Iklan

Iklan Nuffnang

14 Apr 2014

Taugeh Goreng Dengan Tauhu Dan Kucai





Sayur taugeh goreng ini adalah resepi mudah yang disediakan untuk melengkapkan hidangan. Setiap kali memasak, saya akan cuba menyediakan hidangan sayuran sebagai pelengkap. Tapi macam biasalah anak anak memang tak suka makan sayuran, kecuali Juita yang suka makan petai dan bendi. Kadang kadang terfikir juga, bila anak anak yang besar tak makan sayur, bagaimana mereka ingin mendidik anak anak mereka pula akan kepentingan memakan sayuran sebagai memenuhi keperluan badan kita. Kadang kadang untuk menarik perhatian mereka, saya akan masukkan udang yang besar besar. Tapi dalam gambar tu, memang tak dimasukkan udang pun.

Dulu dulu pun saya tak suka makan taugeh, kalau makan pun taugeh atau yang kami panggil sebagai kacang cambah yang dimasak lemak putih dengan ikan rebus yang ditumbuk lumat. Saya belajar cara memasak sayuran taugeh ini dari kakak ipar saya memasak dengan sangat sedap dan taugeh yang kekal rangup. Rahsia nya jangan masukkan air, hanya goreng seketika sahaja, terus ditutup api. Sementara ianya disejukkan, taugeh akan menjadi sedikit lembut. Memasak ni kena pandai teknik juga, ianya akan datang setelah kita membuatnya berkali kali. Kalau macam saya ni, alamak seminggu sekali jer masuk dapur. Jadi manalah nak pandai memasak seperti orang lain. Masa muda remaja lagi lah tak masuk dapur. Terus terang, bonda saya tidak menekankan anak anak perempuan pandai memasak sangat pun. Yang penting, kami belajar pandai pandai. Lagi pulak, masakan kami simple simple jer, tak perlulah nak belajar sangat pun, pasti boleh membuatnya. Tapi kedua ibubapa saya sangat bertegas dalam bab solat mengaji dan berpuasa. Arwah ayah telah bersusah payah membayar fidyah untuk saya kerana tidak menggantikan puasa sebelum masuk puasa tahun berikutnya. Maklumlah masa tu, baru masuk akil baligh dan tak pulak dapatkan nasihat ibubapa. Bila tahu sahaja, terus arwah menyelesaikannya. Dia adalah model seorang bapa yang sangat saya kagumi. Begitu juga bonda yang kasihnya pada saya dan adik beradik melangkaui dunia. Walaupun telah berkahwin, bonda masih memantau solat saya bagi memastikan saya tidak melengah lengahkan solat.

Jom kita tengok resepi mudah mudah ni....



Taugeh Goreng
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Taugeh
Udang kecil 
1 keping tauhu - potong dan goreng
Secekak daun kucai
1 biji cili merah
Kicap
Garam
Serbuk perasa, jika suka

Cara cara:
Tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan taugeh, kicap dan sedikit garam. Kacau rata.

Masukkan pula daun kucai dan cili merah. Akhir sekali, masukkan tauhu yang digoreng. Kacau rata seketika jer. 

Boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan.





 

7 comments:

  1. Hi Azie! This taugeh dish reminded me of my childhood days when I hated taugeh. I actually wanted to cook this taugeh dish and blog about it but did not have the time. Yours definitely looks better and more delicious than my grandma's version. Addition of prawns makes it special.

    ReplyDelete
  2. Sedap Azie... saya suka juga memasak/goreng taugeh... setiap kali ke supermarket saya akan beli taugeh... sampai anak-anak pun perasan.... Tapi samalah... anak2 saya pun tak suka makan sayur... bukan tak ajar sedari kecil tapi mcm dah semulajadi... bila menyuapkan mereka makan bila di serta sekali dengan sayur, serta merta mereka luahkan balik.

    ReplyDelete
  3. memang ramai yang tak suka makan sayur taugeh, namun itulah sayur paling murah disebalik khasiatnya yang kaya.

    ReplyDelete
  4. Salam k.azie...my feveret ni... simple je kan tapi sedap.. hehe

    ReplyDelete
  5. keren blognya mbak,,
    http://www.nahlafashion.com/

    ReplyDelete
  6. salam kak azie..ct selalunya tumbuk bwg putih dgn 3biji cilipadi...kemudian tumis mcm biasa...sedap bg ct kalu mkn pedas2...

    ReplyDelete
  7. I love tauge, thanks for sharing. Sharing is caring.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.