Iklan

Iklan Nuffnang

24 May 2014

Cerita Kerutuk Itik Serati Dan Bab Ikhlas






Saya ingin kongsikan sedikit berkenaan dengan ikhlas yang dipetik dari Kuliah Zohor Ustaz Jihad yang saya rasa sangat baik untuk dihayati dalam apa jua yang kita lakukan semasa hidup di dunia ini supaya kita tidak kerugian. Ikhlas adalah pokok dalam segala ibadah. Kalau sah solat dilihat kepada memenuhi syarat sah solat tapi pahala diberi berdasarkan ikhlasnya ibadah kita. Ikhlas terletak dalam hati, tempat bertembungnya imam dan nafsu, bertembungnya syaitan dan malaikat. Amalan tanpa ada ikhlas adalah seperti pos surat tanpa ditulis alamat. Boleh sampai ke surat tu? Begitu lah amalan kerana Allah akan menerima amalan yang ikhlas. Bukan amalan dibuat kerana mahu menunjuk nunjuk kepada manusia atau mendapat puji pujian dari manusia. Kita kena cuba untuk mencari ikhlas. 

Terdapat tanda tanda kalau kita ikhlas, yang mana alamat alamat ikhlas adalah untuk kita menilai diri kita sendiri. Hanya kita yang tahu kalau kita ikhlas atau tidak dalam segala amalan kita. Ada 3 alamat untuk melihat kalau kita ada keikhlasan:

a.  Merasa sama jer tidak gembira atau hina bila mendapat pujian atau celaan dari manusia. Tak rasa tergugat bila dilempar dengan celaan. 
b. lupa daripada memandang segala amalan ketika beramal. Lupa pada keperluan pahala di akhirat. Tahap ibadah ada 3 iaitu bagi orang awam,nibadah untuk mendapat pahala dan kedua untuk mendapat syurga dan ibadah yang paling tinggi adalah untuk mendapat redha dan rahmat dari Allah. Cintakan Allah lebih dari cintakan syurga kerana tahu akhinya syurgalah tempat yang ia akan pergi.
c. Meninggalkan sesuatu perbuatan buruk mungkar kerana Allah. Tenggelam dari memandang segala amalan.

Akhir sekali, buat renungan, ikhlas ini boleh diumpama seperti seekor semut kecil berwarna hitam berada atas batu besar di malam yang gelap. Sudahlah kecil, berada di atas benda besar dan gelap pula. Itulah ikhlas yang payah hendak dibuat. Kalau ada dalam hati kita rasa riak dan takkabur, cepat cepat buang dan istighfar. 

OK sekarang kita masuk sedikit bab resepi. Seperti biasalah, resepi yang paling sedap untuk dimasak Itik Serati adalah kerutuk. Kali ini saya hanya blend kesemua bahan kerana saya terasa malas pulak nak menghiris. Ini memang cara kakak saya, Kak Nah memasak kerutuk di mana semua bahan hanya diblend sahaja. Lagi pulak, saya tak boleh berdiri lama lama atas nasihat doktor disebabkan masalah sakit belakang seperti berulang kembali. Sehinggakan rempah penumis seperti kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga pun saya tak masuk kerana terlupa.  Hahaha tapi rempah kerutuk ni dah secukup rasa, jadi memang sedap lah.




Kerutuk Itik Serati
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor Itik Serati - potong kecil
1 santan kotak (campur air secukupnya)
2 sudu besar rempah kerutuk
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Gula melaka
Garam
Asam keping

Cara Cara:
Kisar semua bawang dan halia. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan masukkan rempah kari. Goreng sehingga ianya keluar minyak. Masukkan itik serati dan biarkan sehingga airnya kering dan ianya keluar minyak sekali lagi.

Masukkan santan dan setelah menggelegak, masukkan pula gula melaka, garam serta asam keping.

Sesuaikan rasa dan setelah itik empuk, bolehlah ditutup api. Sedia dihidangkan dengan nasi putih.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.