Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

22 Mei 2014

Nasi Goreng Cina Yang Sedap




 
 
Saya menyediakan nasi goreng ini dah agak malam. Walaupun gambarnya tidak nampak menawan tapi rasa nasi gorengnya memang sedap. Saya melihat cara penyediaan nasi goreng ini dalam youtube seorang selebriti. Terpesona dengan kepetahannya bercerita sambil menggoreng nasi menyebabkan saya melihatnya sehingga selesai. Sebenarnya bahan yang digunakan hampir sama sahaja dengan bahan yang biasa kita gunakan. Cuma tekniknya yang mungkin sedikit berbeza seperti telur digoreng garing sebelum dimasukkan nasi. Sebelum ini saya biarkan separuh masak, dan terus masukkan nasi supaya telur bersalut dengan nasi goreng.

Kalau ada yang nak mencuba bolehlah tengok resepi di bawah. Seperti biasa lah memasak ni, tak perlu sukatan bahan yang tepat. Semua boleh main agak agak, kalau rasa tak cukup, boleh jer campak lagi. Lagi banyak rencah yang digunakan, lagi lah sedap. Jom kita tengok resepinya di bawah ini....





Nasi Goreng Mentega
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 mangkuk nasi putih
1 - 2 sudu besar mentega
Minyak masak
Minyak bijan
3 - 4 ulas bawang putih - tumbuk
4 ulas bawang merah - hiris
Isi ayam - potong kecil
Udang secukupnya
1 sudu besar lada sulah - tumbuk
2 biji telur

Bahan Sayuran:
Karot - potong dadu
Cili padi - hiris
Sayur kubis - hiris panjang
Daun bawang - hiris halus

Cara cara:
Masukkan mentega ke dalam nasi dan kacau sehingga bergaul rata.

Panaskan minyak dan minyak bijan, tumis bawang putih, diikuti dengan bawang merah. Kemudian masukkan ayam dan karot. Masukkan sedikit air untuk menghentikan bawang dari terus masak.

Masukkan pula udang, cili padi dan  lada sulah. Ketepikan semua bahan, tuangkan telur dan kacau rata sehingga telur betul betul masak. Jika nampak kering boleh tambah minyak.



Masukkan garam dan gula. Kemudian masukkan nasi yang telah digaul dengan mentega tadi. Kacau rata lagi. 

Akhir sekali, masukkan sayur kubis dan daun bawang. Kacau rata dan biarkan sayur agak lembut, tutup api. Sedia untuk dihidangkan.



28 ulasan:

  1. Sedapnya Kak Azie..mcm nk msk nasi goreng je utk berbuka nnti :-)

    BalasPadam
  2. Kena try ni kak..sedap nmpak gayanye..

    BalasPadam
  3. Erm tekniknya lain...seperti gaul nasi dengan mentega tu tak pernah buat...nanti boleh cuba esok untuk breakfast!

    BalasPadam
  4. Sedapnya...nanti nak kena cuba ni

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah... Sedap!! Saya da try td.

    BalasPadam
  6. Serious sedap!!!! Dah buat td.....habis licin!!!!! Bau fuh semerbak!!!!!

    BalasPadam
  7. Yes!! Ada bhn dlm peti..boleh try pagi esok....tq k.azie

    BalasPadam
  8. terimakasih infonnya sangat bermanfaat :)

    BalasPadam
  9. Thnks k.azie..br lpas try..memg sdap..

    BalasPadam
  10. Menarik sekali.. nasi gaul dengan mentega...

    BalasPadam
  11. dh try mmg sedap... tq kak azie... terbaek laa..

    BalasPadam
  12. Ianya sngt sedapppp.. mm dap😂 Thnk kak zie

    BalasPadam
  13. sangat sedap..tengok saja dah cukup menyelerakan..tq.

    BalasPadam
  14. In shaa Allah nk cuba utk sajian mkn mlm ni ...

    BalasPadam
  15. mmmmm maca sedap je gaul dgn mentega dulu..

    BalasPadam
  16. Akak, terima kasih sbb share resepi yg sedap2 disini. sy berniaga sambilan diofis dgn google resepi akak je. alhamdulillah.. sedap.ramai yg puji.pelanggan pun puas ati.terima kasih yea kak

    BalasPadam
  17. Dah cuba.. memang sedap.. terima kasih kak Azie.. minta halal resipi nya ya 😍

    BalasPadam
  18. Habis tu mana resipi nasi goreng cina sedap nya?

    BalasPadam
  19. Suke tgk resepu dr azie :)

    BalasPadam
  20. minyak bijan ganti minyak zaitun... blh tk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh juga. Tapi rasa minyak bijan lagi sedap

      Padam
  21. Nampak menyelerakan...nak buat untuk berbukalah...tapi ikut bahan2 yg ada kat dapur...tk sis

    Jemput ke blog saya

    http://www.mamavitashoppe.wordpress.com

    BalasPadam
  22. Alhamdulillah..sis azie dah try tadi resepi ni..cuma nasi tak pakai mentega pakai planta...anak2 suke...sedap
    ..tk ye share resepi...:)

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.