Iklan

Iklan Nuffnang

17 May 2014

Badak Berendam





Sebelum ini memang tidak teringin langsung untuk menikmati kuih badak berendam. Tapi entah kenapa selepas ternampak kuih basopang yang dikongsi oleh suami Norida di fb, saya menjadi sangat teruja untuk mencuba. Tetapi selepas di google, saya mendapat tahu yang ianya sama dengan resepi Badak Berendam. Itulah yang menjadikan saya memilih untuk memasak kuih Badak Berendam kerana hubby orang Perak, kan? Hahaha tapi hubby bagi komen kerana saiz Badaknya sangat besar. Maklumlah saya tak pernah lak tengok kuih Badak Berendam ni, jadi tak tahu saiz nya. Lepas tu, baru tahu yang ianya dibuat saiz sebesar biji bola ping pong.

Saya tersenyum lebar bila hubby memuji kesedapan kuih Badak Berendam yang saya sediakan. Tapi saya mahu mencuba lagi bagi menghasilkan kuih yang lebih sempurna dari segi rupa, saiz dan rasanya. Saya melihat kuih Badak Berendam yang berwarna hijau daun pandan lagi cantik berendam di dalam kuah berlemak lemak masin ini. Saya juga ingin membaiki cara penyediaan inti kelapa mengikut resepi turun temurun yang saya pelajari dari satu blog.

Jom kita tengok resepi yang saya gunakan hari ini...





Badak Berendam
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan ( dlm 20 biji )

Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
11/2 cawan perahan air daun pandan
1/2 sudu kecil garam

Cara cara:
Campurkan garam dengan air pandan dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam tepung sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk dan melekat di tangan.


Bahan Inti:
2 cawan kelapa parut muda
1 cawan gula merah
1 helai daun pandan
Gula pasir, jika suka

Cara cara:
Masak gula melaka dan gula pasir bersama air dan daun pandan hingga gula larut. Masukkan kelapa parut dan dikacau atas api sehingga kering.

Ketepikan dan biarkan sehingga sejuk sebelum dibulat-bulatkan sebesar guli sehingga habis.


Bahan Kuah:
2 1/2 cawan santan
2 sudu besar tepung beras
1/2 sudu kecil garam
3 helai daun pandan
Sedikit gula - jika suka (opsyenal)

Cara-cara
Campur rata semua bahan bahan, lalu dikacau atas api hingga pekat dalam lebih kurang 10 minit. Tutup api dan ketepikan.


Cara Penyediaan:
Ambik sedikit doh dan dibulat bulatkan kemudian dileperkan. Letakkan inti kelapa di dalamnya dan dikelim rapat. Buat sehingga habis dan letak atas plastik supaya tidak melekat. 





Didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan sehingga mendidih. Kemudian masukkan kuih yang telah dibuat ke dalamnya dan masak sehingga ianya timbul di permukaan. 





Angkat, tos dan terus dimasukkan ke dalam kuah. 







8 comments:

  1. yer kak Azie...saiz tu besar sikit ler..kat sini (Ipoh), kuih nie byk dijual di pasar Ramadhan, org Perak nie suka kuih manis dan lemak2...

    ReplyDelete
  2. mmg nmpk besar size badaknya.smlm br 1st time mkn n sedap.igt nk cuba la nti time cuti2 sbb suami suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama pun badak, kenalah saiz besar :-) :-) :-)

      Delete
  3. Favorite sgguh kuih ini.... Sy pn nk cuba buat..

    ReplyDelete
  4. Doh tu sampai tak lekat kt tangan or masih melekat kt tgn kak? Sy confuse (bru blaja memasak 😣)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai tak melekat kata tangan. Cara buat doh onde-onde pun sama hanya lepas direbus letak atas kelapa parut(bahagian putih saja) dan golek-golek supaya seluruh kuih dibaluti kelapa. David keluarga saya untuk berbuka puasa

      Delete
  5. ky sedang membuat kuih badak berendam..tapi dari labu kuning.tanya cik google mencari cara buat kuahnya..dihantarnya ke blog azie.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hr ni nk buat
      Buat bekal sibongsu balik asrama
      Mudhn bjaya
      Ate..org Perak...mst le gemo sesangat

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.