Iklan

Iklan Nuffnang

26 Apr 2014

Sambal Tempoyak Ikan Bilis




Saya pelajari resepi ini dari sahabat fb saya, Puan Jamaliah Ibrahim yang sentiasa sudi berkongsi resepi tanpa sebarang syarat. Itulah perkongsian ikhlas yang Allah janjikan ganjaran pahala yang besar. Kalau zaman dulu orang begitu kedekut untuk berkongsi resepi terutama orang berniaga. Perlulah diingatkan dengan resepi yang sama, belum tentu menghasilkan masakan yang sama sedapnya. Begitu juga rezeki seperti mana kita tidak dapat lari dari kematian, begitu juga rezeki Allah akan sampai kepada kita seperti mana kematian akan sampai pada kita. Itulah antara petikan kuliah Ustaz Ibrahim Muhammad tapi saya tak sempat menyalin hadis diriwayat oleh siapa. Jadi sama sama lah kita berebut ganjaran pahala di akhirat dengan berbuat amalan soleh dan kebaikan sebanyaknya sementara nyawa masih di badan. Ustaz Ibrahim selalu berpesan pada saya yang di saat ini, fokus pada membanyakkan amal soleh dan melupakan urusan dunia yang tidak penting.





Saya teringat untuk mencuba resepi ini setelah teringatkan tempoyak baru yang diberi oleh Kak Nyah, kakak ipar saya dari Ipoh. Memang sedap tempoyak baru, masih terasa manisnya. Kalau dulu tempoyak akan dibawa sahaja dari rumah arwah Bonda Mertua tapi kini, terpaksalah membeli. Bekalan tempoyak memang sentiasa ada di dalam peti sejuk rumah kami. Haaa cuma budu jer tak ada di sini kerana saya tak makan budu, walau pun akan makan jika dihidangkan.

Jom kita tengok resepi dulu....



Sambal Tempoyak Bilis Goreng

Bahan bahan:
2 genggam ikan bilis- dibersihkan
2 batang serai - dititik
1 senduk tempoyak 
1 sudu besar gula
Sedikit minyak masak
Garam

Bahan kisar:
8 -10 tangkai cili kering
Sedikit cili padi - iku pedas disukai
3 labu bawang besar 
3 ulas bawang putih 
1/2 inci kunyit hidup - boleh guna serbuk kunyit

Cara cara:
Gorengkan seketika ikan bilis, angkat dan ketepikan

Tumis semua bahan kisar dan serai hingga wangi dan garing. Masukkan tempoyak, kacau sebati.





Tambah sedikit air dan kacau hingga pekat. Perasa garam dan gula dan akhir sekali masukkan bilis yg telah digoreng tadi, kacau sebati. 





Tutup api dan sedia dihidangkan. 







11 comments:

  1. SY BARU NAK MENCUBA NI. NMPAK MACAM MENYELERAKAN. TQVM.!! raihan

    ReplyDelete
  2. Sy dh try resepi dan sememangnya BEST.
    x rugi mencubanya....
    tq atas perkongsian resepi ini

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kak azie. Saya dh try resepi ni utk family. Mmg sedap dan membuka selera.

    ReplyDelete
  4. Nmpk mcm sedap..
    feveret encik hasben..thanks sis
    nk try buat resepi ni

    ReplyDelete
  5. Baru buat petang tadi. Sedap sangat..
    Alhamdulillah..

    Terima kasih atas resepi enak ni.

    www.natrahmohamed.com

    ReplyDelete
  6. Sedapnya....nak try la. Tq resepi nya admin

    ReplyDelete
  7. Sy dh cuba..sedapppp...terima kasih atas perkongsian bermanfaat ini..

    Ps:resepi patin,carrot cake,roti jala dan stew pun dr sini..sedap...terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.. Minta izin share resepi,
    Pernah makan Ibu mertua adik yg masak., lama dah cari resepi.Terimakasih sis

    ReplyDelete
  9. Asal sy taip nama resepi yg sy nk cuba masak je...nama azie kitchen mesti ada dlm list.alhamdulillah...tq akak.mudah2an allah ganjarkan akak dgn pahala yg berpanjgn...resepi pun ilmu.byk pahala akak.

    ReplyDelete
  10. Ye betul. Kalau cari resepi mesti nak azie kitchen. Tq so much kak

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.