil gambar bersama. Sesunguhnya mereka juga seperti anak anak kecil lain yang memerlukan belaian ibubapa untuk bermanja. 





Inilah kali pertama saya dapat mengusap rambut mereka. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad daripada Abu Hurairah: “Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah mengadu mengenai hatinya yang keras, lantaran Baginda bersabda: berilah makan kepada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim.” Menyapu atau mengosok kepala anak yatim adalah sebagai tanda kasih sayang kepada mereka. Anak yatim ialah anak yang kematian bapanya sebelum dia baligh. Anak yatim kehilangan tempat bergantung kerana kehilangan bapa yang mencari rezeki atau pendapatan untuk menyara hidup mereka. Disunatkan mengusap kepala anak yatim dimulai dari bahagian belakang hingga ke hadapan kepala. Dalam hadis disebut “sesiapa yang mengusap kepala anak yatim kerana sayang, maka Allah mencatat baginya dengan setiap rambut yang tersentuh tangannya satu kebaikan, serta dengan setiap rambut itu akan menghapus satu dosa darinya dan menaikkan satu darjat.

Saya menyediakan masak stim selepas teringatkan ikan masak stim yang dimakan semasa berbuka puasa di Restoran Muhibbah tahun lalu yang sangat sedap. Saya boleh meratah begitu sahaja. Jom kita tengok resepi ikan kukus yang sangat sedap ini, lebih lebih lagi menggunakan ikan kerapu segar...



Ikan Siakap Masak Stim Ala Thai

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - belah depan
2 batang serai - ketuk
1 biji bawang besar - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
8 biji cili padi - ketuk
2 inci halia muda - hiris panjang 
1 kiub pati ikan bilis
3 biji limau kasturi/nipis - hiris dan juga perah jus
5 helai daun limau purut - buang urat & hiris kasar
2-3 biji bawang putih jeruk - buang kulit
1/2 batang saderi - hiris nipis

Bahan Sos:
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap cair
3-4 sudu besar sos tiram
Sedikit air

Bahan Lain:
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
Garam
Gula/serbuk perasa

Bahan Tabur
Daun ketumbar, daun bawang - hiris
1 biji cili merah - hiris 

Cara cara:
Panaskan air dalam pengukus sehingga mendidih. Masukkan semua bahan hiris dan bahan sos ke dalam pinggan pengukus. Letakkan bahan hiris sebahagian di bawah ikan.






Kukus dalam 5-10 minit atau sehingga ikan masak. Masukkan air bancuhan tepung dan garam serta gula. Rasakan dulu masinnya, sebelum ditambah garam. 






Kukus lagi dalam 1 minit. Tutup api dan tabur cili merah dan daun ketumbar.  Bolehlah dihidangkan. 






22 comments:

  1. adooooiyai telan air liur saja kerja kalo nyinggah sini..
    masak stim paling senang kan kak.. kalo CT tengah nak diet nasi seminggu ke selalunya masak singgang and stim saja.. CT suka letak bunga kantan. makan tak reti tapi kalo stim ke sup ke suka rasa bunga kantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka juga bunga kantan. Kalau ada stok, letak juga.

      Delete
    2. Thanks admin for the share. I dh try dh recepi u. Menjadi and sedap. I suke. hehe. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

      >>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

      Delete
  2. Terima kasih akak sebab share resipi yang sedap ni, insyaAllah nak cuba juga nanti.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya tengok masakan yang dipaparkan dalam blog ini..lagi-lagi masakan Kelantan. Blog ni menarik kerana banyak resepi dari Kelantan.Boleh dibuat rujukan bila nak merasai masakan Kelantan. Good Luck

    ReplyDelete
  4. Haluuuuuuu. .......

    Bila nk buka resyoren kak...kita x thn nk serbu nih

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing.. Kak Azie.
    Sebenarnya dah lama saya nak belajar masak tapi tak sempat nak pergi kedai buku. Since dah ada blog akak yang macam koleksi chef ni. Jadi saya minta Izin untuk belajar beberapa resepi di blog Kak Azie ini. Semoga akak izin dan halalkan ye. Hanya Allah saje yang dapat membalas budi baik akak. In Sha Allah. Amin.

    ReplyDelete
  6. resipi kak azie kitchen memg terbaik..biasanya kalo nak masak mesti ikut resepi kak azie..harap nti watlah satu blog atw website semua resipi atw buku resipi ke?!

    ReplyDelete
  7. Assalam kak.. trima kasih kongsi resepi.. memandangkan bahan pakai je yang kt umah ni saya pon main2 campak ape yang ada tapi baes on resepi akak jugak.. harap2 sedapla jugak rasa nya... selamat berpuasa kak

    ReplyDelete
  8. Memang ohsem, mabeles, sedap... emmmm!!!! Xtw nak ckp ape lg dah... resepi akan sy guna bila nk wat msk stim lain kali... sy guna ikan talapia merah

    ReplyDelete
  9. Menu utama hari....InsyaAllah. stim kerapu

    ReplyDelete
  10. sedapnyeee..menyalin resepi pon dah telan liur!

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum.. Kak saya nak tanya. Kalo tak ade sos ikan boleh ganti dgn ape ye?

    ReplyDelete
  12. Resepi ini menggunakan ikan kerapu atau ikan siakap? Mengapa jenis ikan tiba-tiba bertukar dan tak sama seperti yang tertera di tajuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh shj guna ikan siakap atau kerapu. Bawal pun boleh juga

      Delete
  13. Klau xde daun saderi n bawang putih jeruk bole ke? sbb xde ��

    ReplyDelete
  14. Boleh. Tapi lebih ummp kalau ada

    ReplyDelete
  15. Salam... Saya dah try. Anak2 dan suami suka. Saya asingkan cili padi. Tak masak sekali hehehe. Tq kak!

    ReplyDelete
  16. Terima kasih kak
    Dah cuba..sedap..suami dan anak pn suka..

    ReplyDelete
  17. Assalam Pn. Azie.
    Tiba2 teringin nak makan ikan masak stim. So searched google. Jumpa blog puan. Salin resepi dulu. Entah bila nak buat sebab kena lengkapkan bahan2 dulu.
    Terima kasih. Maklumat dan gambar cukup jelas. Tahniah.

    ReplyDelete
  18. Terima kasih..nak buat menu buka puasa arini...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.