Iklan

Iklan Nuffnang

28 May 2014

Nasi Goreng Ikan Bilis Yang Mudah Tapi Sedap





Takziah di atas kemangkatan Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah kepada keluarga baginda. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh baginda. Ameen. Saya memang suka mengikuti perkembangan keluarga Diraja Perak terutama Tuanku Bainun dan Raja Eleena yang sangat anggun dan sentiasa tampil menawan. Hari ini nak share pasal resepi nasi goreng ikan bilis ala nasi goreng kampung ringkas yang juga merupakan nasi goreng kegemaran saya. Saya memang seorang yang berselera simple sahaja. Maklum dari kecil sehingga menamatkan persekolahan, saya dibesarkan di kampung. Saya memang bangga menjadi anak kampung kerana akhirnya saya juga berjaya membina kehidupan sendiri di bandar. 

Semasa kecil, saya selalu mengimpikan untuk menjejakkan kaki ke Kota London kerana ada satu keluarga di kampung kami yang 2 orang anak mereka berjaya melanjutkan pengajian ke London. Masa itu, usahkan London, anak anak kampung yang berjaya masuk universiti di KL pun boleh dikira dengan jari jer. Masih saya ingat ketika itu, anak anak gadis tiada yang memakai seluar panjang. Mereka yang memakai seluar panjang telah dikira sebagai seorang yang moden. Ke sana ke sini, hanya memakai kain sahaja. Apa apa pun zaman sudah berubah, kini ramai sekali anak anak di kampung saya yang telah mempunyai kelulusan universiti. Satu perubahan yang sangat membanggakan. Malahan, anak anak buah saya boleh dikatakan sebahagian besar berkelulusan universiti.

Hmm kita tinggalkan lah dulu bab kampung, sekarang kita layan resepi nasi goreng versi kampung yang sangat menggamit kenangan. Lagi banyak ikan bilis digunakan lagi sedap. Nana pun pandai menyediakan nasi goreng ini dan rasanya lebih sedap kerana dia pandai menyesuaikan bahan yang diperlukan dengan kuantiti nasi. 




Nasi Goreng Ikan Bilis
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 mangkuk besar nasi putih
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2-3 sudu besar cili kisar - ikut pedas disukai
Segenggam ikan bilis - tumbuk seketika jer
2 biji telur
Sayur kubis/kacang panjang
Garam

Cara cara:
Tumbuk bawang bawang dan masukkan cili kisar. Gaul rata. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak.

Kemudian, masukkan pula ikan bilis yang ditumbuk kasar sehingga agak masak, masukkan sayuran. Kacau seketika.

Masukkan pula telur dan kacau rata sehingga telur hampir masak, terus tuangkan nasi. Kacau sehingga rata dan taburkan garam. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api. Sedia untuk dihidangkan.




13 comments:

  1. salam kenal kak azie..simple tapi nampak sangat menyelerakan.

    ReplyDelete
  2. assalamualikum kak azie,,, woww nampak menyelerakan nasi goreng tuu, terima kasih sharing resepinya.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kak...thanks bg resepi kta..mama kmi bgga dpt resepi dr kta......nyman btul smua resepi....

    ReplyDelete
  4. sedapnya petang ni nak buatlah untuk anak-anak nasi semalam ada tak habis..selalu masuk sini intai esepi..TQ :)

    ReplyDelete
  5. assalamulaikum, sye cuba buat n sgt sedap. kakak sye pon suke, nk tanye kalo buat utk jual,mcm mne2 kuantiti bhn2 tu?

    ReplyDelete
  6. macam nasi goreng mak, makan bila balik kampung je sbb tak pernah cuba masak sendiri hehe

    ReplyDelete
  7. Nak kena goreng ikan bilis dulu ke?

    ReplyDelete
  8. As salam Kak Azie...apa khabar, just nak bagitau hari ni saya masak nasi goreng kak Azie ni jer...Dah tinggal berdua dengan anak yang kecik je...abang2 ada kelas fardhu ain. Simple n sedap, itu yang penting...hee

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum..Alhamdulillah saya pn dh cuba mmg sedap.terima kasih kak azie share resipi..:)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.