Iklan

Iklan Nuffnang

6 May 2014

Kek Minyak Gebu Dan Sedap






Telah lama saya teringin membuat Kek Minyak selepas terpandang kek yang disediakan sahabat saya, Nikee dari Laman Dapur Helen. Tapi keinginan terpendam gitu jer selepas disahkan allergik dengan tepung gandum. Kini selepas lebih 9 bulan berlalu, allergik saya beransur pulih, saya mula membuat dan makan kek semula walaupun dalam jumlah yang sedikit. Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk menikmati makanan kegemaran saya. Cuma udang dan ketam masih saya ketepikan. Lagi pulak, umur macam saya ni, saya dah puas menikmati semua makanan laut yang sedap sedap. Inilah masa nya saya berhenti demi untuk kesihatan diri.





Kek ini saya sediakan selepas balik dari Tropicana Medical Centre menemani Boy yang menjalani prosedur sinus. Di samping itu, saya juga menemui doktor pakar untuk rawatan susulan. Hmm lepas satu persatu masalah kesihatan yang timbul walaupun tidak serius tapi memerlukan langkah penjagaan awal dari segi pemakanan dan senaman. Saya dinasihatkan supaya melakukan sedikit aktiviti ringan seperti brisk walking.





Terus terang, sekarang ini saya merasakan diri seolah mengejar waktu yang tertinggal di masa masa lalu. Terasa persediaan yang jauh dari mencukupi. Saya berdoa memohon ruang masa dan mencari peluang sebanyaknya di waktu waktu tersisa, tiada masa lagi untuk bersuka ria. Tidak ada waktu untuk disiakan dengan aktiviti yang tidak memberi manafaat. Al Quran kini adalah teman setia saya yang mendampingi sepanjang hari. Semoga kecintaan ini akan selamanya kekal di dalam diri saya. Insya Allah, Ameen.

Berbalik kepada Kek Minyak ini, memang sangat gebu dan moist. Saya makan ketika masih panas panas kerana dah tak sabar untuk menunggu ianya sejuk. Saya menghulur sedikit kepada jiran saya yang sangat baik hati. Ke mana sahaja pergi, ada sahaja buah tangan yang dihulurkan kepada kami. Beruntung mempunyai jiran yang baik dan berbudi bahasa pulak. Sementara naik ke bilik, saya menjamah lagi sekeping kek yang telah sejuk. Aduhaaii gebu dan sedap sangat. Sangat sesuai kemanisannya dengan citarasa saya. Hahaha saya memang suka kek kosong ala kek kampung begini. Terbaeekk...



Kek Minyak Yang Sedap

Bahan-bahan:
5 biji telur
1/2 cawan gula kaster
2 cawan tepung gandum 
1 sk baking powder
1 cawan susu pekat 
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit perisa yang disukai - tak letak
Sedikit pewarna kuning, merah dan biru

Cara-cara
Ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan. Lenser loyang kek dengan mentega. Alaskan dengan baking paper.

Pukul telur bersama gula dan ovallate sehingga kembang. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap. Masukkan minyak dan perisa sambil dipukul sekadar untuk adunan bergaul rata.

Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit sedikit. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan kepada 3 adunan lebih kurang 320 gram setiap warna. Tuangkan ke dalam loyang saiz 8 atau 9" dan corakkan warna ikut kreativiti masing masing.





Bakar hingga masak pada suhu 170C selama 50 minit atau sehingga masak. Saya bakar selama 40 minit sahaja. Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.






26 comments:

  1. Dua kali dah saya jenguk sini hari ni jer, menatap kek gebu gebas ni sambil telan liur, nak buat sendiri tak cukup bahan buat masa ni. Bersabar jer la skang ni hihi.

    ReplyDelete
  2. Cantiknya la warna kek ni..Nmapk pon dah sedap ape lagi rasanya kan. Suke sangat tengok menu2 yang Puan Azie masak,,

    ReplyDelete
  3. Hi Kak Azie! I love the bold colours of your cake. The texture looks very fluffy.

    ReplyDelete
  4. Salam ziarah Dan ukhwah. Kombinasi warns yg menarik, Kek mmg sedap.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum Kak Azie, saya ada juga cuba resipi yang akak kongsi.

    Thanks ya.

    Tapi nak tanya ni, macamana akak tau yang sah alergi tepung gandum? ada cara ke untuk doctor tau kita alergi apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ambik darah dan buat allergik test.

      Delete
  6. Gebunya.. Nampak sedap..bahan pon mudah.nk try la! Tq share resepi! :)

    http://ourlovebonding.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Salam sy nk ty klu kukus blh x? Agk2 jd x

    ReplyDelete
  8. Salam kak.. Saya salin resepi ye. X pernah buat lagi kek ni

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum puan,

    Baru tadi saya cuba resepi puan with some alteration : omit ovalette dan asingkan putih telur dan dipukul sehingga stiff peak. hasilnya tetap gebu dan sedap!terima kasih puan atas perkongsian.

    ReplyDelete
  10. As salam

    Terima kasih sis atas perkongsian ilmu ni...mmg senang dan mudah

    ReplyDelete
  11. Salam..kak Azie..pagi-pagi subuh bersemangat nak try resipi ni. Alhamdulilah..berhasil. Cm diana tak buat clor pelangi lagi. diana buat perasa pandan jer. next time try clor pelangi pulak. Tq di atas resipi ini.

    ReplyDelete
  12. As salam...
    Tengok gambar pun dah terliur.
    Kek yang sempoi..sedap..tak jemu dimakan..nyumnyum.

    jemput singgah blog saya ya.
    http://zaizamrichvitashop.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. slm tgk pun dh menarik tertarik mohon share yer...tq

    ReplyDelete
  14. kaler cantek...hmm yummy...

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum....saya dah mencuba resepi kek ini...Alhamdulillah menjadi terima kasih berkongsi resepi

    ReplyDelete
  16. Saya dah buat petang tadi. Hasilnya sgt gebu dan moist. Nampak macam kering. Tapi bila makan.. tak mengkelan (tercekik) pon. Dan sgt lah menyerlah warnanya. Saya buat kaler purple, pink, oren.

    ReplyDelete
  17. Sy br siap buat ikut resepi akak..menjadi..hihi..
    Sy mmg suka follow resepi mskn drp akak.. T.kasih sbb kongsi resepi..

    -Shikin

    ReplyDelete
  18. Yupp alhamdulillah mnjadi, sy dah cuba smalam..sngat gebu n sngt sdap :)

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum kak azie...nak tnya..sukatan cawan tu..ikut cawan biasa ke atau mcmna yer? Hhhuhuhu saya baru belajar bab2 kek ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Guna cawan standard. Beli di mana mana supermarket atau kedai menjual peralatan membuat kek.

      Delete
  20. Bru siap mngadun dn bru msuk oven..pepagi lg dh smgt nk buat kek.hrp mnjdi sep n gebu mcm kak azie punye kek..terima kasih bkongsi resepi..sayanggg kak azie kerana Allah

    ReplyDelete
  21. dh try buat.. not bad.. dulu guna kukus, ni first try bakar pulak.. n menjadi.. haha..

    ReplyDelete
  22. Tqvm, sy dah cuba, mmg mudah dan sedap.tq sis

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.