Iklan Nuffnang

Iklan

7 Apr 2014

Sambal Tumis Ikan Bilis Sebagai Lauk Nasi Lemak






Sekembali dari Ipoh bulan lepas, saya tidur seketika kerana terasa sangat kepenatan melakukan perjalanan di dalam cuaca luar yang panas. Sebaik bangun, perut pun mula terasa lapar. Saya turun ke bawah untuk memasak Nasi Lemak. Kebetulan banyak stok ikan bilis yang hubby bawa balik dari Tawau. 




Sementara saya tengah memasak, Nana balik dari kerja dan terus ke dapur menanyakan apa yang saya masak. Selepas itu, Nelly pula balik dari pejabat dan terus makan. Pendek kata sangat berbaloi baloi saya memasak hari itu kerana semua anak anak makan di rumah.




Jom kita tengok resepi saya untuk memasak Sambal Tumis yang asalnya saya pelajari dari sepupu saya, Cikgu Wan Faizah selepas merasai sambal beliau yang sangat sedap.....



Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan bahan:
1 mangkuk ikan bilis
1 mangkuk cili kering - dikisar
3 biji bawang besar
1 labu bawang putih
Sedikit halia
1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa)
2-3 sudu besar gula
Garam

Cara cara:
Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak. 

Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan. 

Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan.

Nota:
Sambal mesti ada rasa manis manis sedikit, barulah sedap.




53 ulasan:

  1. Sedapnyer..owh. Saye baru tahu pasal letak gula dahulu tu. Terima kasih kak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru warnanya berkilat dan merah cantik

      Padam
    2. Andai guna gula melaka lg cantik warna sambal tu

      Padam
  2. Salam Puan Azia..
    Sayapun kalau buat sambal, mesti kena ada rasa manis-manis pedas, kalau tak, memang anak-anak tak nak makan ...

    BalasPadam
  3. K azie..Nk tanya mmg pakai bwg puth 1 labu ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Tgk pada jumlah juga. Yg tu, mmg byk. Guna 3 biji bawang besar. Kalau masak utk 1 bwg besar, blh guna 3 ulas bawang putih jer.

      Padam
    2. k.azie: nape byk sgt guna bawang putih?...1 labu ke 1 ulas?
      biasanya sy letak 2 3 ulas jer...hehe

      Padam
  4. Cantiknya. Warna merah berkilat. Nk mkn pun rasa berselera

    BalasPadam
  5. Salam kak azie..
    Ikan bilis tu perlu digoreng dulu atau tidak?
    Mana yg lebih baik?
    Mohon cadangan akak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Dulu saya goreng tapi jika tak kena cara, ia akan menjadi liat. Saya lebih suka dimasukkan terus ke dalam sambal yang telah garing

      Padam
    2. As salam..mohon halal resepinya yo

      Padam
  6. terima kasih utk resepi �� sedap!

    BalasPadam
  7. Tq saya br tau letak gula dlu tu...

    BalasPadam
  8. Nak dapat bonus sambil goyang kaki???
    klik link di bawah dan register as new account
    then anda akan diberi referral link
    then promote referral link anda dekat fb, twitter, whatssap, wechat and macam2 pun boleh...
    rugi tak cuba..
    payment via cheque (min 500 US Dollar)

    http://myinvitepay.com/?ref=277008

    BalasPadam
  9. Kenapa sambal saya warna oren?
    Mmm First time try buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. sbb awk guna bwg byk sgt kot.. x padan dgn kuantiti cili.. kak zie guna 3 biji bawang utk cili yg banyak.. kalu cili sikit, guna 1-2 biji bawang ikut cili byk mana

      Padam
  10. Saya dh buat ikot resepi kak azie...
    Sedap n sambal look cantik!!!

    BalasPadam
  11. Trm kasih azie kitchen. Byk manfaat yg sy dpt de blog ni. Sy budak br belajar, rasa seronok bila dpt memasak. Trm kasih. Nk try buat nasi lemak plak! :)

    BalasPadam
  12. salam kak zie.. nak tanye, 1 mangkuk tu, mangkuk besar mana ye?

    BalasPadam
  13. Thanks sis azie utk resepi...😊

    BalasPadam
  14. sedapnya....mohon share resepinya kak azie...

    BalasPadam
  15. Terima kasih dgn resepi tu..nak try lpas nie..huhu

    BalasPadam
  16. Salam kak azie,nmpak sedap smbal bilis ni.. nnti nl cuba,tp bwang putih tu guna 1biji atau 1labu? ☺
    (Adda)

    BalasPadam
  17. wah thanks kak Azie utk resepi ni..

    BalasPadam
  18. Sy br je buat ni...tunggu husband mkn,suruh dia komen....hehe

    BalasPadam
  19. Terima kasih utk resepi2 akak..byk yg sy masak
    guna resepi akak..utk sambal bilis sy lebih suka ikan bilis yg xdigoreng..lg terasa ikan bilisnya..ap2 pn terima kasih utk resepi2 akak.

    BalasPadam
  20. Try masukkan daun limau purut.lagi wangi bay sambal

    BalasPadam
  21. Assalam.. sy nak tanya mangkuk tu kecik ke besar ye puan?sy baru nak belajar masak nasi lemak 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mangkuk yang sedang saiz nya.

      Padam
  22. Pengen banget bikin ini, gula nya gula merah/Jawa atau gula pasir putih yaaa??? Bales yaa, mau bikin, hmmm enakkkkk, waktu ada pameran budaya kata sini, saya cuba makan nasi lemak Malaysia, teringat trus sama sambal nya, alhamdulillah ade resep ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bisa guna gula pasir dan masukkan sedikit palm sugar atau gula jawa supaya menambah lemak.

      Padam
  23. Kak Azie, boleh sy tanya saiz mangkuk mcm mn? sebab ada mangkuk kecil dan besar

    BalasPadam
  24. Sorry nak tanya soalan budak mentah... 1 labu bawang putih tu maksudnya 1 clove ke 1 bulb/head of garlic?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh check dalam english translation. 1 bulb tu 1 labu. 1 clove is 1 ulas.

      Padam
  25. assalam,kak azie..apa kbr?xthu sjk bila suka masak..dan google tntg mskn..mgkn smnjk prgnnt.. sblum ni ssh ke dpur..kak azie punya blog sy cari..dan mskn²nye sy try..sedap kak..mhn mf dan halalkn ilmu nye kak..terbaik smbal ni.mula² terperanjt juga 1 labu..tp rupanye sdp..

    BalasPadam
  26. Harini saya masak sambal nasi lemak guna resepi kak azie tuk celebrate birthday anak saya. First time buat...hehe..tq kak azie.

    BalasPadam
  27. First time cooking sambal and it's a success. Tq azie!

    BalasPadam
  28. assalam. nk tanya ikan bilis tu nk rendam air berapa lama. mcmna nk buat ikan bilis tu jd lembut. saya buat sambal ikan bilis tu liat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Tak perlu rendam. Sekadar utk membasuh sahaja. Masukkan dlm sambal dan masak lama lama akan jadi lembut

      Padam
  29. Assalamualaikum, kalau kita goreng ikan bilis tu dulu boleh ke? Then baru masukkan ke dlm sambal?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Boleh juga tapi kena tahu cara kegaringannya supaya ianya tidak menjadi liat bila terkena dengan sambal.

      Padam
  30. Assalamualaikum kak Azie ... all ur resepi memang terbaik . My fav and jadi fav utk semua family and friends yg dtg umah . Asam pedas Melaka .
    May Allah swt bless you and family
    Regards
    Jusmira Jamaluddin
    Melbourne

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Salam juga buat orang Melbourne

      Padam
  31. sy dh try tapi xtaw knp pedas gila...menangis sy mkn sambal tu...huhuhu..

    hana
    melbourne

    BalasPadam
    Balasan
    1. As salam Hana. Ada 2 kemungkinan. Satu, cili kering memang jenis pedas terutama yg kerinting. Kedua, cili tidak benar benar ditumis garing. Tanda ianya telah garing ialah ianya pecah minyak dan sedikit berbuih. Jika tidsk benar benar masak, akan terasa pedas spt cili mentah. Tumis dengan minyak banyak dan api kecil sehingga ianya benar benar garing

      Padam
  32. Salam kak zie..

    Alhamdulillah, baru habis buat sambal ni. Esok husband nak bawa g keja. Kiranya request dia lah.

    Sy pakai cili giling paste. Tak berapa pandai sebnrnya. Prefer yg cili kering asli.

    Apapun, sedaaaaapp sangat. Hihi.

    BalasPadam
  33. Hi Ms. Azie
    Today first time I cooked sambal by following your recipe. It came out bitter a bit. Can you please advise how to avoid sambal being bitter in taste please? I am Indian from India, speak hindi, working in Malaysia. I love nasi lemak especially with spicy sambal and your sambal looks so gooood. Thank you for sharing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Iman. Thank you for following my blog and trying the recipe. I guess it taste bitter due to burnt of the chili paste. When you stir fry the blended ingredients and the chilli paste, must use slow fire for at least 20-30 minutes until it is fully cooked and oil rises at the surface. Then only to add sugar and stir well before the rest of the ingredients. Hooe it helps. Please try one more time.

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.